FINALE - II

1K 39 47
                                        

"Macam mana dengan keadaan anak saya doktor?" Soal Puan Kamelia dengan penuh bimbang.

"Begini puan, saya dah cuba yang terbaik. Team saya juga dah cuba sehabis baik. Tapi, saya minta maaf sangat-sangat. Encik Ameer tak dapat kami selamatkan. Kami harap puan dapat terima ya. Saya minta diri dahulu. Maaf sekali lagi dari pihak kami." Ujarnya.

Kosong. Dunia ini menjadi kosong bagi Puan Kamelia pada waktu ini. Lemah terasa badannya setelah mendengar apa yang dikatakan oleh doktor itu sebentar tadi. Terjatuh dirinya akibat hiba mendengar khabar tersebut.

Meraung insan yang bergelar ibu itu, satu-satunya anak yang dia ada, pergi meninggalkannya setelah suaminya juga pergi terlebih dahulu.

Tinggallah dia berseorangan di dunia yang luas terbentang ini. Tanpa peneman, tanpa sokongan disisi.

Tangisannya dapat didengari di seluruh blok.

Manakan tidak, kehilangan anak yang disayangi adalah sesuatu yang langsung tidak terucap sedihnya dengan kata-kata.

Kemudian, terdapat seorang jururawat yang datang menghampiri dan cuba menenangkan Puan Kamelia. Mengalir juga air mata jururawat itu kerana mungkin dia juga adalah seorang ibu. Jadi rasa yang dialami, sedikit sebanyak terkesan kepadanya.

"Sabar Puan. Saya, saya pun dah cuba yang terbaik. Tapi, kami memang tak mampu." Katanya dengan air mata yang mengalir sambil memeluk Puan Kamelia.

Farhan hanya berdiri kaku setelah mendengar apa yang diucapkan oleh sebentar tadi.

Hancur hatinya.

Tiada kata yang dapat diungkap, selain air mata yang mengalir sebagai ganti.

Dirinya ada disitu, tapi fikiran dan perasaanya melayang entah kemana. Barangkali pergi bersama Hakimi untuk selamanya.

Bibirnya bergetar, menahan sebak yang dia tidak mampu lagi tanggung.

Lalu, akhirnya Farhan juga terduduk, meraung berat.

Sesal yang dia rasa, menghantui dirinya.

Manakan tidak, sisa masa yang Hakimi cuba untuk luangkan selama dua hari lepas menerusi panggilan telefon, hanya dilayan acuh tak acuh.

Percakapan Hakimi di telefon, langsung tidak dilayan olehnya.

Luahan yang dinyatakan pada malam semalam, dibalas dengan kata-kata yang mengecewakan.

Jadi, wajar untuk Farhan menyesal.

Farhan memukul berkali kali dahinya atas kekesalan yang dia alami.

Sumpah, tiada niat untuk dia melakukan sebegitu kepada Hakimi.

Pada awalnya dia hanya terasa, namun sayang dan rindunya masih tetap ada untuk Hakimi.

Ingin dia perbaiki semuanya pada hari ini, namun semuanya sudah tiada lagi. Tiada lagi peluang dan ruang.

"Ya Allah, kenapa kau uji aku macam ni. Aku sayang dia. Jangan ambil dia dahulu Ya Allah aku merayu. Bagi sikit masa untuk aku bercakap dengan dia." Laung Farhan.

Puan Kamelia pada waktu itu tidak berdaya untuk melakukan apa apa, selain hanya termenung kosong dengan air mata yang sudah mengering, di dalam pelukan jururawat tersebut.

Farhan masih lagi menangisi pemergian Hakimi, sambil tersedu menahan sebak, sambil bergelut dengan realiti untuk menerima yang Hakimi sememangnya sudah tiada lagi buatnya.

"Abah, kenapa abah nangis?" Soal Aish yang baru tersedar dari lenanya.

Tanpa sebarang kata, dia terus memeluk erat anaknya dan meraung dengan lebih kuat menahan sedih.

TAK LAGI MERINDUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang