XXVIII

572 25 1
                                    

Lorong susur keluar ke Jalan Duta aku lalui setelah hampir sebulan lebih aku menetap di rumah dadi.

Seronok pula rasanya apabila duduk bersendirian kerana semua keputusan, aku yang tetapkan. Hanya ada aku dan tidak sesiapa yang berhak memutuskan apa yang aku mahukan.

Tapi setelah sekian lama menyepi, nampaknya aku perlukan bahu untuk merebahkan diriku yang hampir lelah ini.

Oleh kerana itu, aku mengambil keputusan untuk pulang dan menemani ibu memandangkan masa sebelum aku memasuki university semakin hampir. Jadi, biarlah sisa saki baki masa ini aku luangkan bersama ibu.

Sengaja aku lalu di kawasan Kuala Lumpur kerana Aina sedang berada di Pokok Café, Mahsa University. Jadi aku sudah berjanji untuk membawa dia pulang sekali dan makan malam dirumahku.

________________________________________________________________________________________

"Lama dah Aina tak makan dekat rumah Aunty Lia. Rindu betul dengan masakan aunty." Jelas Aina sambil mengunyah makanan.

Aku dan ibu hanya tersengih melihat telatahnya.

"Kimi pun rindu masakan ibu hahahahahahahahaha. Penat dah kat Manjung tu asyik tapau makanan je hmmm sedih." Jelasku pula.

"Tahu pun, dah la lepasni kamu dua nak sambung degree dah. Nanti ibu rindu dah balik rumah je sunyi." Jelas ibu pula.

Aku hanya menghela nafas berat.

"Alaaaa nanti dah dekat universiti bukan takleh balik jenguk ibu selalu pun kan?" Soalku semula.

"Kalau dekat KL boleh la balik hari, tapi kalau jauh, takkan nak ulang tiap minggu ke kan Aina?" Perli ibu terhadapku.

Aina hanya tertawa kecil dan menyambung jamah makanan.

Pastinya situasi makan bertiga ini akan aku rindui apabila sudah tidak berada bersama kelak.

Lalu kami akhiri aktiviti malam ini dengan menonton Netflix bersama Aina hingga lewat pagi.

_________________________________________________________________________________________

Pagi itu ibu sudah gerak pergi ke pejabat lebih awal dan meninggalkan aku terpinga-pinga keseorangan di ruang tamu. Aina juga sudah pulang katanya selepas subuh.

Aku juga terasa ingin keluar mencari angin di sekitar KL sambil mencari baju untuk dibawa ke universiti kelak.

Butik H&M di Sunway Putra Mall aku singgah untuk mencari pakaian dan keperluan diri yang lain.

Beberapa baju aku pilih dan juga helaian seluar yang memikat hatiku.

Sudah lama rasanya aku tidak berbelanja, membeli barangan sebegini.

Langkah demi langkah aku menapak sehingga ke hujung bahagian iaitu terdapatnya rak yang menempatkan hoodies berwarna warni.

Mataku tertumpu tepat ke arah hoodie berwarna pink yang mana amat sama dengan milikku yang diberi oleh Izlan. Haihhh.

Ya, disinilah hoodie itu dia beli dan diberikan kepadaku.

Teringat baju tersebut yang masih lagi tergantung di tandasku. Tidak aku sentuh selepas kejadian malam bersama Farhan itu. Biarlah ia tergantung disitu, sehingga ada kudrat dan keberanianku untuk bersemuka dan memulangkan kepada Izlan.

"Hmmm banyak juga baju yang aku pilih ni. Seluar pun boleh tahan banyak. Lepasni cari kasut then balik la. Bosan pulak keluar sorang-sorang hahahaahha." Ulasku sendirian.

Setelah selesai membayar, aku melihat kearah jam tangan dan waktu menunjukkan telah pukul 2 petang. Lama juga aku keluar rupanya.

Lantas aku bergerak ke parkir kereta dan mencari restoran yang mempunyai pandu lalu untuk makan tengah hari. Malas rasanya hendak berhenti makan memandangkan aku pun hanya bersendirian.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now