Pagi itu aku duduk sebentar di dalam kereta sekitar jam 7:00 pagi.
Nafasku aku hembus dengan perlahan sambil melihat beberapa pelajar yang sedang riang berjalan di kaki jalan dan ada juga yang sedang berjogging.
Seronok kulihat mereka jalani kehidupan denga riang walaupun berserdahana.
Namun, apa yang terbuku di dalam hati tiada siapa yang mengerti.
Dengan perlahan, aku menukar gear ke D dan memulakan perjalanan ke Sungai Petani, Kedah.
Lokasi yang aku tuju kali ini adalah ke kampung Farhan, walaupun aku tahu kali ini aku sudah mengingkari janji aku sendiri terhadap ibunya.
Tidak mengapalah, aku akan pastikan bahawa kali ini, pertemuan kami semua adalah yang terakhir.
Aku juga akan manfaatkan masa yang aku ada harini bersama orang yang aku sayangi.
Aku amat berharap yang mereka akan mengerti dengan situasi dan setiap tindakan yang aku ambil.
Bukan sengaja, namun demi kebaikkan semua.
Aku membuka tingkap pabila melalui Jambatan Pulau Pinang untuk menikmati udara yang segar, agar semua rasa kesal yang bakal aku terima kelak turut hilang dibawa bayu pagi.
Setelah hampir satu jam memandu dengan perlahan, aku akhirnya tiba di kawasan Sungai Petani. Simpang yang terletakknya kampung Farhan itu aku masuki dan akhirnya keretaku berhenti di halaman rumah yang sudah sekian lama aku tidak jejaki ini.
Kulihat sekeliling, tiada siapa yang berada di luar, melainkan ayahnya yang baharu sahaja keluar dari arah dapur dan masuk ke tandas diluar rumah mereka.
Kemudian, dengan hati yang berat, aku melangkah keluar dari kereta dan berdiri melihat sekeliling.
"Eh, Hakimi ke tuu?" Laung ayahnya sebaik sahaja melihatku setelah keluar daripada tandas.
Aku hanya melemparkan senyuman kepadanya sambil mengangguk.
"Yangg, ni ha kawan Paan datang ni kat depan." Katanya kepada isterinya di dapur.
Berdegup keras jantungku pabila dia memanggil ibu Farhan untuk melihatku yang berada di luar.
Selang beberapa saat, hadir susuk tubuh wanita tersebut keluar dan agak terdiam dia melihatku.
Aku lagi la diam seribu bahasa.
"Eh nakk, meh sini masuk. Sarapan sama-sama." Katanya seperti tiada apa yang berlaku.
Aku juga agak terkejut Melihat reaksinya sebegitu.
Dengan pantas, aku hanya mengangguk dan menuju kearah mereka seperti yang disuruh.
Mungkin dia sahaja yang mengetahui hal antara kami, tapi tidak suaminya. Jadi, aku hanya mengikuti rentaknya agar keadaan kekal baik-baik sahaja.
Kekok yang aku rasa ini hanya tuhan je yang tahu.
Usai melangkah masuk, bahuku disapa perlahan olehnya dan dia hanya mengangguk sahaja.
Aku yang faham dengan tindakannya hanya tersenyum dan masuk ke dalam seperti biasa.
Tidak pula aku melihat Farhan mahupun Aish di meja makan, hanya penuh dengan makanan namun tiada siapa yang duduk disitu.
"Haaaa, jemput duduk. Jangan segan-segan." Ujar ayahnya.
Aku hanya mengangguk dan duduk di sebelahnya.
"Gerak dari sana pukul berapa tadi?" Katanya untuk merancakkan suasana.
"Ohhh, pukul 7 tadi. Bawak slow slow je sambil layan angin hehehehehehee." Jawabku.
Dia hanya tersenyum dah mengangguk faham.
ANDA SEDANG MEMBACA
TAK LAGI MERINDU
Lãng mạn"Aku nak tengok sejauh mana kau boleh lari dari aku." -Izlan "Kau kata aku pengecut eh?" Pangggg.. Pipi Hakimi ditampar secara kasar. - Farhan "Aku taknak kau kecewa nanti sebab aku kenal dia macam mana." - Afiq "Sayang, muka dah elok, kacak. Tapi p...
