XIII

817 31 0
                                    

"Aik kenapa lewat balik sayang?" Kamelia bertanya kepada Hakimi.

"Takda la ibu tadi kawan Kimi ada hal kejap. Jadi Kimi ikut temankan dia." Aku menjawab.

"Ohh okey. Mandi dulu sayang baru tido ye. Ibu tido duluu." Kamelia berkata.

"Okey ibu. Kimi tido dulu ye. Babai." Aku berkata lalu bergerak ke bilikku.

Selepas mandi, aku terus baring di atas katil, memikirkan perkara yang berlaku tadi. Takpa lah. Nanti tahu la aku nak explain dia.

Baju tido aku sarung ke badanku dan kemudian aku melelapkan mata.

__________________________________________________________

"Sayang, bangun. Ibu nak pergi kerja dah ni. Bangun." Kamelia mengejutkan Hakimi.

"Hmmmmmm. Okey." Aku menjawab.

'Hmmmmmm baru pukul 7 pagi. Awal lagi ni.'

Lantas aku bergerak ke tandas dan membersihkan diri seperti hari hari biasaku.

Tepat pukul 8 pagi, aku bergerak ke dapur dan membuat roti bakar dan coffee ice.

'Hmmmmm bosan dah la minum kopi ais ni. Kat sana minum ni. Kat rumah minum ni. Haihhh.'

Sedang aku mengunyah roti tadi, pintu hadapan rumahku diketuk beberapa kali dalam dalam keadaan yang agak laju.

Aku kehairanan. Siapa?

Dengan pantas aku bergerak ke arah pintu dan kemudian aku buka dengan perlahan.

Sosok tubuh itu aku perhati dengan teliti dari bukaan pintu yang kecil.

Mukaku terus riang melihat Farhan berdiri di situ.

"Eh abang Paan. Dah lama ke tunggu? Jom sarapan sekali dengan Kimi." Aku mengajaknya lalu menarik tangannya.

Dia langsung tidak bergerak dan merentap tangannya dari peganganku.

Aku tersentak.

"Erm. Kenapa ni abang Paan? Aku bertanya hairan.

Dia hanya berdiam dan tiba tiba tersenyum.

Aku yang bodoh mengingatkan bahawa dia tersenyum keranaku hanya membalas senyumannya semula. Namun aku terus terkaku apabila satu tamparan hinggap dipipiku dengan pantas.

Terjatuh aku dihadapan pintu.

Untuk pertama kalinya setelah hampir 2 tahun, selepas berlalunya kejadian malang itu, aku dilempang tanpa amaran.

Menggigil aku memegang pipiku yang sakit akibat dilempang dengan laju.

Farhan terus datang ke arahku setapak demi setapak.

Aku yang masih menggeletar hanya mampu berundur sambil terduduk. Wajahnya aku tatap. Tergamaknya dia. Trauma yang sudah lama aku cuba untuk buang kini datang kembali. Aku terus menggigil.

"Asal kau tinggal aku semalam?" Farhan berkata dingin. Sedingin ais yang keras membeku.

Aku cuba untuk menjelaskan tentang kejadian semalam namun mulutku tidak mampu berbicara kerana menggigil yang teramat teruk akibat ketakutan.

Lantas nafasku mulai sesak.

Mengalir air mata di pipiku namun bukan kerana kesedihan tetapi kerana takut akibat trauma yang datang secara tiba-tiba.

Semakin lama nafasku semakin sesak dan aku seperti tidak dapat bernafas.

Farhan yang tadi hilang kawalan mulai tersedar dan bimbang.

TAK LAGI MERINDUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang