Dakapan itu aku leraikan apabila tangisanku mulai reda. Afiq hanya mengusap belakangku perlahan untuk meredakan keadaanku yang seperti baru sahaja hampir dibunuh. Bukan hampir dibunuh, tetapi memang benar berlaku.
"Kau okey tak ni?" Afiq memulakan perbualan.
Aku hanya mampu mengangguk perlahan sambil mengesat airmataku yang mengalir. Kosong, hatiku terasa amat kosong. Kerana kepercayaanku sekali lagi dipersia oleh manusia yang tidak tahu erti kesetiaan.
"Dah dah, kau baring dulu, rehat betul-betul. Jangan banyak sangat bergerak." Pesan Afiq lagi.
Aku hanya menuruti kata-katanya. Kerana kali terakhir aku melawan percakapannya, aku hampir mati di tangan orang yang tidak suiman.
Rambutku diusap rapi oleh Afiq sambil dia menghela nafas berat. Sedih barangkali melihat aku sebegini.
Aku menatap syiling wad tanpa gagal, mengenang nasib malang yang terus menerus menimpaku tanpa henti.
"Aku nak pergi." Kata-kataku memecahkan keheningan suasana malam di dalam wad yang hanya ada aku dan Afiq.
"Pergi mana? Aku dah suruh sebelum ni tapi hmmm, takpa la benda dah jadi pun kan." Keluh Afiq.
"Mana-mana je, asalkan aku tak jumpa Farhan lagi." Jawabku.
"Hmmmm, by the way tadi mak kau call, Farhan yang jawab. Dia tanya kau okey ke?" Soal Afiq.
Aku tersentak dan terus memandang Afiq.
"Farhan jawab apa?" Kataku gusar.
"Dia kata kau ada je dengan dia tido situ malam ni. Haihhh." Afiq menjelaskan.
Aku mengeluh.
"Bila aku boleh discharge dari sini?" Soalku lemah.
"2 hari, tapi kalau keadaan kau dah okey, esok pun boleh." Jelas Afiq.
"Aku nak keluar pagi ni." Kataku.
"Pagi ni tak boleh, kau masih tak stabil lagi." Jawab Afiq.
"Aku tak kira, aku kena pegi sebelum ibu aku sampai. Kau nak aku mati kena tanya macam-macam kalau dia Nampak aku macam ni? Aku taknak dah terlibat apa apa dengan Farhan. Aku taknak ibu aku paksa aku jumpa dia untuk settlekan benda ni. Aku anggap semua ni dah selesai. Aku penat." Ulasku Panjang.
Afiq hanya terdiam, mengangguk tanda faham.
Lalu perbualan itu terhenti dan keadaan menjadi sepi semula. Kekadang disapa oleh esakkan suaraku yang terkilan pabila mengenangkan semula kejadian pahit tersebut.
___________________________________________________________________________________
Farhan duduk di kerusinya sambil termenung jauh. Rasa serba salah menyelubungi dirinya. Tidak dihirau rakan sekerja yang lalu lalang dihadapannya.
'Mesti dia dah benci aku sampai bila-bila. Ya Allah apa aku dah buat ni.' Bisiknya sendiri sambil mengepal penumbuk tanda kesal.
Dia tetap mencuba untuk menghubungi Afiq namun tidak diangkat juga. Helaan nafas Panjang dikeluarkan olehnya.
__________________________________________________________________________________
"Atas nama Encik Ameer Hakimi ya?" Soal petugas di bahagian kaunter tersebut.
"Ya." Aku dan Afiq serentak menjawab.
"Baiklah, sebentar saya semak." Dia menjawab. "Semuanya Rm 2341.00 sahaja." Jelasnya.
Afiq sedikit tersentak lalu terus menghulurkan kadnya. Namun aku tepis.
"Tak perlu, biar aku bayar sendiri." Jelaskan.
ANDA SEDANG MEMBACA
TAK LAGI MERINDU
Romance"Aku nak tengok sejauh mana kau boleh lari dari aku." -Izlan "Kau kata aku pengecut eh?" Pangggg.. Pipi Hakimi ditampar secara kasar. - Farhan "Aku taknak kau kecewa nanti sebab aku kenal dia macam mana." - Afiq "Sayang, muka dah elok, kacak. Tapi p...
