Walter menghempaskan badannya pada katil empuknya. Tubuhnya terasa sungguh penat. Penat melayan karenah Quenny dan penat 'bekerja'. Dia memejamkan matanya dengan tangannya di dahi.
Pintu bilik yang dibuka dari luar membuatkan Walter terjaga. Dia memandang kearah Quenny yang baru masuk.
"Awal tidur " tegur Quenny sambil membaringkan badannya di sebelah Walter.
"Aku penat" ujar Walter.
Quenny mengangguk. Entah mengapa dia merasakan dia ingin meluangkan masa dengan walter tika itu.
"Walter"
"Hmm? " balas walter dengan mata yang dipejamkan
"Kau dah nak tidur ke? " soal Quenny
"Aku penat" ulang walter lagi.
"Okay lah, " Quenny memusingkan badannya menghadap dinding.
Walter membuka matanya lalu melihat ke arah Quenny yang membelakanginya. Tubuh Quenny ditarik menghadapnya.
"Kenape ni? " soal Walter
"Tak de " balas Quenny.
"Tak boleh tidur eh? " soal Walter lagi.
"Tak de lah, kau tidur je lah" ujar Quenny sambil mengalih kan tangan Walter menjauhnya.
"Aku teman kau"
Quenny mengeleng. Entah mengapa ego menguasai dirinya tika itu. Jujur dia ingin Walter menemaninya . Malam itu sungguh sunyi, yang kedengaran hanyalah bunyi guruh dah petir. Tidak lama kemudian bunyi hujan mula kedengaran. Guruh dan petir yang mula sambar menyambar membuatkan Quenny tidak selesa bersendirian.
"Walter" panggilnya lagi
"Hmm? " walter masih memejamkan matanya
"Teman aku, aku takut" luah Quenny
Walter memaksa dirinya untuk membuka matanya. Dia kemudiannya menarik tubuh Quenny . Wajah Quenny disembamkan ke dadanya.
"Tidurlah , aku ada teman kau" ujar Walter sambil memeluk tubuh Quenny.
Quenny terdiam. Perlahan-lahan dia memejamkan matanya. Walter mengusap kepala Quenny .
"Goodnight" dahi Quenny dikucup lembut. Tidak lama kemudian dia turut memejamkan mata dan akhirnya selamat sampai ke alam mimpi.
****
Quenny membuka matanya perlahan-lahan. Benda pertama yang dilihatnya ialah wajah bersih suaminya. Tanpa sedar dia mengukir senyum sendiri. Dia menilik wajah suaminya untuk seketika. Tidak lama kemudian dia mengalih kan tangan walter dari pinggangnya lalu turun dari katil untuk bersiap.
Selesai bersiap, Quenny turun lalu menuju ke dapur."Eh, awal bangun" tegur adelia
Quenny hanya mengukir senyum.
"Kak clara dan kak Dylan mane ?" soal Quenny
"Tengah bangunkan Noah dan Aileen"
Quenny mengangguk. Dia kemudiannya menolong Adelia menyediakan sarapan.
"Yang lain tak bangun lagi , mesti penat sangat semalan" ujar Adelia.
Quenny hanya mengukir senyum. Dia membuang pandangan ke luar. Kelihatan hujan masih tidak berhenti tetapi tidak selebat semalam.
"Mummy! "
Kelihatan Zandra dan Zender berlumba-lumba untuk mendapatkan adelia.
"Good morning mummy, good morning Kak Quenny" ucap Zender
YOU ARE READING
My Protector , MAFIA
RandomWALTER LIM! Seorang mafia yang berperangai selamba. Dia kenal apa itu cinta namun tidak pernah merasakannya . Dia hanya berharap dengan jodoh dan beranggapan bahawa jodoh tu akan datang dengan sendirinya apabila tiba masanya . Hmm, macam jatuh dari...