XXVII

564 28 3
                                    

Malam itu aku duduk di balkoni, manakala ibu sudahpun tidur kerana penat memandu jauh.

Letih barangkali.

Aku juga penat, tapi agak berbeza iaitu penat dengan semua drama yang berlaku dalam masa yang singkat ini.

Sesekali ada aku menjenguk telefon bimbitku yang sudah lima kali menerima panggilan daripada Afiq, dan hampir 9 panggilan daripada Farhan.

Terbit keluh kecil. Haihh.

Lantas aku menelefon semula Afiq agar mereka jelas akan keberadaan aku di majlis pagi tadi.

"Hello Fiq, kenapa tu call?" Aku memulakan perbualan.

"Takda apa pun, cuma nak tanya tadi Farhan kata kau datang kenduri dia? Betul ke?" Soalnya.

"Haah iyaa, aku datang sebab ibu aku suruh teman dia tapi ibu tak bagitahu pun yang itu kenduri Farhan. Kalau tahu, takde la aku pergi. Tu je. Takda apa apa maksud lain pun." Jelasku panjang.

"Hmmmm, kalau macam tu takpa la. Sebab aku takut jadi apa apa sebab mak kau pun ada sekali kan. Kau okey ke tu? Lama tak dengar khabar kau sejak kau pindah Manjung." Tanya Afiq lagi.

"Eh aku okey je kat sini. Makin okey rasanya sebab dah lupa kisah lama dan masih lagi untuk melupakan. Lagipun Farhan dah kahwin. Good for him. Good for me as well." Jelasku lagi.

"Okey la kalau kau okey, aku risau kau jadi apa apa ke masa terserempak dia kan." Jawabnya.

"Takda apa pun Fiq. Serius aku okey je. Rilek." Jawabku pula.

Lantas kami menamatkan perbualan setelah salam diberikan dan dijawab.

__________________________________________________________________________________

"Kimi betul taknak ikut ibu balik kejap?" Soal ibu yang sambil memakai kasut dan menuju ke parkir kereta di bawah.

"Aku hanya menggeleng perlahan." Tidak larat untuk aku bersuara lantaran lewat tidur semalam, akibat lama termenung jauh.

"Okey la kalau macam tu, nanti kalau ibu rindu, ibu datang lagi ya." Jelas ibuku.

"Eh tak perlu la ibu drive ke sini. Nanti Kimi balik sana kalau ibu bosan kat rumah. Jauh ibu nak drive sini." Jelasku semula.

Lalu ibu hanya mengangguk dan masuk ke dalam kereta lalu memulakan perjalanan pulang ke Gombak.

Aku membalas lambaian ibu dengan sayu. Rasa berdosa pulak tinggal ibu sorang-sorang. Nanti dah la aku nak sambung ijazah, mesti ibu lagi keseorangan. Haihhhh.

____________________________________________________________________________________

"Kau isi apa yang paling atas? Hmmm aku tak tahu ni ishhhhhhh." Rungut Emir.

"Lahhhh mana la boleh kau tanya aku. Kau kena ikut kau suka apa." Jelasku.

"Tapi aku nak masuk sama universiti dengan kau laaa. Aku mana ada kawan rapat lain dahh." Jelasnya perlahan.

Kesian pulak aku tengok budak sorang ni.

"Haaa ye la ye la. Aku pilih USM nombor 1. Kos Sains Fizik. Saja je aku pilih area Penang sebab nak try angin baru hahhaahhahaha." Jelasku.

"Haaaa kalau centu aku pilih sama macam kau boleh tak?" Soalnya.

"Hahhaahahahhahahaha kau tanya aku ni macam aku pulak yang Pengarah UPU. Pilih je nanti kalau ada rezeki, boleh la kita dapat sama." Jawabku.

Terbit raut wajah yang ceria darinya dengan senyuman yang meleret hingga ke pipi.

Kemudian kami minum kopi sambil sambung bersembang perkara-perkara lama di Starbucks Aeon Manjung.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now