Tuan Faizal sedang duduk di meja makan yang berada di dalam dapur rumah agamnya itu.Dia sedang duduk minum air untuk membasahkan tekaknya.Sedang dia duduk menghirup minumannya,ada seseorang yang mendekatinya.
".....Ayah".Sebut Tuan Faizal.Dia terkejut dimana ayahnya tercegat berdekatan dengan tempat duduknya.
"Aku nak beritahu 2 perkara je..dan 2 perkara yang kau tak boleh buat..
satu..jangan sesekali kau sakitkan anak aku Iman..kedua jangan sesekali kau balik ke kampung jumpa mak kau..kalau kau buat jugak......
dekat mana aku jumpa kau..dekat situ jugak aku bunuh kau".Sinis Pak Ahmad berkata.Tuan Faizal hanya mendiamkan diri.Pak Ahmad berlalu meninggalkan dirinya seorang diri.Tuan Faizal jatuh terduduk di atas kerusi.Dia menangis sepuas-puasnya.Dia bangun dan masuk semula ke biliknya.
Dia melihat Iman sedang tidur nyenyak.Dia menangis di sisi Iman."Sayang...kenapa ayah seksa abang macam ni ? apa dosa abang dengan dia sayang ? abang cuma nak jumpa ibu..dah lama abang tak berjumpa dengan satu-satunya wali keramat abang sayang..dia ugut abang..tolong abang sayang".Ucap Tuan Faizal sambil teresak-esak.Dia melentokkan kepalanya di tepi kepala Iman dan tertidur dengan airmata deritanya.
~~~~~~~~~~~~~~
Puan Hasnah mengelamun,dia rindu kepada anaknya Faizal Imran.
Seorang lelaki yang sudah mempunyai nama yang besar di negara ini dan sudah pun berumah tangga."Ibu..termenung apa tu ?".Soal Hanum sayu.
"Ibu rindu Pejal..Ibu nak sangat jumpa dia..dah 23 tahun tak jumpa bila tahu dia ada dekat dengan Ibu sekarang melalui Iman..Ibu makin tak boleh nak tahan perasaan ni lagi".Luah Puan Hasnah lalu mengalirkan air mata.Hanum di sebelahnya juga turut mengalirkan airmata.
"Insyaallah Ibu..allah akan makbulkan doa Ibu..orang yang sabar ganjaran dia hebat..Insyaallah ye Ibu".Ucap Hanum menenangkan Ibunya.
~~~~~~~~~~~~~~
Pada pagi yang hening,Iman sudah bangun terlebih dahulu.Dia akan membantu Mak Biah menyiapkan sarapan pagi buat suaminya.
"Abang...jom makan ?".Ajak Iman yang mengada itu tanpa menghiraukan beberapa anggota polis yang sedang melihat gelagatnya.
"Ishh,sayang ni..jangan lah macam tu..abang malulah".Ucap Tuan Faizal sambil menjeling ke arah ayahnya yang sedang merenung mereka berdua.
"Alaa..nak abang".Pinta Iman seperti kanak-kanak kecil.
"Tu ayah tengok".Sakat Tuan Faizal.
"Taknak kawan abang..taknak bagi abang anak".Ucap Iman selamba.
"Hahaha kalau sayang tak bagi..ingat abang tak boleh buat sendiri ke ?".Soal Tuan Faizal nakal.
"Buatlah kalau berani".Balas Iman berlagak.
"Sayang Iloveyou".Ucap Tuan Faizal romantis.Dia memandang ke arah ayahnya.Dia teringat kata-kata Pak Ahmad semalam.Dia terus mati selera mahu makan.Dia mengeluh kecil.Dia mengusap kepala Iman dan mengucup dahinya.Pak Ahmad tidak suka melihat adegan Tuan Faizal dan Iman itu.
YOU ARE READING
Wali Keramatku [COMPLETE]
RomanceIman - Seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai kakak,dia diasuh oleh sebuah keluarga di kampung,dijaga dengan rapi dan disekolahkan.Iman seorang pelajar pintar dan dapat tawaran ke universiti.Dia bertemu dengan cinta pertamanya di situ.Adakah...