"Wei yang kau terjun dari beranda tu apesal hah ?! Kau nak mati awal ke ape ?!" jerkah walter . Geram bebenor dengan perempuan itu.
"Dah kau kurung aku kat bilik ni , aku nak keluar lah! Aku nak balik ! Tak faham ke ?!" balas Quenny sambil memegang kakinya .
"Kalau kau benarkan kau keluar , kau nak tinggal mane ?" soal walter
"Aku tahu lah mana aku nak pergi , aku kerja je lah balik kat Pub tu , kat sana aku ade tempat tinggal ape" ujar Quenny
"Aku tahu kau dah tak de keluarga , selesa ape tinggal kat sini"
"selesa ? itu kau bukannye aku ? Faham ? " ujar Quenny
"Tak aku tak faham , aku tetap nak jaga kau" kata walter dengan selamba
"oh my god , galit ako sa taong ito , haish!" (I hate this guy) Quenny merengus geram .
"Ape kau cakap ?"
Quenny hanya mengangkat bahu . Walter kemudiannya meluru ke arah Quenny , kaki Quenny yang jelas kelihatan bengkak dibelek .
"Sakit lah bengap!"
"Tu lah yang berani sangat nak terjun tu apesal ? Dah tahu diri tu perempuan , buat lah gaya perempuan " walter menolak perlahan kepada Quenny .
"Tak yah lah nak tolak-tolak bagai! Haish!" Quenny menolak kepala walter
Walter memandang tajam ke arah walter .
"Aku bawa kau pergi hospital "
"Aku boleh pergi sendiri" ujar Quenny
"Tak boleh , nanti kau lari"
"Kalau aku lari sekali pun , kenape ? Kau ni sape nak atur aku ? Eh kita tak ade kaitan persaudaraan pun kan ? Please lah , aku tak nak tinggal kat sini!" Quenny merengus geram .
"First aku bawa kau kat sini sebab aku dah selamatkan kau dari mangsa orang tua tu, lepastu sejak aku nampak kau malam tu , aku rasa ada aura yang kuat sangat yang mengatakan aku perlu jaga kau , kau faham tak ? Hmm kau memang tak faham sebab kau tak rasa" ujar walter
"Aura ape ke bendenye ? Wei dah lah kau mengarut bagai! Aura semua , ape ni ?" Quenny meraup wajahnya
"Aku cuma nak ubah kau jadi yang lebih baik lagi , tak faham lagi ke niat baik aku ni ?"
"Aku dah cukup baik dah , tak payah nak ubah aku " ujar Quenny
Walte mengeleng kecil .
"Dah jom pergi hospital"
"Tak nak! Aku tak nak pergi dengan kau!aku nak pergi sendiri! Kau tak faham bahasa ke ape ?!"
Walter meraup wajahnya .
"Wei nasib baik tahap kesabaran aku ni tinggi tau , kalau tak dah lama aku tembak kau kat sini , biar kau blah!" ujar walter dengan geram
Quenny mencebik .
"Dah cepat , tak yah nak degil sangat , aku bawa kau pergi hospital" kata walter
Quenny masih tidak beranjak dari situ .
"cepatlah , kau nak aku dukung ke atau kau jalan sendiri?" soal walter
Quenny masih mendiamkan diri .
"Kau nak aku dukung lah ni ?"
"Aku jalan sendiri!" ujar Quenny lalu segera berdiri dan berjalan perlahan-lahan.
"Kau ni memang menyusahkan lah , dah tahu beranda tu tinggi kau nak jugak lompat , kang aku letak kau kat bawah tanah baru kau tahu" bebel walter
"Kalau aku menyusahkan kau , kau hantar je lah aku balik! "
YOU ARE READING
My Protector , MAFIA
RandomWALTER LIM! Seorang mafia yang berperangai selamba. Dia kenal apa itu cinta namun tidak pernah merasakannya . Dia hanya berharap dengan jodoh dan beranggapan bahawa jodoh tu akan datang dengan sendirinya apabila tiba masanya . Hmm, macam jatuh dari...