Walter membuka pintu biliknya perlahan-lahan . Kelihatan Quenny sudahpun tertidur lena di atas katilnya. Walter menuju ke arah almarinya lalu mengambil tuala serta pakaiannya . Dia kemudiannya segera menuju ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya.
Walter melihat dirinya pada cermin di bilik mandi itu . Air yang terus mengalir membasahi badanya dibiarkan . Dia berdiam diri memikirkan sesuatu . Tidak lama kemudian dia satu keluhan kecil keluar dari bibirnya . Rambutnya yang agak panjang diraup ke belakang .
Selesai mandi , walter keluar dengan berpakaian lengkap . Tualanya digosok pada rambutnya yang masih basah . Dia kemudiannya perlahan-lahan membaringkan dirinya pada katilnya . Bantal peluk yang menjadi perantaraan antara mereka dibetulnya . Wajah Quenny ditatap lama . Entah kenapa rasa kesian tu muncul dalam dirinya sekali lagi . Dia mengeleng kecil lalu lantas memejamkan matanya dan akhirnya dia juga turut samapai ke alam mimpinya .
Bunyi seseorang merengek kesakitan jelas kedengaran di telinga walter. Dia membuka matanya perlahan-lahan lalu mencari arah bunyi tersebut . Dia kemudiannya memandang ke arah Quenny yang sedang memegang perutnya dengan kerutan di dahi menahan sakit .
"Kenape ni ?" soal walter perlahan . Dia melihat jam yang terpapar pada screen fonnya .
" Dah jam 4 pagi ni , Kau okay tak ni ?" soal walter lagi
Quenny mengelengkan kepalanya dengan mata yang tertutup rapat . Kerutan di dahinya jelas kelihatan . Kedua tangannya tidak lepas memegang perut .
"Okay kau kenape ? Mari sini" walter membuka bantal yang menjadi perantaraan antara mereka lalu merapatkan dirinya dengan Quenny.
"Kau..."
"...gastrik" kata Quenny sambil membuka matanya perlahan-lahan .
Walter memandang wajah pucat Quenny .
"Okay , kau tunggu sini . Aku turun ambil kan kau susu panas eh ."
Quenny mengangguk . Walter kemudiannya turun dari katil lalu segera menuju ke dapur . Tidak lama kemudian dia kembali dengan membawa susu panas .
"bangun , minum susu ni "
Quenny perlahan-lahan bangun . Gelas yang berisi susu panas tadi diambil lalu diminumnya perlahan-lahan.
"Sorry , aku tak tahu nak buat ape , so aku bagi je lah kau minum susu panas tu"
Quenny mengangguk .
"lain kali orang bawa makan tu silalah makan , kan dah sakit ni . Ni dah jam 4 pagi dah ni , nak tunggu beberapa jam lagi baru ade orang nak sediakan sarapan . Habiskan susu tu , kang nanti kau sakit lagi . Aku juga yang su..."
"Dah habis bebel ?" quenny memandang ke arah walter dengan muka bosan
Walter mencebik . Dia mengambil gelas kosong dari Quenny lalu diletakkan di tepi .
"Perut kau dah okay ?" soal walter
"Dah okay sikit , "
"Masih sakit ?"
"Tak sangat"
Walter mengangguk . Dia kemudian membaringkan dirinya di sebelah Quenny . Quenny mengambil bantal peluk tadi lalu diletakkan di tengah-tengah .
"Dah , tidur"
Quenny mencebik lalu memejamkan matanya . Tidak lama kemudian.
"Arghhhh!" jeritan Quenny kedengaran apabila lampu terpadam secara tiba-tiba.
"Jangan jeritlah" tegur walter
"kau tutup lampu eh ?!"
"Tak lah , ni mesti aku tak bayar bil" ujar Walter
"What ?"
"Relax " ujar walter
"Nak relax macam mana ? Aku tak nampak ape pun!" balas Quenny
"Tutup mata dan tidur" kata walter
"Tapi aku tak berani nak pejam mata"
"Kejap je ni , dah pergi tidur" ujar walter lalu memejamkan matanya .
Suasana menjadi sunyi kembali .
"Walter ?"
Sunyi sepi.
"Walter!!!" jerit Quenny tetiba
"Ape?!" balas Walter geram
"Takut lah!" jerit Quenny
"Tu masalah aku ke ? Tak kan ? Tu masalah kau" balas Quenny lalu menyambung tidurnya .
Tidak lama kemudian tangisan seseorang kedengaran. Walter merengus perlahan . Dia kemudian mengambil fonnya . Lampu yang terhasil dari fonnya dihalakan ke arah Quenny yang sedang berkabung.
"okay , okay . Aku minta maaf , ambil fon aku ni , ambil bantal peluk ni, aku tak kacau kau okay ?"
Quenny mengeluarkan tangannya . Hanya tangannya yang dikeluarkan untuk mengambil fon walter . Walter mencebik lalu menyerahkan fonnya .
"dah macam budak-budak je"
Quenny berkabung semula di dalam selimutnya . Walter pula menyambung tidurnya .
****
Walter membuka matanya perlahan-lahan . Dia melihat ke arah jamnya . Dia kemudian beralih ke arah Quenny yang masih lena tidur dengan bantal peluk masih di tangannya. Iphone milik walter diletakkan ke tepi .
Walter kemudiannya bangun lalu segera bersiap . Selesai bersiap dia kembali mendapatkan Quenny yang masih tidur .
"Quenny!"
"Hmm"
"Bangunlah , aku nak bawa kau keluar ni"
Quenny merengus geram . Bantal di tepinya diambil lalu dibaling ke arah walter. Walter pantas mengelak .
"Wei aku nak keluar breakfast ni , kau nak ikut ke tak ? Kalau tak aku tinggalkan je"
Quenny maaih berdiam diri.
"Okay tak , aku tak nak bungkus bawa balik untuk kau "
"Wei aku nak ikut!" Quenny segera berdiri.
"Okay pergi siap , aku tunggu 10 minit , tak siap tinggal" ujar walter
"bla bla bla.." Quenny merengus perlahan lalu masuk ke bilik mandi .
"Aku tunggu kat bawah!"
"Ye !" jerit Quenny .
Walter mengelengkan kepalanya . Dia segera turun ke bawah dan menuju ke ruang tamu . Dulu bertiga tinggal kat banglo tu , sekarang dah berdua . Semakin huru hara jadinya .
Done bab 13!
Vote and comment ya!♥
YOU ARE READING
My Protector , MAFIA
RandomWALTER LIM! Seorang mafia yang berperangai selamba. Dia kenal apa itu cinta namun tidak pernah merasakannya . Dia hanya berharap dengan jodoh dan beranggapan bahawa jodoh tu akan datang dengan sendirinya apabila tiba masanya . Hmm, macam jatuh dari...