Berikut merupakan watak beserta gambar watak bagi novel pendek ini. Gambar tersebut diambil secara rawak dan tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah tiada. Ianya juga tiada kena mengena di dalam kehidupan sebenar. Gambar hiasan sahaja.
Farhan -
Seorang polis yang segak, kuat cemburu, penyayang dan panas baran namun bukan seorang kaki pukul. Berumur 22 tahun dan mempunyai tunang yang merupakan rakan sekerjanya. Mudah dipengaruhi dan sering melakukan tindakan dan keputusan tanpa berfikir. Menyayangi Hakimi namun kehendak ibunya terpaksa diutamakan.
Hakimi -
Seorang pelajar lepasan STPM yang ceria namun pendiam. Kelihatan berani namun sebenarnya mempunyai trauma terhadap sebarang bentuk kekerasan kerana pernah dibuli dengan teruk oleh Izlan sebelum berpindah. Dia sangat menyayangi Farhan namun kehidupannya sering diduga.
Izlan -
Pernah disanjung oleh Hakimi namun sekarang cukup dibenci kerana tindakannya telah menyebabkan hidup Hakimi berubah. Seorang yang panas baran namun terselit rasa sayang dan cemburu yang diselindung oleh ego yang tinggi. Perasaan sayangnya terhadap Hakimi amat tinggi namun nafsu lebih menguasai dirinya.
Safwa -
Seorang polis wanita yang bekerja di tempat yang sama dengan Farhan. Dia juga merupakan tunang Farhan sejak berpindah tempat bertugas. Sifatnya lemah-lembut namun merupakan perempuan yang kejam. Digelar 'playgirl' oleh rakan sekerja namun Farhan tidak mempercayainya.
Aina -
Kawan rapat Hakimi. Dia merupakan satu-satunya rakan baik Hakimi kerana sifatnya yang sederhana dan tidak seperti kebanyakkan perempuan lain di sekolah. Hakimi banyak meluahkan tentang kisah hidupnya kepada Aina. Dia juga sudah tahu sifat Hakimi yang sebenar dimana Hakimi pernah menyayangi Izlan.
Kamelia -
Ibu kepada Hakimi. Dia amat menyayangi Hakimi kerana anak lelakinya itu merupakan satu-satunya cahaya mata dan peneman setia setelah kepergian suaminya yang tercinta. Merupakan seorang penolong pengurus sebuah bank dan arwah suaminya merupakan seorang guru. Sangat mengawasi kelakuan Hakimi sejak peristiwa hitam itu berlaku.
Syikin -
Jika orang lain, mungkin Izlan akan ditinggalkan sejak sekian lama. Namun tidak bagi Syikin, seorang perempuan yang positif, setia dan sering berbaik sangka. Sering ada disamping Izlan walaupun dia tahu cintanya cuma bertepuk sebelah tangan.
Afiq -
Rakan kepada Farhan yang mana merupakan seorang polis. Sifatnya yang suka bergurau menyebabkan terjadinya perkara yang mengubah hidup Farhan. Mereka juga merupakan rakan serumah dan tinggal berdua. Baginya, Hakimi adalah malang kerana memilih Farhan kerana dia sudah bertunang.
Danny -Seorang pelajar junior kepada Hakimi di USM. Perwatakan Hakimi yang pendiam namun cemerlang pada setiap semester menarik perhatian Dany untuk mendekatinya. Berasal daripada keluarga yang kaya namun amat merendah diri. Sentiasa menunggu Hakimi walaupun Hakimi menolak kerana merasa Danny terlalu baik untuk dirinya.
YOU ARE READING
TAK LAGI MERINDU
Romansa"Aku nak tengok sejauh mana kau boleh lari dari aku." -Izlan "Kau kata aku pengecut eh?" Pangggg.. Pipi Hakimi ditampar secara kasar. - Farhan "Aku taknak kau kecewa nanti sebab aku kenal dia macam mana." - Afiq "Sayang, muka dah elok, kacak. Tapi p...