Sedang aku berjalan menuju ke bilik air, tanganku tiba-tiba digenggam oleh seseorang dari belakang lantas aku ditarik kedalam sebuah stor. Mulutku ditekup dengan menggunakan tangan dan aku mulai gelabah mencari udara untuk bernafas.
"Siapa ni jangan main main boleh tak?"Aku berkata sambil cuba untuk meloloskan diri.
Tiba-tiba suara yang agak garau menerpa dari belakangku.
"Sayang tak rindu abang ke? Sorry la haritu buat sayang sampai demam. Abang tak sengaja. Abang emosi je bila orang biadap. Kalau sayang cakap elok elok haritu kata taknak, takda la abang kasar. Hehehehehehehe." Dia berkata.
Mendengar sahaja ayat itu, aku terus kaku. Sepatah kata pun tidak keluar dari mulutku untuk membalas kata-katanya. Lantas dia dengan tidak sabar terus memelukku dari belakang dan menggigit telingaku.
Aku terus menggeliat kegelian dan cuba untuk melepaskan diri namun satu tamparan yang laju hinggap dipipiku. Aku terpelanting di hadapannya.
Dengan tanpa rasa bersalah dia terus datang kepadaku yang sedang duduk ketakutan membelakangi dinding.
"Kan abang dah cakap jangan melawan. Sakit nanti." Katanya sambal tersengih.
Psycho bodoh mamat ni. Kau ingat kau handsome semua orang suka dekat kau ke? Aku berkata sendirian.
Tiba-tiba aku teringat apa yang dikatakan oleh Emir sewaktu di kantin. Katanya Izlan ni pelajar harapan STPM dan anak orang yang agak berada.
Ayahnya orang kuat alumni sekolah dan sering menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Jadi macam si Izlan ni anak emas sekolah ni lah.
Lagipun banyak desas desus yang mengatakan Izlan ni layan lelaki. Namun ia dinafikan oleh Izlan sendiri dengan kuasa yang ada pada ayahnya.
Sifat panas barannya amat ditakuti oleh setiap pelajar. Kebanyakkan pelajar akan mengelak untuk terserempak dengannya kerana tidak mahu mencari masalah.
Dan malangnya, aku terjumpa dia sewaktu minggu pertama daftar persekolahan. Malang sejuta kali malang.
"Sayang nak buat kat sini ke atau kat bilik abang? Abang okey je mana mana." Dia berkata tanpa serba salah. Aku yang sewaktu itu masih naif terus kebingungan.
"Buat? Buat apa?" Katanya. Secara tiba-tiba dia terus menerkam mulutku dengan bibirnya.
Amat ganas sehingga aku rasakan bibirku seperti digigit dengan kasar. Aku teriak kesakitan dan terus menolak nya kebelakang sehingga kepalanya terkena dinding batu. Tanpa berfikir aku terus memakinya.
"Kau ni bodoh ke apa? Ingat aku ni gay macam kau ke sial? Aku bukan macam budak bodoh lain yang akan ikut je cakap gay sial macam kau ni. Banyak lagi gay jijik yang kau bole try, kau cari aku jugak apa pasal ha babi?!" Amarahku di peringkat kemuncak.
Namun, baru aku sedar yang aku baru sahaja menempah liang lahad ku sendiri pada waktu itu.
Dia yang sedang menggosok kepalanya akibat terhantuk mula menghembuskan nafas secara deras dan tangannya menggengam erat penumbuk sambil tangannya bergetar tanda dia sedang teramat marah.
Dengan penuh cemas, aku cuba untuk mengatur kata-kata ku semula.
"Sss sebenarnyaa ss sa sayaa bb bu kk kan nn nakk kata mm macc cam tu kk kat abb abang. Ss sa saya..."
Bump! Satu tumbukan padu hinggap tepat di pipiku. Aku terpelanting ke belakang lalu terhantuk bucu meja stor.
Mataku berpinar yang amat. Aku memegang pipiku dan perasan terdapat darah di hujung bibir.
Tanpa sebarang amaran, satu sepakan terus tepat ke arah perutku.
Aku menggeliat kesakitan. Rasa senak dia takyah cakap la tuhan je yang tahu.

ANDA SEDANG MEMBACA
TAK LAGI MERINDU
Romance"Aku nak tengok sejauh mana kau boleh lari dari aku." -Izlan "Kau kata aku pengecut eh?" Pangggg.. Pipi Hakimi ditampar secara kasar. - Farhan "Aku taknak kau kecewa nanti sebab aku kenal dia macam mana." - Afiq "Sayang, muka dah elok, kacak. Tapi p...