VII

899 56 7
                                    

Aku terjaga akibat kesejukkan. Badanku menggeletar. Mimpi buruk itu menghantuiku lagi dan lagi. Aku bernafas dengan agak laju.

Aku mendapati badanku panas. Yaa, sepertinya aku demam. Mungkin sebab terlalu letih kerja semalam dan terkena hujan sewaktu duduk di tasik bersama Farhan.

Jam menunjukkan pukul 530 pagi. Aku pergi ke arah suiz dan mematikan kipas syiling. Sejuk hingga ke tulang.

Selimut aku tarik menyelubungi seluruh badanku hingga ke kepala. Mataku berair akibat badanku yang memanas. Dan juga kerana aku teringat mimpi "buruk" itu.

Aku membuka telefon dan menatap gambar dia yang sedang gembira di Lost World. Kami duduk makan di meja selepas letih ketakutan memasuki rumah hantu. Waktu itulah Izlan tertawa dengan riang. Aku rindu. Mataku mula mengalirkan airnya untuk kesekian kali.

Kini semua itu hanya tinggal memori yang tidak luput di ingatan ku. Aku memeluk telefon bimbitku dan kembali terlelap dalam tangisan.

"Hakimi sayang, bangun solat subuh. Lepastu nanti turun sarapan. Ibu dah siap masak." Kamelia mengejutkan Hakimi pada jam 6 15 pagi.

Aku tidak mendengar langsung apa yang dikatakan oleh ibu. Yang aku tahu sekarang aku cuma sejuk. Sejuk nak matii.

Kamelia menghampiri Hakimi dan memegang badannya untuk mengejutnya solat subuh. Namun Kamelia tersentak.

"Badan Kimi panas ni. Demam ke? Ya Allah panas jugak dahi ni. Jap ibu ambik air." Kamelia bergegas ke dapur.

Aku sudah tidak dapat berfikir apa apa. Semuanya sejuk membeku. Kepalaku juga pening macam nak meletup.

Ibu mengelap tubuhku dengan air suam dan meletakkan kain lembab di dahiku.

"Ibu pergi bersiap dulu eh sayang. Nanti kalau ada apa apa, panggil je ibu tau. Ibu ada kat bawah." Ibu mencium dahiku lantas bergerak turun ke biliknya untuk bersiap.

"Alaaaa ibu tak boleh ke cuti harini teman Kimi kat rumah. Hmmmm Kimi tak sihat ni hmmmm. Nanti kalau Kimi kena apa apa siapa nak tolong." Aku berkata perlahan.

"Tak boleh sayang ibu kena jumpa client harini. Kimi dah besar kan. Makanan semua ibu dah siapkan. Nanti ibu bawak sekali dengan ubat ye." Kamelia memberitahu Hakimi.

Aku mengangguk perlahan.

'I know you love her but its over mate, its doesnt matter put the phone away~" nada dering telefonku berbunyi untuk ke-5 kalinya menandakan panggilan masuk oleh seseorang.

Dengan mata yang masih terpejam, aku menjawab panggilan tersebut dengan tidak bermaya.

"Hello, siapa ni.? Aku bertanya perlahan.

"Kalau dah tak boleh angkat orang call, buang je terus phone tu dekat longkang." Farhan berkata bengang.

Haihhhhh dia ni memang tak boleh nak bawak bincang.

"Maaf Kimi tak perasan. Kimi tak sihat ni." Aku berkata sambil batuk.

Batuk dah datang, hidung berair, kepala rasa macam nak meletup. Perfect match.

"Eh Kimi okey tak tu? Asal? Jap abang datang." Dia berkata pantas.

Tidak sempat aku berkata tidak perlu, dia terus mematikan panggilannya. Haihhh suka hati kau laaa.

Aku kembali menyelubungi badanku dengan selimut dan aku terlelap lagi.

Tock tock.

"Kimi sayang, bangun makan ubat. Ibu bawak ni. Ibu nak gerak pergi kerja dah ni." Ibuku berkata.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now