FINALE - I

811 28 18
                                        

Malam itu, usai menelefon Aish dan Farhan, aku terus memandu tanpa arah di sekitar Penang.

Hanya tangisan yang menjadi penemanku tika stereng diputar.

Tidak aku sangka, yang mana kali ini diriku tidak ubah seperti orang bodoh, menyesal akan keputusan yang aku sendiri ambil.

Walaupun aku sudah menyangka bahawa reaksi Farhan akan tetap begitu, namun hatiku masih tidak dapat menerima pabila dia seakan menganggap sudah tidak ada apa apa lagi hubungan yang istimewa antara kami berdua.

Lebur hatiku, seperti kaca yang dihempas ke atas batu.

Setidaknya, aku sangat berharap dia akan membalas rinduku terhadapnya.

Namun tidak. Silap aku juga kerana terlalu berharap.

Akan tetapi, tidak juga aku menyalahkannya kerana aku tahu, hati dan perasaan adalah sesuatu yang rapuh, yang tidak boleh sewenang-wenangnya dipermainkan.

Mungkin baginya aku sekadar bermain tarik tali bersamanya, dan pergi meninggalkannya setelah diriku bosan.

Tapi tidak. Jika dia berfikiran sebegitu, aku ingin dia tahu yang dia silap.

Sesungguhnya, aku yakin mengatakan bahawa sayangku terhadap dirinya adalah lebih berbanding aku menyayangi diriku sendiri.

Air mata yang mengalir ini aku kesat usai tiba di pandu lalu McDonald.

"Hye, boleh saya ambil pesanan?" Soalnya.

"Hye, bagi saya fries 2, yang large dan iced latte 2, large jugak, add on syrup." Jawabku.

"Okey, baik itu sahaja?" Soalnya lagi.

"Ya." Jawabku pendek.

"Baiklah, total RM 32.50 boleh bayar kat depan. Terima kasih."

Tanpa menjawab, aku terus memandu ke kaunter hadapan dan membayar lalu bergerak pergi setelah mengambil semua pesananku.

Tiba di persimpangan lampu isyarat, aku terlihat ke arah kereta yang amat aku kenali.

Ianya Danny yang sedang duduk di tempat duduk pemandu, sambil disuap aiskrim oleh seorang perempuan di sebelahnya dengan wajah yang mesra.

Aku tersenyum.

Ya, lega pabila aku mengambil keputusan untuk tidak kembali bersamanya hari itu, kerana aku tahu dia akan tetap dengan naluri asalnya iaitu bersama wanita.

Jadi, kata-katanya haritu hanya sekadar janji manis dimulutnya.

Tidak mengapalah, aku pun sudah maafkan kau.

Siapalah aku untuk terus menghukum sedangkan aku juga langsung tidak sempurna.

Semoga kau bahagia, dan semoga kita berjumpa di lain waktu.

Lantas aku meneruskan pemanduan setelah lampu isyarat bertukar hijau.

Jam menunjukkan tepat jam 1:20 pagi namun aku masih lagi tidak mempunyai arah untuk aku tuju.

Akhirnya, aku memilih untuk berhenti di pitstop Jambatan Pulau Pinang pertama, seperti yang Farhan pernah membawaku.

Keretaku aku parkir di tempat berhenti kecemasan dan aku keluar membawa makanan yang telah aku pesan sebentar tadi.

Hening suasana pada malam itu dan kelihatan hanya beberapa kelibat kereta yang berselisihan di atas jambatan.

Lantas aku meletakkan fries dan minuman tersebut di atas penghadang, aku susun dengan rapi, membayangkan yang aku sedang bertemu janji bersama Farhan.

TAK LAGI MERINDUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang