Bab 28

4.4K 358 22
                                    

Quenny memandang sekeliling kawasan negara yang sangat asing baginya. Pertama kali dalam hidupnya menjejakkan kaki ke negara itu.

"Quenny"

Quenny tersentak apabila walter memeluk bahunya.

"Menung ape? " soal walter

Quenny mengeleng sambil tersenyum nipis.

"Dah jom,  diorang dah tunggu tu"

Quenny mengangguk. Walter mencapai tangan Quenny lalu berjalan menuju ke arah ian dan yang lain yang sedang menunggu mereka.

"Hey,hey,hey bro! " Ian menepuk bahu walter, dia kemudiannya berlari anak ke arah Steven lalu memeluk steven.

"Eiuw? " steven memandang ian dengan pandangan jijik.

Ian ketawa kecil lalu melepaskan pelukannnya. Dia beralih pula ke arah Aileen yang sedang memegang erat tangan steven.

"Hai alien"

"Huh? Aileen lah,alien tu sape" balas Aileen sambil memandang ian dengan muka blur

"Wahhh dah pandai bercakap lah! Eh anak aku pun dah petah bercakap tau! " kata Ian

Steven mencebik.

"Ye la, anak kau kan lagi tua dari anak aku"

"Anak aku tak tua lah! " ujar Ian sambil mencebik

Steven ketawa kecil. Yang lain kemudiannya berpeluk pelukan dengan mereka.

"Daddy! " Noah berlari anak menuju ke arah Ian. Tubuh ian dilanggar begitu sahaja.

"Hey! " ian memandang anaknya dengan pandangan tajam. Noah hanya ketawa kecil melihat daddynya,dia kemudian beralih pula ke arah Aileen.

"Hai! Saya noah" kata Noah dengan petah

Aileen hanya mengukir senyum lalu melambaikan tangannya pada noah.

"Eh daddy,  pipi dia ade lubang lah! " jerit Noah teruja.

"Eh anak ni! "

Steven ketawa kecil melihat telatah Noah. Comel je!
Tidak lama kemudian datang pulak Zender dan Zandra.

"Eh dah besar dah kembar ni! " Walter mengusap kepala zender dan zandra.

"uncle! Rosak lah rambut zender! " zender memandang ke arah Walter dengan muka tak puas hati.

"Eh ingat handsome ke? " soal Walter selamba

"Handsome lehh" Zender meraup rambutnya ke belakang. Cermin mata hitamnya dibetulkan. Dia kemudiannya memandang ke arah Aileen.

"Hey you" Zender menurunkan sedikit cermin matanya lalu memandang ke arah Aileen. Aileen hanya memandang zender dengan muka blur.

"Dah-dah jom balik" Ujar chris

Walter dan yang lain mengangguk setuju,  mereka kemudian melangkah menuhu ke arah kereta yang tersedia. Mata-mata yang memandang ke arah mereka tidak diperdulikan.

Sepanjang perjalanan Quenny hanya diam sambil memandang ke luar. Walter memandang ke arah Quenny. Tangan Quenny kemudiannya dicapai.

"Kenape ni? " Bisik Walter

Quenny hanya mengelengkan kepalanya.

"Sorry,  aku tahu kau tak suka semua ni"

Quenny hanya berdiam diri . Walter mengusap kepala Quenny sambil mengukir senyum.

Quenny memandang sekeliling kawasan yang mereka lalui tika itu , kawasan yang dikelilingi dengan pokok-pokok yang besar. Tidak lama kemudian mereka tiba di atas bukit di perkarangan banglo milik Chris. Sekali lagi Quenny terpaku melihat banglo yang tersergam indah bak istana di hadapannya. Pemandangan di sana cukup cantik .

My Protector , MAFIAWhere stories live. Discover now