Quenny memandang ke arah walter yang sedang sibuk dengan pen , kertas dan pembaris panjangnya . Walter menulis nombor pada kertas tersebut dan nombor terakhir yang ditulisnya ditandakan 'X' .
"Asal kau tengok aku macam tu ?" soal walter
"Ni untuk ape ?" soal Quenny sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah kertas tersebut .
"Untuk kita "
"Untuk kita ?" Quenny mengerut dahi .
Walter mengangguk .
"now kita ada 90 hari lagi"
"Untuk ?"
"Sayang, aku kan ade 3 bulan je untuk jaga kau , so aku buat macam ni . Aku harap dalam masa 3 bulan tu banyak benda yang berubah pada diri kau" ujar Walter dengan tenang
"Why me ?"
Walter menjawab soalan Quenny dengan senyuman .
"Okay , aku tak faham kau , aku tak faham langsung "
"Aku nak ubah kau "
"Ubah aku ? Kau nak ubah aku jadi ape ? Haiwan ?" balas Quenny dengan selamba
Walter mengelengkan kepalanya .
"Wait , what ? Kau nak aku masak ?"
Walter mengangguk .
"Aku tak reti masak , "
"Aku husband kau , so aku ade nak nak try masakan wife aku"
"Kau kahwin dengan aku semata-mata nak jadikan aku pembantu rumah kau ?"
"Yes and no"
Quenny mencebik lalu membaringkan dirinya pada sofa .
"Sape suruh kau baring ? Dah bangun!"
Qurnny menghulurkan tangannya .
"Bangun leh , pemalas "
"Tarik aku"
Walter dengan malas menyambut huluran tersebut lalu menarik tangan Quenny dengan kuat .
"Wei sakit tangan aku!"
Walter hanya tersengih .
"Meh teman aku masak "
Dengan malasnya Quenny mengikuti langkah walter menuju ke dapur .
"Okay , nak masak ape ?" soal Quenny
Walter mengangkat bahu .
"Masak maggie je lah"
"Tak nak ah! Aku nak makan nasi"
Queeny mencebik .
"Aku tak reti masak , so kau nak kebulur ke ape , aku tak kesah " kata Quenny dengan selamaba
"But you're my wife"
"Yaa , im your wife but not pembantu rumah , okay ?"
Walter menampar lengan Quenny.
"Sakitlah !" Quenny membalas
"Dosa pukul suami!"
"Pukul isteri tak dosa ?" balas Quenny selamba
Walter mencebik . Nak berbahas dengan Quenny alamatnya tak makan lah!
"nak masak ape ?"
"masak telur je lah"
"Okay" Quenny mengambil mangkuk dan dua biji telur ayam .
"O.m.g!" Queeny terdiam seketika apabila kulit telur juga turut terrrrmasuk ke dalam mangkuk .
"Kau buat ape ni ?!"
"Wei! Dah termasuk lah kulit telur tu , buang eh"
Walter dengan malasnya mengangguk.
"Ambil telur baru"
Quenny mengangguk lalu berlari anak mengambil dua biji telur lagi .
"Ha.."
"Oh mak kau!" serta merta dua biji telur tadi terpelanting dan mendarat tepat pada walter
"QUENNY ANN!!!" jeritan walter bergema di seluruh pelosok banglo itu
Quenny menutup mulutnya menahan tawanya .
"Wei sorry , aku tak sengaja" ucapnya
"Kau haish!" walter merengus geram
"Aku nak naik atas , nak bersihkan badan aku . dan kau!" walter menghalakan jari telunjuknnya ke arah Quenny
"Ape ?" soal Quenny dengan muka blur
"Masak sebelum aku turun ," walter segera mengatur langkah beredar dari dapur
"dan kau , masak sebelum aku turun bla bla bla" Quenny mengajuk percakapan walter tadi
"Aku dengar!" jerit walter dari atas.
"Ops!" Quenny menutup mulutnya lantas menyelesaikan tugasannya yang diamanahkan oleh sang suami
***
Walter pantas berlari menuruni tangga apabila bau asap semakin kuat . Sebaik tiba di dapur , walter melihat asap semakin menebal . Dia lantas mengambil pemadam api lalu segera menyelesaikan masalah itu . Quenny berdiri terpaku di situ dengan muka pucatnya . Kepalanya digeleng beberapa kali.
"Kau dah bodoh ke ape ?! Kalau dapur ni habis terbakar macam mana ?! Kau masak ke bakar sampah ?! Guna otak tu boleh tak!" jerit Walter di hadapan Quenny
Quenny terdiam , tergamam , terpaku . Air matanya kelihatan di hujung matanya . Matanya tidak lari memandang ke arah tempat yang hampur habis terbakar itu .
"Kau dengar tak aku cakap ape ni ?!" jerkah walter lagi .
Quenny terduduk di situ. Air matanya mengalir membasahi wajahnya , dia menutup wajahnya menggunakan telapak tangannya sambil mengeleng . Kedua kakinya dirapatkan ke dadanya .
"Wei , aku , aku minta maaf, aku" walter meraup wajahnya . Dia kemudian duduk mencangkung di hadapan Quenny. Kepala Quenny diusap perlahan.
"Aku minta maaf , aku tak boleh nak control emosi aku"
Quenny masih berdiam diri . Hanya tangisan kedengaran.
"Im sorry , aku betul-betul tak sengaja . Aku , aku tak , aku ..." walter mengeluh perlahan
"...aku minta maaf" walter menarik tubuh Quenny
Quenny menolak perlahan tubuh Walter .
"Aku nak bersendirian , aku tak nak diganggu . Please tinggalkan aku "
Walter mengeleng.
"Tinggalkan aku untuk seketika " ujar Quenny lagi. Wajahnya masih ditundukkan
"Tak nak"
"Please , tinggalkan aku"
"Tak nak , aku nak jaga kau" balas Walter
"Tinggalkan aku!!!" jerit Quenny secara tiba-tiba . Mata kelihatan agak merah , begitu juga wajahnya . Dia memandang tajam ke arah walter.
Walter lantas berdiri lalu beredar .
"Aku tak faham , siapa yang salah sekarang ni ? Siapa yang patut memarahi dan dimarahi ? Haish!" walter meraup wajahnya . Dia cuba untuk dekat dengan Quenny tetapi Quenny bukan seseorang yang mudah untuk difaham . Perempuan memang susah nak difaham pun .
Done bab 14!♥
Vote and comment ya!♥-Perlukah ada kebahagian diantara dua insan yang saling tidak mencintai ?
YOU ARE READING
My Protector , MAFIA
RandomWALTER LIM! Seorang mafia yang berperangai selamba. Dia kenal apa itu cinta namun tidak pernah merasakannya . Dia hanya berharap dengan jodoh dan beranggapan bahawa jodoh tu akan datang dengan sendirinya apabila tiba masanya . Hmm, macam jatuh dari...