XXXIV

499 26 0
                                    

Aku terbangun akibat daripada kedinginan angin daripada kipas syiling yang laju terpasang.

"Uishhh sejuknya." Kataku sambil menarik selimut menutupi badan.

Dalam seminit menikmati kehangatan selimut, aku mulai tersedar.

"Ehh aku mana ada bawak selimut." Ujarku sendiri.

Lantas aku bangun dan duduk di atas katil dengan mamai. Pandanganku juga agak gelap kerana semua lampu terpadam.

"Selimut siapa pulak aku pakai ni?" Ujarku sendiri.

Aku lihat ke arah Danny yang sedang tidur mengiring ke arahku.

AKu perhati bahawa dia tidak memakai selimut, namun tidak aku ingat sama ada dia memakai selimut pada awalnya ataupun tidak.

Jadi dia bagi dekat aku sebab dia tak sejuk ataupun dia sejuk tapi tetap bagi dekat aku sebab dia nampak aku kesejukan?

Hatiku terus bersoal-jawab.

Dia kelihatan seperti memeluk tubuh dan kakinya ditindih oleh bantal kecil.

Sah-sah la dia pun tengah sejuk ni.

Lantas aku terus bangun, membawa selimut dan menuju kearahnya.

"Haishhh kalau sendiri pun sejuk, tak perlu la kesiankan dekat orang lain. Jaga diri sendiri tu dulu." Ujarku sendirian sambil meletakkan selimut menutupi badannya.

"Terpaling lah anak sulung ya, semua perkara mesti fikir orang dulu, baru fikir diri sendiri." Kataku lagi.

Terbit rasa kasihan terhadapnya apabila aku memikirkan perkara yang dia beritahu kepadaku malam semalam.

Pasti semua tanggungjawab dipapah berat oleh bahunya lantaran si ibu yang telah pergi sama ada ke sisi Allah mahupun membawa diri.

Lalu aku menggosok rambutnya sebelum aku pulang ke katilku untuk sambung tidur.

____________________________________________________________________________

Danny mulai merasa sesuatu yang gembira baginya apabila rambutnya digosok oleh Hakimi.

Baginya, sudah lama dia tidak merasa sedemikian sejak ibunya meninggal dunia. Kali terakhir ibunya mengusap rambutnya adalah sewaktu di wad kecemasan apabila dia menemani ibunya sebelum nafas terakhir dihela.

Usai Hakimi baring dan tidur semula, dia menatap lelaki itu sehingga azan subuh berkumandang dan mula solat.

Setelah selesai, dia mula membangunkan Hakimi untuk bersiap dan solat, sebelum turun ke foyer.

"Kimi, bangun, mandi lepastu solat subuh eh." Katanya sambil memegang perlahan tangan Hakimi.

Tiada sebarang reaksi yang ditunjukkan oleh Hakimi. Lalu Danny menepuk perlahan pipinya agar lelaki itu bangun.

Matanya mula dikerdip perlahan dan akhirnya Hakimi bangun.

"Ermmmm lagi 5 minit boleh tak Danny? Kimi ngantuk giler." Jawabnya spontan.

Danny hanya tersenyum dan menggelengkan kepala.

"5 minit je eh, lepasni kalau Kimi tak bangun jugak, Danny kejut paksa okey." Soalnya.

Hakimi hanya menunjukkan ibu jari tanda setuju dan mula terlelap semula.

"Haihhh macam macam la dia ni." Kata Danny sendirian sambil tersenyum lagi.

__________________________________________________________________________________________

Aku masih lagi berjalan di hadapan Danny dengan laju, tanpa menunggu lagi menghiraukan panggilan olehnya.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now