Aku bangkit pada waktu itu dengan agak lemah dan mamai. Jam di dinding tepat menunjukkan pukul 7 pagi. Aku menghela nafas berat.
Aku amati dengan lebih mendalam situasi disitu, dan baru perasan yang Danny sudah tiada di tepiku.
Mungkin dia pergi ke tandas atau solat subuh.
Aku juga hendak solat, namun tanganku masih diisi air dan masih belum boleh untuk ditanggalkan.
Kemudian aku melaraskan katil menjadi lebih tinggi agar aku bisa duduk dengan lebih selesa.
Setelah hampir 6 minit merenung ke luar jendela, aku melihat susuk tubuh lelaki sedang berjalan masuk ke ruanganku.
Lengan bajunya diturunkan kebawah, menandakan dia baru sahaja selesai solat subuh. Di tangan kanannya, digenggam erat beg kertas McDonalds untuk sarapannya barangkali.
Tiba dipintu, dia agak terkejut melihatku yang sudah duduk tersedar.
Terus dia mempercepatkan langkahnya kearahku dengan muka yang separa yang separa teruja dan separa risau.
"Ehh Kimi dah bangun. Okey tak ni? Nak Danny panggilkan doktor tak?" Salnya betubi-tubi.
"Tak perlu, Kimi okey je. Jangan risau." Ulasku.
Lantas dia terus duduk disampingku, sambil membuka bungkusan makanan yang dibawa olehnya itu.
"Makan dulu jom, nanti perut Kimi kosong, masuk angin susah nanti." Ulasnya dengan perlahan.
Aku hanya mengangguk setuju.
Lalu dia terus memegang bubur dan mengambil sudu di Dalam beg kertas tersebut dan menyua sesudu bubur kearahku.
Tanpa sebarang arahan, aku terus membuka mulut dan mengunyah makanan tersebut.
Perlahan dan cermat aku menikmati makanan itu kerana mulutku masih lagi sakit akibat peristiwa semalam.
Bukan semalam, tapi kelmarin. Namun sakit dan trauma itu serasa seperti baru malam semalam benda ini berlaku.
Sesuap demi sesuap dia menyua bubur tersebut kepadaku. Tidak berkedip langsung matanya daripada menenung tajam wajahku dengan raut yang amat khuatir.
"Danny okey ke? Mata sembap je." Soalku sambil mengunyah.
"Danny okey je, Kimi tu okey ke tak. Jangan risau pasal Danny. Kimi yang parah sekarang ni. Sebab Danny pulak tu." Ujarnya dengan penuh rasa bersalah dan tertunduk segan.
Barangkali dia bersalah atas perbuatannya. Namun dipihakku, aku pula yang bersalah dalam hal ini.
Tidak mengapa, biarlah masing-masing antara kami merasakan hal ini, supaya setiap dari kami akan terus muhasabah, dan tidak melakukan sebarang perkara terburu-buru tanpa berfikir panjang.
"Hey, janganla macam tu. Kimi okey je la. Dah biasa, cuma trauma sikit. Bukan sikit. Memang trauma kalau benda macam ni jadi setiap kali." Ulasku sambil mengesat bibirku yang terkesan bubur ditepi.
"Dah biasa? Setiap kali? Maksud Kimi?" Dia menyoal dengan ruat wajah yang penuh dengan rasa ingin tahu.
Aku mengeluh perlahan.
Bagiku adalah satu perkara yang amat letih untuk mengulang lagi dan lagi, menjelaskan perkara yang sama sepertimana Farhan yang berkeras untuk mengetahui perkara sama yang pernah terjadi semasa aku dengan Izlan dahulu.
Sama.
Aku didatangi oleh lelaki yang baik, yang ingin tahu akan diriku, setelah aku disia-siakan oleh lelaki yang sama.
Tapi tidak megapa, aku tetap menjelaskan kepadanya perkara yang sama aku jelaskan kepada Farhan dahulu, agar insan yang suci ini tidak terasa tersisih dan layak merasa bahagia walaupun aku tahu bukan denganku.

ANDA SEDANG MEMBACA
TAK LAGI MERINDU
Romance"Aku nak tengok sejauh mana kau boleh lari dari aku." -Izlan "Kau kata aku pengecut eh?" Pangggg.. Pipi Hakimi ditampar secara kasar. - Farhan "Aku taknak kau kecewa nanti sebab aku kenal dia macam mana." - Afiq "Sayang, muka dah elok, kacak. Tapi p...