Tiupan angin yang membeku pada waktu subuh ini terus menerpa ke tubuhku lalu pergi seperti kenangan manis kita bersama dahulu.
Aku cuba untuk melupakan mimpiku tadi dan menenangkan diri. Ya memang susah nak lupakan cinta pertama. Tapi apa yang dia buat tu tak menunjukkan yang dia sayang kat aku. Sayang hanya bertunjangkan nafsu. Itu bukan sayang.
Tiba-tiba terngiang suara yang aku dengari petang semalam. "Kalau rabun tak payah bawak kereta la bodoh!"
Wajahnya, suaranya, tengkingannya amat mirip dengan insan yang pernah aku sayangi dahulu. Aku terpaku seketika kerana ianya mengingatkanku dengan Izlan. Aku rindu.
Tiba-tiba pintu bilikku dibuka. Ibu agak terkejut aku tiada di katil dan melihatku sedang duduk di balkoni.
"Kimi buat apa kat situ sayang? Sejuk kat luar tu masuk sini cepat." Ibuku menghampiriku.
"Takda la ibu saja je Kimi duduk ambil angin, tadi tiba-tiba terjaga. Tu yang tak leh tido balik astu duduk luar kejap." Aku menjawab.
Ibuku hanya mengangguk lalu keluar menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan sebelum bersiap ke tempat kerja.
Aku kemudian bersiap untuk masuk kerja di hari pertama. Agak sedikit teruja namun aku cuba untuk tenang dan bersedia dengan apa apa dugaan sekalipun.
Aku dengan pantas turun ke dapur. Ibu sudah pergi ke bank tepat pukul 830 tadi. Aku makan dengan laju dan terus bergerak ke kereta. Aku hairan. Aik kenapa ibu bawak Myvi aku ni. Taknak la aku bawak City ibu ni nanti kawan kerja aku ingat aku show off pulak. Haihhhh
Nak suruh Aina hantarkan, dia sibuk di restoren ayah dia. Haihhh. Nak taknak aku kena juga naik kereta ibu hmmm.
Kereta City putih ibu aku pandu laju kerana aku sudah lewat sedikit. Lantas aku parkir kereta dan terus meluru ke arah restoren OldTown.
Kemudian aku diberi sedikit penerangan oleh Abang Edi iaitu supervisor semalam yang aneh itu dan rakan sekerjaku. Mereka amat baik dan peramah. Aku duduk di bahagian cashier dan menunggu pelanggan untuk mengambil pesanan.
Setelah tepat pukul 9, restoren mula dibuka dan kami semua menjalankan tugas masing masing. Setelah setengah jam, muncul pelanggan pertama dan aku terus mengambil pesanannya lalu mengantar ke dapur.
Pelanggan keluar dan masuk seperti biasa tanpa ada sebarang masalah. Namun selepas aku masuk rehat, tiba tiba terdapat sekumpulan polis datang dan duduk di bahagian luar. Aku mengeluh.
"Haihh maleh betul aku nak ambik order polis-polis tu. Dah la acah hensem. Kau ingat kau naik ysuku tu kau hensem habis la?" Aku berkata sendirian.
Dengan langkah yang teramat malas, aku keluar dan memberikan senyuman lalu buku menghulurkan buku menu kepada mereka. Mereka yang sedang rancak bersembang terus terdiam dan ralit memilih makanan. Lalu aku terus beredar.
"Fiq, kau ingat tak budak yang aku kata semalam tu? Yang langgar motor aku pastu aku maki terus dia kaku?" Farhan bertanya kepada Afiq.
"Haa yang semalam tu ke? Ingat je. Asal?" Afiq menjawab acuh tak acuh.
"Tu la budak nya. Oh kerja sini je rupanya. Tapi takkan dia tak perasan aku kot?" Farhan kehairanan.
"Entah. Haahhaahhahha kau kena palau sia. First time ni Farhan Rasid kena ignore hahahahahaahha?" Aqif memerlinya. Farhan yang pantang dicabar terus berkata "Eh kau ingat aku apa ha? Setakat budak macam tu senang je la aku dapat." Katanya dengan penuh yakin.
Setelah hampir 15 minit, mereka memanggilku untuk membuat pesanan. Lalu aku pun datang kepadanya. Dah ye? Saya ambik kertas nih?" Kataku sambil mengambil kertas pesanan tersebut?

ANDA SEDANG MEMBACA
TAK LAGI MERINDU
Romansa"Aku nak tengok sejauh mana kau boleh lari dari aku." -Izlan "Kau kata aku pengecut eh?" Pangggg.. Pipi Hakimi ditampar secara kasar. - Farhan "Aku taknak kau kecewa nanti sebab aku kenal dia macam mana." - Afiq "Sayang, muka dah elok, kacak. Tapi p...