LIII

657 29 14
                                        

Aku terjaga dari tidurku pada jam 6:30 petang akibat terdengar ketukan pintu yang berterusan.

Risau juga aku lagi-lagi aku baharu sahaja bangun. Bercampur baur emosiku.

"Siapa tu?" Laungku dari dalam bilik.

"Abang ni." Katanya pendek.

"Abang apa?" Kataku.

Ya la sebab Izlan pun gelarkan diri dia sebagai abang bila bercakap denganku. Jadi aku risau itu adalah dia.

"Ishhhh abang Paan yang terpaling kacak, baik hati, pemurah, penyang dan ." Belum sempat dia menghabiskan ayat pujian ke atas dirinya sendiri itu, aku terus membuka pintu.

"Haaaaaa, bangun pun. Punya la jenuh abang call beratus kali, ketuk pintu ni sampai nak pecah. Sikit lagi abang nak panggil bomba tau." Jawabnya berloya buruk.

"Sorry abang, tadi Kimi barai gila sumpah. Tak sedar apa dah." Kataku lalu mencium pipinya.

Dia tiba-tiba tersengih dan menyentuh pipinya.

Aku yang sedang mamai ini terus masuk semula ke dalam bilik sambil menarik tangannya sekali.

"Pat masuk, nanti ada orang gila datang." Kataku.

"Haaa? Orang gila mana pulak ni?" Soalnya.

Aku hanya ketawa, kerana malas untuk membahas. Bahkan jika aku menceritakan kepadanya, dia akan menjadi paranoid dan mungkin akan menyuruhku melaporkan kepada polis.

"Ermmm malam ni kita nak makan dekat mana? Kimi dah lapar ni." Kataku.

"Sayang kata lapar lapar lapar tapi nanti makan tak habis. Tak pernah pun kalau keluar makan dengan abang, makanan sayang tu habis." Jawabnya.

"Hmmmm berkira." Kataku yang kemudian duduk di meja untuk pura-pura merajuk.

"Ya tuhan, bukan berkira la budak kecik. Tapi membazir. Tak pernah langsung abang berkira dengan sayang tau. Apa je yang abang tak bagi dekat sayang? Semuanya termasuk diri abang ni." Katanya sambil tersengih.

"Dasar polis gatal." Kataku sambil mengerutkan dahi.

"Hahahahahahahahahah, abang main main je la. Ni nanti nak makan dekat mana. Jangan risau. Abang sentiasa berkhidmat demi kesayangan abang." Katanya.

"Ermmm okey, kalau macamtu, harini Kimi nak makan dalam kampus je. Taknak jejauh. Kita jalan kaki boleh? Sambil walk kat dalam kampus?" Kataku.

"Ermmmm, tapi abang penat la sayang. Baru balik kerja. Jauh la nak jalan dari bilik sayang ni. Dah la lapar." Katanya.

"Yekeee, hmmm okey takpe la. Kita naik moto abang la kalau centu. Boleh?" Soalku.

"Bolehhhh, nanti abang boleh terus balik lepas hantar sayang. Sebab abang takde bawak baju pergi kerja esok. Kena balik jugak malam ni." Katanya.

Aku hanya mengangguk faham.

Lantas kami berdua terus mandi dan solat maghrib bersama sebelum keluar makan di kampus.

"Sini apa yang sedap?" Katanya sambil melihat menu yang disediakan.

"Ermmmm semua sedap tapi Kimi suka makan rice bowl korean chicken dia. Dapppp." Kataku dengan penuh semangat.

"Hmmm kalau centu abang pun nak yang sama la. Order dua." Katanya.

"Ishhh taknak la makan menu sama. Abang order lain la, nanti boleh kita tukar-tukar makanan." Jawabku.

"Aikkk, takpe la order je la banyak-banyak, nanti kita boleh makan semua." Katanya.

"Ishhhhh nanti membazir, tak habis siapa nak makan. Nanti dosa je." Jawabku.

TAK LAGI MERINDUCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang