Chris menuju ke arah markasnya dengan wajah yang geram. Di hadapannya, banyak anak-anak buahnya terbaring lemah. Dia kemudian masuk ke dalam, diikuti oleh ian, walter dan kevin. Sebaik sahaja mereka masuk, semua anak buahnya berdiri di hadapan Chris dengan wajah yang ditundukkan.
"Macam mana boleh jadi macam ni? " soal Chris dengan nada mendatar. Tapi itu sudah cukup membuatkan mereka tunduk ketakutan.
"Aku tanya ni! " jerit Chris. Wajahnya jelas kelihatan marah.
"Ki... Kitorang tak tahu bos" jawab seorang dari mereka semua.
"Ian. "
Ian mengangguk faham. Dia mengambil laptopnya lali menghack cctv yang tidak jauh dari markas mereka.
"Aku dah agak dah" Chris mengukir senyum sinis. Dia memandang tajam ke arah Danis, salah seorang dari pengikutnya.
"Aku sepatutnya bunuh kau dari dulu lagi supaya tak menyusahkan aku! " Chris menarik rambut panjang Danis ke belakang.
Danis mengerang sakit. Rambutnya bagai ingin tercabut dari kulit kepalanya. Chris memang tak boleh dibawa main.
"Kau kerja dengan siapa sekarang?! " soal Chris dengan geram
"B..bos" balas Danis sambil menahan sakit.
Pang!
Satu tamparan kuat diberikan kepada Danis. Wajah Danis yang tadinya elok kini kelihatan lebam. Yang lain hanya mampu melihat tanpa berkata apa-apa. Chris duduk mencangkung di hadapan Danis yang terduduk dek tamparannya.
"Sape arahkan kau buat semua ni? " soal Chris
Danis mengeleng beberapa kali.
"Sa... Saya tak tahu bos.. Sa.. Saya diupah" balas Danis dengan nada terketar ketar.
"tak cukup ke wang yang aku bagi?! " soal Chris.
Setiap bulan dia akan memberikan wang kepada anak-anak buahnya , Wang hasil dari pekerjaannya sebagai pengurus besar syarikat . Dia tak makan duit haram. Semua hasil dari titik peluhnya. Trtapi masih ada juga yang tak menghargai.
Danis hanya berdiam diri. Dia menundukkan kepalanya.
"Hei , even aku ni mafia , aku tak bunuh orang aku , tapi untuk orang yang dah buat salah macam kau , aku takkan biarkan lagi! " kepala Danis ditolak ke belakang dengan kasar.
Chris merengus geram .
"Aku dah bagi kau peluang , dan bagi aku tiada istilah peluang ketiga. Faham?! " jerkah Chris
Danis mengangguk laju.
"Bawa dia masuk dalam bilik tahanan. " arah Chris lalu berdiri.
Anak-anak buahnya yang lain mengangguk. Mereka segera mendapatkan danis.
"Bos! Sa.. "
"Kurung dan biarkan. " arah Chris dengan nada mendatar.
Mereka mengangguk. Danis kemudiannya diheret masuk ke dalam sebuah bilik, tempat yang lebih teruk daripada penjara. Jeritan Danis mula menghilang sebaik sahaja dimasukkan ke bilik itu.
"Ian cari maklumat orang yang dah upah Danis" arah Chris
Ian menganguk. Jarinya bermain dengan laptopnya sekali lagi.
"Tak jelas. " Ian menghadapkan laptopnya kepada Chris.
Chris melihat rakaman tersebut. Kelihatan Dua orang lelaki berpakaian serba hitam dan bertopi hitam memberikan wang kepada Danis sebelum Danis membawa dua orang itu memasuki markas milik Chris. Seorang dari mereka mengangkat pistol lalu melepaskan tembakan.
YOU ARE READING
My Protector , MAFIA
RandomWALTER LIM! Seorang mafia yang berperangai selamba. Dia kenal apa itu cinta namun tidak pernah merasakannya . Dia hanya berharap dengan jodoh dan beranggapan bahawa jodoh tu akan datang dengan sendirinya apabila tiba masanya . Hmm, macam jatuh dari...