"Aku taknak! Jangan sentuh aku! Tolongggg!" Aku cuba untuk lepaskan diri dari genggaman lelaki itu. Aku ketakutan kerana dia akan bertindak luar kawalan apabila nafsunya memuncak.
Jeritanku diselangi dengan tamparan dan tumbukan yang deras olehnya. Makin lama aku semakin lemah dan kesakitan.
Aku sudah tidak berdaya untuk melawan memandangkan tubuhku sedikit kecil berbanding tubuhnya. Tiba-tiba badanku terasa seperti bergoyang lalu aku tersedar dari mimpi ngeri tersebut.
"Kimi bangunn, kenapa ni?" Ibuku mendapatkanku lalu terus memelukku yang sedang menggeletar dan tercungap-cungap. Aku terus mendakap pelukan ibuku dengan erat.
"Dah dah, ibu ada kat sini. Jangan takut. Izlan dah takda. Dia dah pergi jauh." Ibuku mulai memujukku yang sedang ketakutan.
Ya, hampir setiap malam aku ketakutan bermimpikan Izlan, seniorku sewaktu di tingkatan 6 rendah di STAR Ipoh. Waktu itu dia merupakan pelajar tingkatan 6 atas dan kami mengambil kos yang sama iaitu sains dan mempunyai minat yang sama dalam subjek fizik. Aku mula mengenali dia sewaktu aku hendak ke tandas pada pukul 1150 malam.
*Flashback
Aku bergegas ke tandas kerana baju sukan yang sudah aku seterika tertumpah kopi yang sedang aku bawa ke meja. Lantas aku membawa baju tersebut untuk dicuci kemudian diseterika untuk aktiviti Pendidikan Jasmani esok.
"Eh nak pergi mana malam-malam ni lelaju?" Izlan menyapaku mesra.
Dia baharu sahaja keluar dari tandas dan seperti ingin menuju ke bilik rasanya. Aku melemparkan senyuman lalu membalas persoalannya.
"Eh takda la nak basuh baju ni haa tadi kena kopi pastu habis kotor, esok pagi nak pakai hmmm." Jawabku.
Dia mengangguk lalu berkata "Ohh kalau centu meh sini abang tolong sekali."
Aku tiba-tiba hairan kerana selalunya senior ni semua kerek astu suka buli pelajar baharu. Tapi aku hanya turuti kata-katanya dan terus bergerak ke singki tandas sambal membawa baju dan sedikit sabun.
Sedang aku mencuci pakaian di singki, tiba tiba si Izlan datang dari arah belakangku seperti hendak memelukku dan terus mencapai tanganku dengan sengaja.
Aku secara automatik terus menarik tanganku dan mengelak ke kanan kerana terkejut.
"Eh kenapa ni bang, takpa saya boleh basuh sendiri heheehehhe. Sikit je ni takpa." Aku berkata kepada Izlan.
"Eh takpa la biar abang tolong, senang je tu." Katanya.
Dia datang ke arah aku dan mencapai baju yang sedang ku pegang namun tangan kirinya cuba untuk menarik seluar pendek yang aku pakai. Aku dengan pantas terus mengelak dan berundur dengan dengan laju.
Aku mulai marah.
Namun dia dengan keras kepalanya terus mara ke arah ku sambil tersengih dan berkata "Takpa abang boleh buatkan hehehehe."
Dengan marah, aku terus berkata kasar kepadanya. "Kau jangan dekat dengan aku la sial. Aku kata tak payah, tak payah la bodoh." Dadaku turun naik kerana marah.
Dia daripada tersenyum, terus berubah kepada wajah yang amat dingin. Aku terkedu.
Dengan suara yang agak garau, dia berkata perlahan. "Sial? Bodoh? Serius la?" Pendek sahaja namun cukup buat aku menelan air liur ketakutan.
Dengan tidak semena-mena dia terus menumbuk pintu tandas yang diperbuat daripada besi itu sehingga sedikit kemek. Aku terus terkaku dan menggigil.
"Bb bbu kan ma macam tu bang. Ss saya cu cuma" belum sempat aku menghabiskan ayatku, satu tumbukan padu hinggap ke arah perutku.

YOU ARE READING
TAK LAGI MERINDU
Romance"Aku nak tengok sejauh mana kau boleh lari dari aku." -Izlan "Kau kata aku pengecut eh?" Pangggg.. Pipi Hakimi ditampar secara kasar. - Farhan "Aku taknak kau kecewa nanti sebab aku kenal dia macam mana." - Afiq "Sayang, muka dah elok, kacak. Tapi p...