Lama kelamaan, kami semakin erat, seperti isi dan kuku.
Seperti tidak percaya, sudah setahun kami tinggal bersama di apartment yang kami pergi pada hari itu.
Semuanya baik-baik sahaja.
Bahkan aku pun telah membawa Danny pulang kerumah semasa cuti semester dan dia juga telah membawaku pulang kerumahnya semasa cuti semester yang kedua.
Akan tetapi, setiap keseronokkan yang dijalani, pasti akan ada cabaran ataupun dugaan yang singgah seketika namun memberi kesan yang dasyat.
*Setahun kemudian.
"Danny nak keluar jap, jangan tunggu tau, Danny balik lewat rasanya." Dia berkata kepadaku yang sedang menonton television di ruang tamu sambil menggosok rambutku dan terus keluar rumah.
"Danny nak pi mana?" Kataku.
"Pi makan sat. Dengan member." Jawabnya pendek lalu terus beredar.
Hmmmm, dia sememangnya sebegini sekarang. Agak berubah. Tapi aku tidak mahu bertanya terus kepadanya.
Kerana aku tahu, sekiranya seorang itu berubah, jangan bertanya kepadanya kenapa dia berubah. Namun tanya kepada diri kita sendiri, apa yang kita lakukan sehingga dia berubah. Sekiranya tidak, pasti ada sedikit perkara yang kita lakukan, memberi kesan kepadanya.
Namun, dia masih lagi dengan sifatnya yang penyayang.
Cuma aku rasa seperti beban kepadanya. Kerana kalau aku bukan lagi penghuni utama di carta hatinya, maka berikan aku petanda supaya aku boleh beredar, memberi laluan mudah kepada pemilik hatinya yang baharu. Agar masing masing dapat jalani hidup baharu dengan sempurna.
Dengan rasa ingin tahu yang semakin memuncak, aku capai kunci keretaku dan mengekorinya sehingga di persiaran Karpal Singh.
Keretanya diparkir di hadapan Starbucks Coffee dan dia masuk ke dalam untuk memesan air. Aku hanya perhati di parkir kereta berhadapan kafe itu.
Dari kejauhan, aku melihat dia keluar dengan membawa kopi ditangan kanannya, dan tangan kirinya memegang erat tangan seorang perempuan freehair sambil berbual gembira.
Tergamam aku seketika.
Ini rupanya kawan yang dia perkata setiap malam untuk keluar makan bersama.
Sudah hampir sebulan aku makan malam sendiri di rumah, sejak dia kerap keluar untuk menyelesaikan tugasan berkumpulan.
Dan ya, itu adalah Sofea, yang mana memang merupakan rakan sekumpulan bagi tugasan mereka. Pernah juga aku melihat dia sewaktu Danny video call bersamanya.
Sambil melihat mereka berjalan ke tepi pantai di hadapan Starbucks ini, menitik air mataku tanpa aku sedar.
Sesak didada mula terasa.
Kenapa? Kenapa dia tak jujur je dengan aku? Kenapa?
'Apa salah aku lagi sampai aku kena macam ni? Lagi dan lagi. Aku rasa aku dah buat yang terbaik kali ini. Aku beri sama dengan apa yang aku terima olehnya. Tetap aku kalah.' Ujarku sendirian.
Aku kemudiannya keluar dari kereta dan duduk di tembok batu, tidak jauh dari tempat mereka duduk berbual.
Mesra, seperti sepasang merpati dua sejoli.
Duduk berdua, dikala malam di tepi pantai, sambil menikmati kopi, ditiup bayu pesisir yang dingin. Amat aku sukai.
Namun, dia melakukan semua itu bersama orang lain, bukan lagi aku.
Agak lama aku melihat mereka berbual, sehingga tiada lagi sisa rasa didada ini.
Turut kering air mata yang mengalir dipipi ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
TAK LAGI MERINDU
Romansa"Aku nak tengok sejauh mana kau boleh lari dari aku." -Izlan "Kau kata aku pengecut eh?" Pangggg.. Pipi Hakimi ditampar secara kasar. - Farhan "Aku taknak kau kecewa nanti sebab aku kenal dia macam mana." - Afiq "Sayang, muka dah elok, kacak. Tapi p...
