LIV

480 29 11
                                    

Kedengaran satu suara yang amat aku kenali namun amat jauh dan perlahan.

Alunan ayat daripada surah dibaca dengan nada yang rendah olehnya.

Lama kelamaan, aku mula sedar dan membuka mataku dengan perlahan.

Aku amati dengan lemah semua perkara yang terdapat disekelilingku. Dan aku menyedari bahawa aku berada di dalam wad.

Ingin aku gerakkan tangan kananku, namun tidak berdaya kerana sudah dibalut tebal akibat luka sewaktu dilanggar.

Aku toleh ke kiri, rupanya ibu yang sedang duduk disebelahku. Membaca al-Quran dengan perlahan, sambil air matanya jatuh menitis di atas kertas yang tercatat surah yang suci di atasnya.

Hendak aku mencapainya, namun keadaanku tidak mengizikan.

Lantas, aku cuba untuk memanggil dengan sepenuh kudrat yang tersisa.

"I ibu." Kataku pendek.

"Sayang, Ya Allah sayang dah sedar. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah." Sahut ibuku dengan air mata yang terus menerus mengalir deras.

"Kenapa sampai boleh jadi macam ni sayang. Ibu taktau nak cakap apa lepas pihak universiti call ibu. Ibu kan dah pesan kalau bawak kenderaan tu hati-hati." Ibu memesan dengan penuh kekesalan.

"Dah bu, Kimi dengan abang Paan betul je bawak moto, orang tu yang salah pergi langgar lampu merah." Jawabku perlahan.

"Ye, alhamdulillah sayang tak teruk sangat. Sayang nak apa apa tak? Ibu boleh ambilkan?" Soalnya.

"Takpe ibu, Kimi okey je setakat ni. Taknak apa apa." Jawabku perlahan.

Lantas aku kembali melelapkan mata kerana kepalaku seakan sangat sakit pabila terlalu lama merenung cahaya yang terang.

Nafas aku ambil sedalam-dalamnya dan aku hembuskan dengan perlahan.

Sumpah pada waktu itu aku langsung tidak terlintas memikirkan Farhan.

Selang beberapa minit, nafasku mula berderau dan aku mulai cemas pabila mengingat kembali kejadiam kemalangan yang menimpa kami.

Terus aku kembali celik dan bertanyakan kepada ibu.

"Ibuuu, abang Paan macam mana? Dia kat mana sekarang? Dia okey takk?" Aku berkata dengan deasakan agar ibu menjawab seperti yang aku harapkan.

Namun, malang sekali respon yang aku terima.

Ibu hanya diam, namun air matanya semakin deras mencurah keluar.

"Ibuuu, jawab la ibu. Jangan buat Kimi macam ni." Kataku dengan nada yang semakin sebak.

Manakan tidak, dia jadi begitu disebabkan aku. Aku yang mengajaknya untuk keluar makan di dalam kampus semalam. Aku yang mendesak untuk menghantarknya ke tempat kerja. Jika tidak, dia sudah pulang dan tidak perlu kebilikku lagi.

Sesal yang kurasa menghantui diriku.

"Ibuuuu, jangan la diam je. Sampai hati ibu buat Kimi macam ni." Kataku lagi namun kali ini dengan air mata yang mula mengalir.

Ibu masih lagi diam, menangis dan kemudian berlalu pergi.

Ibu meninggalkanku dalam keadaan tertanya-tanya, dengan sakit yang aku hadapi lagi sekarang ini.

"Ya Allah, kalau perlu ada satu nyawa yang perlu dituntut, ambillah aku sebagai ganti. Jangan dia. Dia amat diperlukan sebagai tulang belakang insan yang dia sayangi." Aku meraung sendiri, mempersoalkan takdir yang telah ditetapkan seperti tiada pendirian agama.

Sesak terasa di dadaku akibat tekanan yang aku hadapi.

Aku meraung sendirian di dalam wad tersebut. Menangis mengenangkan apa yang berlaku, yang mana boleh aku katakan ianya adalah salahku seratus peratus.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now