XXIII

712 34 6
                                    

"Paan!" Jerit Afiq dari arah pintu bilik.

Farhan yang agak terkejut dengan teriakan Afiq dari arah pintu, terus melepaskan tangan dari mencekik Hakimi. Terkulai pengsan Hakimi sejurus tangan Farhan terlerai.

"Kau, kau buat apa ni Paan?" Ucap Afiq tergagap.

Farhan yang sedang tidak berpakaian terus berdiri dan menutup dirinya dengan selimut di atas katil. Hikimi masih lagi terkulai di atas katil dengan wajah yang pucat.

"Apa kau dah buat kat budak tu Paan? Kau dah gila ke?" Soal Afiq lagi.

Farhan melihat Hakimi dan tangannya mulai menggeletar. Dia seakan tersedar yang dia baru sahaja lakukan perkara yang terkutuk itu. Dan yang lagi teruk dia tidak dapat mengawal amarahnya yang mampu meragut nyawa insan yang dia sayangi.

Kelihatan darah mulai mengalir dari hidung Hakimi.

Getaran tangannya mulai jelas kelihatan.

Farhan kelihatan bersalah dan mula bergerak mendekati Hakimi di atas katil.

"Kau jangan dekat dengan dia!" Jerit Afiq dari arah pintu dan mula berlari ke arah Hakimi.

Lalu dia terus menolak Farhan jatuh di tepi katil.

"Kau apasal nak halang aku dekat dia? Dia aku punya!" Jerkah Farhan.

"Ye memang dia kau punya, sebab tu aku suruh kau jangan sentuh dia! Dia hampir mati dekat tangan kau sendiri! Kau buta ke ha?" Balas Afiq.

Afiq cuba untuk mengangkat Hakimi dari katil namun ditumbuk dari tepi oleh Farhan. Terjatuh Afiq dan kemudian terus memegang bibirnya yang berdarah.

"Cuba la sentuh dia kalau kau pulak nak mati." Kata Farhan angkuh.

"Bawak mengucap Paan. Kau dah tak waras ni." Kata Afiq.

"Diammmmmm!" Jerit Farhan yang kemudian terus memeluk Hakimi erat.

Dia menggeletar memeluk tubuh Hakimi yang kaku tidak memberi sebarang tindak balas.

"Sayanggg, Kimi sayangg bangunn." Ujar Farhan. Lalu dia menangis teresak. Lama kelamaan dia menggoncang kuat tubuh Hakimi sebagai tanda menyuruhnya bangun.

Dia persis seperti orang yang gila talak.

Lalu Afiq datang dari arah belakang dan menolaknya deras.

"Kau dah gila ke? Mati budak ni nanti." Afir berkata apabila melihat darah dari hidung Hakimi terus mengalir jatuh.

"Kau jangan pegang dia la bangsat!" Jerit Farhan dan kemudian dia tiba-tiba terkedu diam.

"Kau yang jangan sentuh dia." Berkata perlahan Afiq sambil mengacukan pistol ke arah Farhan.

"Aku buat ni untuk kebaikan kau dan budak ni. Jadi kau jangan dekat. Atau kau yang mati." Ucap Afiq lagi.

"Kalau budak ni mati, kau pun mati jugak kau tahu tak? Kau mati dalam penjara. Kau tu polis. Kau sedar tak?" Jawabnya lagi.

Farhan hanya diam dan perlahan-lahan terduduk bersandarkan dinding.

Afiq bergerak ke arah Hakimi perlahan dan meletakkan pistol di koceknya dan mengangkat Hakimi yang tidak berpakaian di atas katil.

Farhan kelihatan menangis, tersandar duduk di tepi.

Lalu Afiq mengutip pakaian Hakimi dan terus bergerak ke arah kereta.

Farhan dia biarkan di dalam bilik, menangis sendirian.

Dia membuka pintu kereta, meletakkan perlahan Hakimi perlahan dan memakaikan seluarnya. Dia bergerak ke hadapan kereta dan mengambil tisu beberapa helai dan dilapkan kesan darah di bahagian hidung Hakimi. Lalu dia memakaikannya hoodie semula dan membetulkan rambutnya sambil mengusap.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now