Pada pagi ini,keluarga Pak Ahmad sedang menyiapkan juadah makanan kegemaran Faizal.Mereka amat gembira dan tidak sabar menyambut kepulangan anak tunggal Puan Hasnah dan Pak Ahmad itu.
"Iman..makanan yang lain dah sediakan ke belum".Soal Hanum kepada Iman.
"Dah akak".Jawab Iman yang begitu gembira.
"kalau dah pergi tengok ibu..dah siap ke belum".Arah Hanum.
"Yes madam".Balas Iman.
Iman tiba di pintu bilik tidur Puan Hasnah.Dia membuka pintu tersebut,
dia lihat Puan Hasnah sedang bersiap."Amboi Ibu..macam nak raya pulak ehh...bukan main bersiap".Ujar Iman menyakat Ibunya.
"Ishh..mestilah..ibu nak sambut jantung hati ibu..dengan ayah pun ibu tak pernah buat macam ni tau".Ucap Puan Hasnah tersenyum bahagia.
Dia akan menyambut kepulangan anak lelakinya Faizal Imran."Yelah bu..tapi tu suami Iman..ibu kena kongsi abang dengan Iman lah".
Ujar Iman menyakat ibunya.Sedang mereka bergurau,Hanum memanggil mereka untuk pergi ke pintu utama rumah tersebut.Tapi riak wajah Hanum mencurigakan mereka berdua.
"Kenapa ni Hanum ?".Soal Puan Hasnah cuak.
"Ibu tengoklah dulu dekat luar tu ada siapa ?".Ucap Hanum yang berwajah sedih.
Puan Hasnah turut arahan Hanum.Dia rasa berdebar untuk berhadapan dengan situasi yang dimaksudkan Hanum.Iman turut membuntuti mereka berdua.
Sesampai sahaja mereka bertiga di muka pintu rumah itu.Puan Hasnah tersenyum melihat Pakcik Jamil yang baru keluar dari kereta dengan berpakaian baju melayu.
"Ohhh..Pakcik Jamil" Ujar Puan Hasnah berasa tenang.Tetapi ada sesuatu yang membuat dia resah.Sebuah kenderaan jenazah telah masuk ke perkarangan rumahnya diiringi beberapa orang kampung.
Puan Hasnah terkedu.Iman di sebelahnya juga terdiam tanpa berkelip mata.Mereka hairan mengapa kenderaan jenazah tersebut memasuki kawasan rumahnya.Siapa yang berada di dalam kenderaan tersebut."Assalammualaikum Hasnah..Ahmad...dan anak-anak yang lain..aku datang nak beritahu..aku wakilkan kamu sekeluarga membawa pulang jenazah Arwah Faizal..dia meninggal dunia dalam tidur jam 2:00 pagi tadi".Utus Pakcik Jamil dengan sebak.Dia menyeka airmata yang telah mengalir.
Jatuh terduduk Puan Hasnah dan Iman Khalida.Bagai nak hilang nyawa mereka berdua mendengar khabar duka itu.Iman menangis semahu-
mahunya.Puan Hasnah pula hanya terdiam tidak berkata hanya airmata yang memberi tanda kesedihan tidak dapat diungkap.Pak Ahmad tersandar di pintu..dia tidak menyangka anak yang dipanggil pulang telah pergi meninggalkanya selama-lamanya.Jenazah Tuan Faizal diangkat oleh orang kampung yang berada di rumah itu.Dibawa masuk ke ruang tamu rumah teesebut.Iman terkedu melihat jenazah yang terkaku tidak bernyawa itu.Dia mengalirkan airmata.Dia tidak tahu yang suaminya akan pergi meningalkannya secepat ini.
Puan Hasnah mengalirkan airmata deras.Dia terdiam melihat sekujur tubuh tidak bergerak itu di hadapannya.
"Faizal..Faizal cakap nak balik jumpa ibu kan..Faizal janji nak bawa hadiah untuk Ibu..lepastu kata nak bungkus ramai-ramai dengan Iman..Faizal dah tunaikan hadiah janji Faizal..ibu dah dah faham apa hadiah yang Faizal nak bagi dekat ibu..harini kita semua akan kafankan Faizal ramai-ramai ye nak..terima kasih sebab balik jugak bagi ibu tengok Faizal buat kali terakhir..nanti Faizal tunggu ibu dekat syurga ye nak".Ucap Puan Hasnah dalam tangisan yang lebat.
"Faizal..ampunkan ayah ye nak..ayah banyak dosa dengan Faizal..ayah bukanlah ayah yang baik..tapi ayah sayang Faizal sangat-sangat".Ucap Pak Ahmad dalam tangisan.
"Abang...abang janji nak jumpa Iman kann...kenapa abang pergi tinggalkan Iman..abang cakap abang rindukan Iman...abang tak sayangkan Iman ke ?".Ratap Iman.
Mereka memulakan tugas-tugas sepatutnya.Memandikan jenazah,menkafankan dan sembahyang jenazah.Kemudian dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.
Pada malam yang hening itu.Seluruh keluarga Pak Ahmad berkumpul di ruang tamu.Disertai Doktor Farha dan Marina.Suasana di ruang tamu amat hiba.
"Sebenarnya saya datang juga ke kampung ni ada berita gembira yang nak saya sampaikan kepada ahli keluarga..terutama Iman..".Ujar Doktor Farha.
"Iman..congrats sayang..awak pregnant dua bulan".Ucap Doktor Farha dengan senyuman kecil.Laju sahaja dia memeluk Doktor Farha yang berada disisinya.
"Doktor...allah tu maha adilkan..dia ambil abang dari Iman...dia gantikan Iman dengan zuriat".Ungkap Iman dalam kesedihan.Doktor Farha juga tidak dapat menahan sedih.Dia turut menangis memeluk Iman Khalida.
"Iman kena kuat tau..ingat anak dalam kandungan tu perlukan kekuatan macam ibu dia..kalau Iman tak kuat susah nanti..Iman kuat ye sayang".
Ucap Doktor Farha lembut.Iman meminta diri untuk masuk ke bilik.Dia terasa penat kerana melayani perasaan yang sedih hari ini.Dia mengambil telefon bimbitnya
dan mencari gambar arwah suaminya.Dia mengalirkan airmata sekali lagi apabila melihat wajah arwah suaminya di dalam skrin telefon."Iman minta maaf abang..Iman cuma nak buat kejutan untuk abang je..tapi abang dah pergi dulu..abang tinggalkan Iman sendirian macam ni..sampai hati abang..abang..Iman dah tunaikan janji Iman dan hasrat abang nakkan anak..harini Doktor Farha bagitau yang Iman dah pregnant 2 mothns abang".Ucap Iman sambil menangis teresak-esak.
Dia mengusap perutnya yang masih kempis.Tiba-tiba dia teringat kata-kata arwah Tuan Faizal kepadanya sebelum dia meninggal dunia."Abang takkan tinggalkan sayang...yang boleh pisahkan kita hanya cangkul dan tanah je".
"Pastikan abang ada pengganti dan pewaris".
"Andai takdir memisahkan kita...abang harap sayang tetap pilih abang sorang je".
Semua kata-kata Arwah Tuan Faizal..Masih segar dalam ingatannya.
Semua kata-kata Arwah memaksudkan sesuatu yang dia bakal pergi meninggalkan cinta hatinya buat selama-lamanya.Cuma Iman yang tidak menyedari kelakuan pelik Tuan Faizal terhadapnya."Abang..Iman dapat rasa sentuhan abang..Iman dapat rasa macam semalam abang baru sentuh Iman..harini abang dah pergi tinggalkan Iman..".Ucap Iman dalam tangisan yang lebat.
"Anak Ibu..nanti anak ibu keluar..jadi anak yang baik ye sayang..jadi macam ayah..jadi orang hebat dan kuat macam ayah..tapi jangan tinggalkan ibu macam ayah tinggalkan ibu ye sayang".Ucap Iman dalam kesedihan dan sambil mengusap perutnya yang masih kempis itu.
Iman Khalida adalah cinta pertama Tuan Faizal..dia juga telah berjaya menjadi cinta terakhir Tuan Faizal.. .
YOU ARE READING
Wali Keramatku [COMPLETE]
RomanceIman - Seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai kakak,dia diasuh oleh sebuah keluarga di kampung,dijaga dengan rapi dan disekolahkan.Iman seorang pelajar pintar dan dapat tawaran ke universiti.Dia bertemu dengan cinta pertamanya di situ.Adakah...