L

530 28 15
                                    

Subuh itu aku dikejutkan oleh Farhan pada jam 540 pagi. Terpaling awal dia bangun ya. Siap belikan sarapan dekat simpang depan tu ha. Terpaling ayah yang bertanggungjawab.

"Hey sayang, bangun pat. Nanti kita lambat pulak nak balik. Abang nak masuk kerja lagi ni." Jawabnya.

Aku sengaja tidak bangun, hendak melihat tindakan dia bila aku tidak mendengar arahannya. Adakah sama seperti dulu, ataupun kian berubah.

"Sayang, bangun la. Nanti abang lambat lepastu kena marah dengan boss. Tak kesian dekat abang ke?" Katanya kepadaku.

Lembut sekali lontaran suara dan susunan ayat yang dia gunakan. Aku teramat bangga dengan perubahan yang dia lakukan. Sesungguhnya dia adalah lelaki yang berpegang pada janji.

Mungkin pada malam itu, dia cuma tidak dapat mengawal emosi, ditambah lagi aku yang juga sedang beremosi, sudah tentu berlaku perkara sedemikian.

Namun, amat munasabah sekiranya peluang ini aku berikan kepada dia kerana aku tahu dia sememangnya lelaki yang baik, cuma perlukan peluang kedua.

"Abang mandi kejap, kalau sayang tak bangun jugak lepas abang siap solat, abang dukung masuk kereta terus lah eh." Katanya kepada aku yang masih lagi tidak sedarkan diri.

Lantas dia mencium dahiku dan terus ke tandas untuk mandi dan solat subuh.

Lembut sahaja pertuturannya. Mungkin dia biasakan kerana dia sudah mempunyai anak.

Dan juga mungkin dia tidak mahu lagi menjadi baran kerana kepergianku cukup memberikan kesan dalam hidupnya.

Usai dia mandi, aku sudah tunggu di hadapan tandas untuk mandi pula selepasnya.

"Aikkkk bangun dahh. Kalau awal sikit tadi, boleh mandi sama hehehehehehehe." Katanya gatal.

"Aippp apa kata centu, kalau mak abah dengar macam mana? Jawabku dengan muka yang masam.

"Eh mak abah siapa ni? Kita dah kahwin ke? Hhaahahahahahahahahahah." Dia ketawa besar.

Aku hanya terdiam malu. Tapi benar juga, aku berkata sedemikian seperti mak ayahnya itu adalah mak ayahku juga. Sedangkan aku dengan dia langsung tidak ada apa apa ikatan selain daripada hanya rakan dalam dunia nyata.

"Ishhhhh mak abah abang, sama jugak la dengan mak abah sayang. Abang dengan ibu Kimi pun rapat. Jadi apa bezanya kan? Abang saja je memain tadi. Dah pi mandi. Ke nak abang mandi sama dengan sayang?" Soalnya.

"Ei taknak, tepiiiii. Dasar polis gatal. Polis semua sama je. Gatal." Kataku yang menolaknya perlahan dan masuk ke tandas dengan laju sambil tersengih.

Farhan berdiri di luar sambil bertuala dalam keadaan terpinga-pinga.

"Heyyy abang gatal dengan awak sorang je tau." Jeritnya dari luar.

'Bodoe la dia ni haa kalau mak ayah dia dengar, mati aku.' Ujarku di dalam hati.

Selang beberapa minit, aku mengikuti Farhan untuk solat subuh berjemaah. Kami hanya solat berdua kerana ibu dan ayahnya solat dimasjid setiap pagi.

Usai solat, kami terus mengemas pakaian dan mula bergerak pulang.

Sempat Farhan menjengah anaknya yang sedang tidur lena dibilik.

"Abah balik kejap ya Aish, nanti minggu depan abah balik lagi." Katanya lalu mencium perlahan dahi anak kecil itu.

Syahdu aku melihatnya.

Melihat anak yang tiada kasih sayang dari ibunya sendiri, kurang tatapan dari ayahnya, hanya mengharapkan belas dan kasih dari datuk dan neneknya sahaja.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now