Walter melangkah memasuki bilik Quenny sambil mengosok rambutnya yang masih basah. Sebaik sahaja masuk, dia mengelengkan kepalanya melihat Quenny yang tidur dengan rambut dah kusut , selimut entah kat mana, bantal bertaburan. (Sape tidur macam ni? Bila tidur semuanya tunggang langgang 😂)
"Hmm, tak boleh jadi bini! " ujar walter
"Woi bangun! " walter membaling bantal ke arah Quenny
Quenny membuka matanya perlahan-lahan. Dia menjerit apabila terlihat walter.
"Magandang umaga Quenny" (Selamat pagi Quenny) ucap Walter dengan muka bangga. Alah baru belajar satu ayat pun dah bangga!
"Hmm, kau ni jangan kacau aku boleh tak? Aku nak tidur! "ujar Quenny
"Aku cuma nak beritahu yang aku nak keluar, kalau kau nak ape-ape panggil maid atau daniel je" ujar walter
"wait! Kau nak keluar? Nak ikut! " jerit Quenny
"Kau tengok lah rambut kau yang serabai tu dah macam pocong aku tengok, eh! Pocong mane ade rambut. Ah lantak lah! Ape-ape pun kau tak boleh ikut" kata walter lalu segera berlalu
"Wei!! Haish! " Quenny merengus geram. Dia kemudian bangun .
"Ape jadi dengan katil aku ni? Dah macam kena gempa bumi" kata Quenny sendirian. Hah sedar pun!
"Biar je lah" Quenny segera menuju ke bilik air.
Walter yang sudah berada di bawah meluru ke arah daniel.
"Wei kau tolong tengok-tengokkan Quenny eh, aku nak pergi jenguk steven, entah macam mana lah dia sekarang" ujar Walter
"tak boleh ke aku ikut? Aku nak juga jumpa Dylan dan Aileen"
Walter mengeleng.
"No, kau kena jaga Quenny, kalau dia terjun lagi, biarkan je " kata walter
Daniel mengeluh kecil.
"tak pe, nanti aku bawa Dylan dan Aileen kat sini"
"Betul ke? "
Walter mengangguk. Daniel melonjak riang lalu secara spontan memeluk tubuh walter
"Wei! Aku nak gerak ni! "
Daniel tersengih lalu melepaskan pelukannya.
Walter kemudiannya keluar lalu memecut keretanya meninggalkan perkarangan banglonya.
"Wei!! " jerit Quenny dari atas
"ape?! " jerit Daniel
"Aku nak keluar " ujar Quenny
"Tak boleh"
"Aku lompat ni! " ugut Quenny
"Hah lompat je lah, biar patah terus segala tulang dalam badan kau tu! " balas daniel dengan selamba. Dia pun tak faham kenape walter bersungguh-sungguh nak jaga perempuan degil macam tu..
"Haish!! "
***
"Wuaa bro i miss you! " jerit steven sambil mendapatkan Walter
"miss you too bro! " balas walter
Kelihatan Aileen berjalan menuju ke arah walter.
"Wei anak kau dah pandai berjalan lah wei! " jerit walter teruja lalu mengangkat Aileen.
"Baru je, nanti aku nak ajar dia berenang pulak" ujar steven dengan selamba
"Kau gile ke ape nak ajar budak ni berenang? "
YOU ARE READING
My Protector , MAFIA
RandomWALTER LIM! Seorang mafia yang berperangai selamba. Dia kenal apa itu cinta namun tidak pernah merasakannya . Dia hanya berharap dengan jodoh dan beranggapan bahawa jodoh tu akan datang dengan sendirinya apabila tiba masanya . Hmm, macam jatuh dari...