XLIII

572 27 5
                                        

Kereta itu dia pandu terus ke Pantai Hospital dengan penuh semangat, seperti beroleh azam baharu.

Lalu dia terus bergerak ke wad yang menempatkan Hakimi dengan dengan langkah yang agak berat secara tiba-tiba.

Manakan tidak, dia khuatir lelaki gila itu datang mengganggu Hakimi lagi, setelah dia melihat sendiri perangai psikonya itu di bilik sebentar tadi.

Pelbagai cara dia fikirkan untuk mengelak masalah ini berterusan berlaku kerana dia takut Hakimi akan bertindak drastik seperti berhenti belajar dan meninggalkannya.

Pintu wad itu ditolak perlahan, pabila dia melihat dari kaca pintu yang Hakimi sedang lena. Langkah diatur perlahan dan dia meletakkan barangan yang dibawa di tepi katil.

Emosinya yang membuak tadi menyebabkan dia terlupa untuk mandi dan membersihkan diri selepas seharian dia menemani Hakimi.

Tuala dan pakaiannya diambil, lalu dia menuju ke tandas selepas menggosok perlahan rambut lelaki yang sedang tidur itu.

_______________________________________________________________________________________

Aku terjaga pabila terdengar bunyi percikan air yang kuat di dalam tandas.

Setelah melihat beg yang terbuka di tepi katil, rupanya Danny yang sedang membersihkan diri disitu.

Setelah 10 minit, akhirnya dia keluar dengan tuala dililit dipinggang, rambut yang separa basah dan tidak berbaju.

Nasib baik bilik yang menempatkan aku ini adalah ruangan peribadi yang hanya menempatkan satu pesakit dan kemudahan untuk pelawat sahaja. Jadi wajar dia bertindak sebegitu selepas mandi.

"Aik dah bangun? Danny kejutkan Kimi ke?" Soalnya perlahan.

Lalu dia terus duduk di atas kerusi di sampingku dan memegang erat tangan kananku.

"Eh takde la, memang terbangun tadi. Sejuk kot tu yang tarik selimut sampai kat kaki lepastu dah tak ngantuk lagi dah." Balasku.

Dia hanya mengangguk faham.

"Danny ni dengan badan basah, tak pakai baju pulaktu, tak sejuk ke? Pegi la pakai baju." Arahku.

"Tak pun. Danny biasa dah. Malam malam pun memang tido tak pakai baju kan sebab kat restu tu panas giler." Jawabnya.

Aku hanya diam tanda setuju. Ya, desa restu terpaling la panas ya kalau malam. Tapi tak sepanas desa tekun.

Dia kemudian mengambil pakaiannya di beg dan terus menukarkannya dihadapanku.

Aku hanya memejamkan mata.

"Ishh tak malu ke haa ingat budak kecik lagi ke?" Kataku dengan mata yang terpejam.

"Hahahhahahahah nak malu apa? Danny bukan bogel pun. Dah pakai boxer la kat dalam tandas tadi." Balasnya sambil tertawa kecil.

Aku kemudian membuka mata dan melihat dia menyarungkan baju hoodie berwarna pink dengan boxer hitam yang pendek.

Terkedu aku seketika. Bukan kerana tergoda, namun baju yang dia pakai itu. Kelihatan sama dengan punyaku yang diberi Izlan.

"Aik apa ni badan sado, tapi pakai hoodie warna pink." Usikku, sambil ingin mencari sesuatu jawapan daripadanya.

"Eh, luar je macam ni, tapi hati tetap lelaki sejati tau." Katanya sambil menunjukkan wajah bengis yang tak berapa nak bengis.

"Eh ye ke lelaki sejati?" Ajukku.

"Eh betul bahh. Semalam tak nampak ke Danny belasah lelaki gila tu?" Katanya sambil duduk ditepiku.

"Tapi, kalau lelaki sejati la kan, mana ada dia suka dekat lelaki. Kan?" Kataku sambil mengangkat kening dan tersengih.

TAK LAGI MERINDUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang