XIV

907 32 0
                                        

'Arghhhh penatnyaaaaaaaa.' Aku berkata sambil menggeliat di atas katil.

'Nak buat apa eh petang ni? Baru pukul 3:00. Hmmmmm takpe la tido la sekejap.' Lantas aku melelapkan mata walaupun ibu selalu melarangku untuk tido petang.

Tidak sampai beberapa minit, aku hanyut dibuai mimpi.
__________________________________________________________

Dua hari berlalu tanpa ku lihat kelibat Izlan di pandanganku.

Hari ahad yang damai tanpa kehadiran Izlan sedikit sebanyak memberikan ketenangan kepadaku.

"Aik awal bangun?" Emir menegurku.

"Aik perli ke?" Aku menjawab memandangkan jam telah menunjukkkan pukul 930 pagi.

"Takda la masalahnya dari malam kelmarin kau tido. Bangun kejap minum air pergi tandas makan pun tak pastu tido balik. Penat betul? Kau buat apa je kelmarin?" Emir bertanya sangsi.

"Takda apa laaa. Dah la aku nak mandi." Aku berkata sambil meletakkan tuala dileherku dan terus keluar dari dorm.

'Ish babi la macam mana nak hilangkan kesan gigit kat leher aku ni. Mati la kalau orang nampak." Aku merungut sambil berjalan ke tandas.

Selepas mandi, aku terus kebilik dan bersiap untuk melakukan kerja sekolah yang diberikan oleh guru.

'Hmmmm pelik. Masih tak nampak Izlan. Mana dia pergi. Balik ke?' Hatiku berdetik.

Lantak la situ.

Emir yang baru masuk ke dalam dorm terus berjalan kearahku.

"Teman aku outing gi Aeon jap nak tak? Aku nak beli makanan sikit." Katanya.

"Hmmmm boleh je. Kena tunggu aku siap homework ni la tapi." Aku menjawab.

Dia hanya mengangguk dan baring di atas katilnya.

"Kinta City ke?" Aku bertanya.

"Haah. Dah siap ke? Kalau dah, aku order grab." Emir berkata.

"Haaa okay. Aku tukar baju jap." Aku membalas.
__________________________________________________________

"Terima kasih." Kami berdua berkata sebelum keluar daripada Toyota Vios tersebut.

"Ada ek perempuan bawak grab." Emir bertanya kehairanan.

"Ada je giler hahahahahahahha. Dah jomm masuk." Aku berkata.

Kami masuk ke dalam dan berpusing di mall tersebut. Hmmm penat jugak la nak ikut si Emir ni punya kerenah.

"Dah cukup ke tak ni? Sampai aku aku sekali kena pegang." Aku bertanya.

"Heheheeheheeeh dah la ni. Jom makan jap. Lapar la pulak. Pastu baru kita balik okay?" Katanya.

Aku hanya mengangguk dan kami bergerak ke Black Canyon untuk makan tengah hari.

"Kau nak makan apaa? Aku serius lapar giler." Emir mengadu.

"Apa apa je aku tak kisah. Janji kenyang." Jawabku.

Lantas Emir memesan makanan manakala aku sedang ralit membelek telefon ku. Sedang aku ralit melihat Instagram, mataku secara tiba-tiba terarah kepada sosok pasangan yang duduk selang 4 meja daripada kami.

Lelaki tersebut duduk menghadap ke hadapan manakal perempuan itu duduk menghadapku. Lawa orangnya. Dia terperasan yang aku sedang memerhatikannya. Lalu perempuan itu memberikanku senyuman yang manis.

Aku yang tersentak terus membalas senyumannya.

"Kau asal senyum sorang sorang weh?" Emir bertanya risau.

TAK LAGI MERINDUCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang