Aku masih lagi berjaga, melihat Danny yang sedang baring di atas sofa.
Kelihatan agak tidak selesa baginya apabila dia terpaksa meletakkan kaki di atas sofa kerana tubuhnya yang tinggi dan sofa itu pula agak sedikit pendek.
Dia masih lagi menelaah telefonnya dengan khusyuk.
Aku bukan lagi tumpuannya buat masa sekarang hahahaahahaha.
"Amboi tekun betul tengok telefon tu, sikit lagi nak termasuk dalam telefon tu haaaaaa." Perliku.
"Ehhh okey tak tu?" Katanya lalu terus bangun melihatku.
Dia berjalan ke arah katil dengan hoodie yang menutupi kepala dan rambutnya jatuh menutupi dahi, seperti gaya rambutku.
"Hahahahahaahahah comel je rambut macam tu, selalu pacak-pacak." Kataku.
"Aikk comel ke? Manada comel bahh. Muka garang macam ni pun kata comel?" Soalnya.
"Hahahahaha ye la garang betul." Jawabku.
"Meh la sini baring dengan Kimi. Tido atas katil ni haa muat je." Kataku yang sambil beralih sedikit ketepi untuk dia baring.
"Astaga mana boleh, kalau nanti tercabut tube air tu macam mana?" Katanya.
"Apa susah, kalau cabut, cucuk la balik." Kataku.
"Ada pulak macam tu." Jawabnya.
"Hahahahahahahaha, boleh la pleaseeeeee." Kataku.
"Okey boleh, tapi kalau jadi apa apa, Danny tak tanggung eh." Jawabnya.
Aku terus aneh.
"Jadi apa apa macam mana maksudnya?" Soalku pelik.
"Ye la apa apa yang diluar kawalan." Soalnya yang terus duduk di atas katil sebelahku.
Difikiranku terus memikirkan perkara yang kotor.
"Haaaaa kenapa kata macam tu?" Jawabku.
"Ye la kalau tercabut jarum tu ke, tertolak Kimi jatuh ke Danny taktau sebab Danny tido lasak." Jawabnya selamba.
Astaga, suci betul fikiran budak ni rupanya. Aku yang dah tercemar rupanya.
"Ohhhh, kalau macam tu takpa la, Kimi tolak balik." Jawabku.
"Astaga sampai hati. Dah la kena teman tido, lepastu kena tolak. Kejamnya dunia." Jawabnya lalu baring disebelahku dan berkongsi bantal bersama.
"Hahahahahahahaaha, ohhh berkiraaaaaa. Dengan Kimi pun nak berkiraa." Jawabku.
"Heheheheheheehe takde la. Main-main jeee." Kataku.
Kemudian kami saling menghadap syiling, baring tanpa sebarang perbualan untuk beberapa minit.
Agak janggal, namun sengaja aku biarkan agar kami biasa dengan situasi ini, agar dia tahu bahawa diam juga adalah suatu jawapan, yang mana tidak perlu diungkap namun lebih pedih dari kata kata.
"Ermmm, jom duduk dengan Danny." Katanya secara tiba-tiba.
"Haa? Sekarang ni kita duduk sama la kan?" Jawabku.
"Bukan, maksudnya duduk dengan Danny berdua je." Jawabnya pula.
"Kita kan roommate? Memang dah duduk sekali bukan?" Ulasku.
"Haihh, maksud Danny, kita duduk berdua je. Kat luar. Taknak duduk bilik tu lagi dah." Jawabnya perlahan.
Lalu dia mengiring menghadapku sambil menggerakkan kedua-dua keningnya.
"Amacam?" Soalnya.
Aku terdiam.
"Ermm tapi kenapa? Sebab panas ke?" Soalku.

ANDA SEDANG MEMBACA
TAK LAGI MERINDU
Romance"Aku nak tengok sejauh mana kau boleh lari dari aku." -Izlan "Kau kata aku pengecut eh?" Pangggg.. Pipi Hakimi ditampar secara kasar. - Farhan "Aku taknak kau kecewa nanti sebab aku kenal dia macam mana." - Afiq "Sayang, muka dah elok, kacak. Tapi p...