XL

542 29 13
                                    

Aku masih lagi duduk di atas lantai, sambil memegang pipiku yang masih terasa hangatnya akibat ditampar deras sebentar tadi.

Satu persatu langkah dia atur untuk menghampriku,

Aku masih lagi duduk, terdiam dengan tindakannya.

Sudah muak untuk aku ungkapkan kata 'dejavu', memandangkan setelah 2 tahun, perkara malang ini masih terjadi, bersama orang yang sama. Jadi, aku rasa kata 'trauma' adalah lebih bersesuaian.

"Ka kau nnak ap apa lagi ha?" Ujarku gagap.

Dia hanya diam, lalu menarik pergelangan tanganku dan memaksaku untuk naik ke atas katil.

Aku hanya diam, menuruti seperti sudah dipukau. Bukan apa, aku tidak mahu sakit.

Yang aku harapkan sekarang hanyalah keajaiban yang mana Danny akan pulang dengan segera, walaupun aku baru sahaja menampar mukanya atas sebab yang aku rasa remeh sebenarnya.

"Hehehe tuhan je tahu betapa rindunya abang dekat sayang tau." Ulasnya.

"Kau jangan nak bawak bawak nama tuhan, kau tak layak langsung." Ujarku pula.

Dia hanya tersengih.

"Alaa sayang ni nak main-main sikit pun tak boleh, asyik nak serius je bosan la." Katanya yang mana terus menolakku baring.

Kemudian, dia menindih badanku dan mula bermain dengan hidungku.

"Mancung juga hidung sayang ni. Kenapa abang baru perasan sekarang eh?" Dia berlakon mesra.

Jijik aku.

Aku tidak melawan semua perbuatannya dengan harapan dia tidak akan memukulku, dan aku juga dapat melengahkan masa sehingga Danny pulang.

Tolonglah Danny jangan balik rumah nenek dia atau tidur luar malam ini.

Hidungku masih lagi dikuis olehnya manakala pipiku tidak henti dicium berkali-kali.

Dia melayanku seperti seorang bayi yang tidak mampu berbuat apa apa.

"Astaga comelnya sayang ni!" Katanya sambil mencium tepat bibirku.

Aku terperanjat.

"Apa ni cium orang macam tu? Gila ke? Kita ni dua dua lelaki tahu tak?" Jerkahku.

"Aloooo marah pulak dia, hehehehhehe sorry okey?" Soalnya manja.

Aku punya menyampah masa tu takyah cakap la. Nak muntah rasanya.

Aku hanya berdiam diri.

"Eleh sayang jangan nak acah suci sangat la. Padahal dah merasa batang roommate sendiri. Apooo." Jelasnya kasar.

Aku mulai berangin.

"Eh mulut kau tu jaga sikit, ingat aku ni murah macam kau ke sial, semua lelaki kau nak layan haa!" Jerkahku lagi.

"Wooooo, emosi hahahahaahahahahaha. Ni la yang abang rindu dekat sayang ni. Lagi sayang emo macam ni, lagi sayang melawan, lagi abang suka tau." Katanya.

Lantas aku cuba untuk menolak badannya yang sasa itu beralih dari badanku.

Namun, tidak semudah apa yang aku sangka, juga sama seperti 2 tahun lalu yang mana aku tak pernah berjaya melawan badan bekas pemain ragbi ini.

"Alaaa jap la sayang, abang janji malam ni abang akan buat sayang puas okay. Jangan risau. Mesti sayang akan ingat malam ni sampai bila bila punya." Ujarnya.

Aku mulai berdebar.

'Taknak weh, sumpah aku taknak dah macam ni, lepas Farhan yang aku sayang pun dulu aku tak rela dia buat aku macam tu, ni lagi dia yang dah buang aku dan aku pun dah buang dia. Tolong ya tuhan.' Ujarku sendirian.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now