Setelah semalaman berehat dan tidur, akhirnya aku mengambil keputusan untuk menjeguk Farhan di biliknya walaupun ibu masih belum sampai.
Memandangkan aku sudah mengetahui nombor biliknya dari kaunter, lantas aku bergerak dengan perlahan ke tempat yang aku ingin tuju.
Langkah demi langkah aku amati sehingga sampai ke ruangan milik Farhan.
Pintu yang tertutup rapi itu aku tolak dengan perlahan, tidak mahu mengejutkan sesiapa sahaja yang berada di Dalam, dan juga tidak mahu mengejutkan diriku sendiri setelah aku menapak masuk.
Tidak kelihatan sesiapa sekalipun, kecuali tubuh insan yang aku sayangi sedang terbaring tidak sedarkan diri.
Dahi, tangan, kaki dan sebahagian dari badannya dibaluti kain putih akibat luka yang terkesan.
Air mataku yang sebelum ini sirna, kembali muncul dengan perlahan.
Melihatnya sebegitu, sungguh tidak tergamak aku untuk berdiam diri.
Namun, apa yang bisa aku lakukan? Selain hanya berdiri kaku, dengan keadaanku yang begini.
Perlahan langkah aku atur menuju ke arah katil itu. Dengan tangan yang menggeletar, aku mencapai tanganya yang sejuk itu.
Aku genggam perlahan, dengan air mata yang meluncur laju di pipi, terus mnitis ke lantai.
"Abang Paan, bangun la. Kimi ni." Katadku dengan suara yang teresak dan air mata yang berterusan mengalir.
"Abang Paan jangan tinggal Kimi. Abang Paan dah janji nak hidup dengan Kimi sama-sama. Jaga Aish sama-sama. Abang Paan tak kesian ke kat mak abah? Kat Aish? Kat Kimi? Abang Paan bangun laaaaa. Jangan buat Kimi macam ni." Kataku ke arah tubuh yang masih tidak sedarkan diri itu.
Aku tatap wajah lelaki yang aku sayangi itu. Walaupun terdapat kesan luka dan darah yang tersisa, tetap saja sempurna di mataku.
Wajah kacaknya itu tetap aku dambakan, sampai bila-bila.
Lantas, aku mencapai al-Quran yang terdapat di meja tepi katil dan mula membaca beberapa surah, dengan harapan tuhan memberi kesempatan dan kesembuhan buat insan ini, agar tiada gerangan yang kecewa tanpa dia disisi kelak.
Selang beberapa minit, aku selesai dan mula menemani Farhan yang masih tidak sedarkan diri.
Tidak mengapa, biar aku bercakap dengannya, walaupun tiada respon yang bakal aku terima.
Sekurang-kurangnya, aku masih bisa menetap wajahnya yang amat aku rindu.
Aku masih boleh menggenggam tangannya yang sudah lama aku tidak gapai.
"Abang Paan, nanti kalau abang Paan dah bangun kan, kita pergi jalan-jalan KL nak tak? Makan fries dekat tasik, sambil main hujan. Macam first time kita keluar sama-sama dulu. Nak tak?" Aku berkata seperti orang yang tidak waras.
"Lepastu, kita boleh breakfast dekat restoren Aina, kawan Kimi yang dulu abang marah dia sebab dia langgar moto abang dari belakang. Masa mula mula abang Paan marah Kimi dulu tu. Ingat tak?" Aku berkata sambil air mata yang terus menitis ke atas cadar katilnya.
Melihat dia yang terdiam kaku tanpa sebarang reaksi, membuatkanku bertambah hiba. Luluh hatiku melihat lelaki yang sebelum ini periang, namun kini diam seribu bahasa.
Tangisanku kembali deras.
"Ya tuhan, kenapa aku perlu hadap semua ni. Kenapa setiap kali aku bahagia, pastinya tak akan kekal lama? Kenapa? Tak layakkah aku untuk hidup bahagia walaupun sekejap?" Aku mempersoalkan takdir seperti orang yang tidak ada pendirian agama.
Lantas aku melihat kembali ke arah Farhan dengan penuh hiba.
"Abang Paan, kalau abang dah tak sayang Kimi, cakap tau. Kimi mintak maaf sangat-sangat sebab semua benda yang jadi. Kimi yang salah." Ujarku.

ANDA SEDANG MEMBACA
TAK LAGI MERINDU
Romance"Aku nak tengok sejauh mana kau boleh lari dari aku." -Izlan "Kau kata aku pengecut eh?" Pangggg.. Pipi Hakimi ditampar secara kasar. - Farhan "Aku taknak kau kecewa nanti sebab aku kenal dia macam mana." - Afiq "Sayang, muka dah elok, kacak. Tapi p...