Keluhan demi keluhan keluar dari mulut 6 orang jejaka itu. Setiap satu kedai yang dimasuki keluhan beserta rungutan pasti akan kedengaran , lebih-lebih lagi para suami.
"Bosannnn! " jerit ian sambil menghentak hentakkan kakinya.
Chris menepuk kepala adiknya.
"Woi kau jangan nak mengada sini boleh tak? Kalau macam ni perangai kau, bukan aku je tak nak mengaku kau ni adik aku, clara pun tak nak mengaku kau ni suami dia" bebel Chris.
"Tapi aku bosan~" balas Ian dengan nada meleret. Lengan abangnya digoncang.
Steven, walter dan Kelvin memandang ke arah ian dengan muka meluat. Kevin seperti biasa hanya membuat muka tak berperasaan.
"Jom jalan-jalan nak? " soal ian
"Kau nak tinggalkan bini dan anak kau ke? "
"Aku ambil anak aku, bini aku biarkan je" kata ian selamba
Ian kemudiannya mengambil noah dari clara. Chris membawa Zender dan Zandra. Steven membawa Aileen. Walter? Walter tak de anak.
"walter? " Chris memandang ke arah Walter yang masih tidak beranjak.
"Tak pe lah , aku nak dating" balas walter
Chris mengangguk lalu beredar bersama yang lain.
"Quenny" panggil Walter
"Hmm? " soal Quenny sambil memandang ke arah Walter
"Jom dating"
Quenny mencebik. Walter mencapai tangan Quenny. Quenny cuba menepis tangan walter namun walter mengengam tangannya dengan kuat.
"adelia, aku nak bawa Quenny dating, boleh tak? "
Adelia mengukir senyum lalu mengangguk.
"Okay, jom" Walter menarik tangan Quenny keluar dari kedai tersebut.
"Okay baby, kita nak pergi mana? " soal Walter
Quenny mengeleng sambil mengangkat bahunya. Walter mengukir senyum lalu berjalan menuju ke arah sebuah kedai.
"Aku tak tahu kau suka ape, tapi aku rasa perempuan suka benda ni" Walter menunjuk ke arah barang kemas yang ada.
"Aku tak berminat benda-benda macam ni " ujar Quenny
Walter memandang ke arah Quenny sambil mengangkat sebelah keningnya.
"Kau ni perempuan ke lelaki? "
Quenny memandang walter dengan muka geram.
"Perempuan suka benda-benda macam ni tau, lagi-lagi kalau free, "
"Tapi aku tak" balas Quenny selamba
"Okay, so kau suka ape? " walter mendekatkan wajahnya ke arah Quenny
Quenny hanya mengangkat bahu.
"Okay, kau nak aku teka leh ni? "
Quenny hanya mengukir senyum. Walter ketawa kecil. Dia mengusap kepala Quenny lalu keluar dari kedai tersebut. Walter membawa Quenny ke kedai lain.
"Nak dress? " soal walter sambil membelek dress yang dijual
Quenny hanya mengeleng. Walter mengerut dahi. Dia kemudiannya membawa Quenny ke kedai lain. Kedai demi kedai dimasuki oleh Walter namun tiada satu pun yang menjadi pilihan Quenny.
"uhh kau nak ape sebenarnye? " soal Walter
Quenny hanya mendiamkan diri sambil matanya meliar melihat sekeliling. Quenny melihat satu persatu jejaka yang tinggi berkulit putih dan berambut perang yang lalu dihadapan mereka. Walter memandang ke arah Quenny dengan muka tidak puas hati. Dia kemudiannya segera berdiri di hadapan Quenny.
YOU ARE READING
My Protector , MAFIA
RandomWALTER LIM! Seorang mafia yang berperangai selamba. Dia kenal apa itu cinta namun tidak pernah merasakannya . Dia hanya berharap dengan jodoh dan beranggapan bahawa jodoh tu akan datang dengan sendirinya apabila tiba masanya . Hmm, macam jatuh dari...