"Ermmm abang dah lama duduk sini?" Soalku yang sambil mengunyah Cadbury yang dibelikan untuk anaknya.
Kulihat budak kecil itu sedang bermain bersama seorang budak perempuan yang ibunya juga turut menunggu ditepi sambil bermain telefon.
"Sejak Kimi pergi subuh tu." Katanya sayu.
Hatiku mulai hiba. Masih dia ingat rupanya kejadian pada waktu pagi itu. Namun, perkara tersebut turut segar dimindaku.
"Abang dah pernah jumpa Kimi sebelum ni kat Penang. Tapi waktu tu maybe Kimi tak dengar." Katanya.
"Haaa? Bila? Kenapa Kimi macam tak perasan langsung?" Jawabku.
"Lama dah dulu, dalam 1 tahun lepas, dekat Balai Polis Bayan Lepas kalau abang tak silap. Abang panggil Kimi, Kimi macam stop kejap tapi terus masuk dalam kereta." Ulasnya panjang.
"Ohh ya, Kimi ingat. Kimi ada dengar orang panggil nama Kimi. Tapi Kimi tak jumpa siapa yang panggil. Tu yang Kimi terus masuk dalam kereta. Abang tukar polis kat sini ke?" Jawabku pula.
"Haah, lepastu, abang terus cari Kimi kat sini, kat dalam USM sebab Kimi kata nak sambung belajar kan. Tapi setahun abang pusing-pusing dalam ni. Jarang sangat jumpa Kimi. Sampai sekarang." Ulasnya lagi.
"Ya, lepas haritu, Kimi duduk luar dengan kawan setahun, pastu baru ni Kimi masuk balik sebab dah tak duduk dengan diorang semua." Kataku.
"Patut la." Jawabnya.
Kemudian suasana kembali hening dalam 5 minit.
Namun aku rasa selesa sahaja bila berada dengannya walaupun tiada sebarang komunikasi atau sebagainya.
"Kimi masih ingat apa yang abang cakap sebelum Kimi pergi subuh tu?" Soalnya.
"Ingat je abang Paan. Dua tahun bukan lama mana, lagi-lagi Kimi ni yang kenangan pun tak banyak mana." Ulasku.
"Betul ke? Cuba Kimi cakap balik apa yang abang cakap haritu." Ulasnya sambil tersengih.
Terpampang wajahnya yang amat manis pabila tersenyum begitu. Wajah yang aku rindui.
Kenapa aku tetap merindui dia? Kerana bagiku dia hanya lelaki yang pergi kerana bukan kerana kehendakknya. Aku lari dahulu bukan sebab kerana perangai dia pada mulanya.
Tapi kerana aku hormati pilihannya yang mendahulukan kehendak ibunya. Tidak seperti Danny yang mencari lain dikala kami masih bersama. Tapi aku tidak salahkan dia pun sepenuhnya.
Dan langsung tidak sama dengan Izlan yang berperangai seperti bukan manusia itu.
Aku tetap mengasihi Danny kerana dia amat baik terhadapku. Cuma dia sudah tidak memperoleh kepercayaan daripadaku seratus peratus.
"Ni cukup ke?" Kataku yang mengambil sekeping gambar daripada dompet. Gambar yang dia berikan sebelum aku pergi. Gambar yang pertama kali aku keluar bersamanya.
Dia terkedu.
"Kimi bawak benda ni setiap masa dengan Kimi. Sekali pun tak pernah tinggal. Jadi mana mungkin Kimi lupakan abang Paan." Jawabku lagi.
Lantas dia terus memelukku. Habis jatuh coklat yang sedang aku pegang.
Erat pelukannya. Tidak tergamak aku hendak menghalang tindakannya itu.
Selang beberapa minit, aku menegurnya.
"Abang Paan, dah dah orang nampak nanti tak segan ke?" Kataku sambil menepuk perlahan bahunya.
"Tak, langsung tak malu." Katanya yang langsung tidak beralih walaupun seinci.
Lantas aku hanya membiarkan sahaja perbuatannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
TAK LAGI MERINDU
Romance"Aku nak tengok sejauh mana kau boleh lari dari aku." -Izlan "Kau kata aku pengecut eh?" Pangggg.. Pipi Hakimi ditampar secara kasar. - Farhan "Aku taknak kau kecewa nanti sebab aku kenal dia macam mana." - Afiq "Sayang, muka dah elok, kacak. Tapi p...