XLVII

489 30 10
                                    

Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan seterusnya.

Aku kini sendiri, menetap semula di Desa Restu setelah melakukan permohonan di pejabat.

Tiada apa yang menarik. Rutin harianku yang sama iaitu bangun pagi, sarapan, ke dewan kuliah, pulang, mandi, makan tengah hari dan beriadah sendirian pada waktu petang.

Itulah aktiviti yang aku lakukan saban hari, sehingga masuk semester kelimaku.

Danny masih lagi ada dikampus, bersama buah hatinya, Sofea.

Mereka kulihat akrab dan sering berjalan bersama di sekitar kampus.

Sering kali juga aku terserempak dengan lelaki itu di kafe mahupun di ruang belajar perpustakaan, namun aku mengelak dan dia juga seakan memahami yang aku tidak mahu lagi ada apa apa kaitan dengannya.

Dia menghidariku dengan hati yang kecewa dan langkah yang berat.

Ada satu hari aku melihat mereka bersuapan di atas tepi padang sambil melihat perlawanan bola. Waktu itu aku sedang berjalan mengambil angin di sekitar kampus.

Melihat mereka bergelak tawa, tampar menampar sesungguhnya membuatkanku iri. Tapi, apa dapat aku lakukan? Selain daripada hanya menerima ketentuan yang telah tertulis ini.

Bukan aku tidak mahu mencari rakan baharu dan rapat seperti orang lain, namun aku tidak mahu melakukan kesilapan yang keempat.

Ya, mungkin aku dapat mengawalnya daripada berlaku sekiranya perasaan itu hadir dari dalam hatiku sendiri. Namun jika sebaliknya? Aku tidak boleh menghalang orang lain untuk mempunyai perasaan terhadapku, seperti Danny yang berkelakuan sedemikian pada mulanya.

Oh ya, aku telah berjumpa dengan Danny 3 bulan lalu, selepas aku bersedia untuk berhadapan dengannya dan menyatakan segala-galanya.

Waktu itu aku bersetuju untuk berjumpa dengannya di Starbucks Coffee, namun hanya untuk 15 minit.

Tidak mahu aku berjumpa dengannya dalam tempoh yang lama, khuatir aku akan kasihan kepadanya dan menerimanya semula.

"Kimi okey?" Katanya yang terus cuba untuk menggenggam tanganku yang terletak di atas meja.

Lantas aku terus mencapai minumanku kerana tidak mahu wujudnya babak romantis haram disitu.

Lagi satu, boleh dia tanya aku okey ke tak? Astaga.

"Okey je." Jawabku pendek.

Dia diam, sambil merenung wajahku dengan mata yang mulai merah.

Tidak tergamak aku melihat budak itu menangis dihadapanku. Lantas aku ubah situasi itu menjadi lebih serius agar dia tidak bermain dengan rasa sesal di hatinya.

"Kalau takda apa apa, Kimi nak gerak dulu." Kataku yang sambil bangun untuk berpura-pura beredar.

"Jangan, tolong, bagi Danny explain dulu, seminit pun jadi la." Katanya dengan air mata yang mula mengalir dipipi.

Sebak mula terasa dalam diriku.

Kejam sangat ke aku tuhan? Bertindak sebegini? Tapi aku juga punya hati dan perasaan.

"Okey, Kimi duduk, dah jangan nangis." Pujukku.

Dia kelihatan tersedu dan mula mengesat sisa air mata di pipinya.

"Danny, Danny nak mintak maaf sangat-sangat. Sumpah Danny salah. Danny mintak maaf. Patutnya Danny jelaskan semua dengan Kimi. Tapi Danny takut Kimi marah. Maaf." Ulangnya berkali kali.

"Ye, Kimi takda apa pun. See? Kimi masih macam dulu, macam biasa. Danny tak payah risau." Jawabku.

"Tapi Danny masih sayang Kimi. Betul. Sayang macam Danny sayang mama, sayang adik adik Danny, sayang Tokwan. Bukan sayang macam orang bercinta." Ujarnya.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now