LXI

559 28 3
                                    

Sepanjang perjalanan pulang, aku hanya termenung sambil memandu dengan perlahan.

Aku memikirkan segala tindakan yang aku ambil, sama ada ianya betul ataupun sebaliknya.

Kadang, aku kecewa dengan diriku sendiri. Terlalu sukar untuk bertegas. Namun pabila aku melakukan sedemikian, aku sendiri yang menyesal dan rasa serba salah.

Setelah sampai di bilikku, aku terus mandi dan melelapkan mata kerana kelasku pada esok hari bermula agak awal.

____________________________________________________________________________________________________________

Pagi itu aku memandu ke kelas berseorangan, seperti kebiasaan.

Mataku tertumpu kepada slaid kuliah yang besar terpampang, namun hati dan fikiranku terus menerus meneroka alam yang aku sendiri tidak dapat gambarkan. Yang pasti, hanya jasadku yang berada disitu.

Usai kelas, aku terus bergerak ke kafe untuk membeli kopi seperti biasa, untuk menghilangkan rasa ngantuk dipagi hari.

"Ermm kak, bagi saya iced americano satu." Kataku.

"Buat dua kak." Laung satu suara dari arah belakangku.

Aku yang agak terkejut, terus berpaling ke belakang untuk melihat siapa yang bersuara itu.

Dengan senyuman yang manis, dia terus menyapaku.

"Hye Kimi." Katanya.

Terdiam aku seketika.

"Baik, total RM 17.60." Ujar wanita yang berdiri di kaunter tersebut.

Danny terus menghulurkan sekeping RM 20.00 kepadanya dan mengambil baki tersebut, yang mana hanya membiarkan aku terus terdiam ditengah-tengah itu.

Dia masih lagi tersenyum.

Aku pula tiada apa reaksi yang ingin dipaparkan, selain hanya diam dan terus diam.

____________________________________________________________________________________________________________

"Kimi sihat?" Danny bertanya.

Kami sedang duduk di kerusi belakang halaman kafe secara bertatapan. Hening juga pagi itu, sepi tapi kelibat pelajar yang lain.

Tidak berdaya untuk aku bersuara, lantas aku hanya membalas soalannya dengan mengangguk sambil meneguk kopi yang terhidang.

"Ermmm, are we good?" Soalnya lagi.

"Yes, why?" Jawabku pendek.

"Seems like you changed a lot after you left." Katanya dengan berani.

"I left? You are the one who leave me, when I need you the most. Remember?" Balasku dengan nada yang masih mendatar, namun hati yang mula berkecamuk.

Ya, sejak akhir-akhir ini, aku sering terbawa-bawa dengan perasaan sendiri.

Dia hanya terdiam.

"Danny minta maaf, Danny salah." Katanya pasrah.

"Sekarang bukan masa untuk tunding jari salahkan sesiapa. Please make it short, Danny nak apa dari Kimi?" Kataku dingin.

Waktu ini suaraku sudah mula bergetar.

"Danny cuma nak tanya khabar Kimi, sebab Danny dengar Kimi excident haritu depan kampus." Katanya.

"Ya, Kimi baik-baik je. Dah boleh pergi kelas dah pun. Alhamdulillah." Jawabku.

"Tu je kan?" Soalku kembali.

Dia hanya diam.

"Kalau macam tu Kimi gerak dulu, nak balik bilik. Bye." Kataku kepadanya lalu terus bangkit dari kerusi dan beredar melepasinya.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now