Hari silih berganti hingga tidak terduga sudah hampir empat tahun masa berlalu.
Selama itu, tiada lagi teman bicara bagi seorang ibu yang sunyi sendiri, tiada lagi teman cerita bagi seorang rakan yang tulus disisi, tiada lagi peneman hidup bagi insan yang setia menanti.
Rindu? Sudah semestinya. Namun hanya setakat itu yang termampu. Tidak mengeluh atau persoal ketentuan ilahi, cuma kesal akan diri sendiri yang mensia-siakan peluang yang diberi.
"Assalammualaikum. Nenekkkk, Aish dah sampai niii!" Ujar anak kecil itu sebaik sahaja tiba di rumah Puan Kamelia.
Tanpa melihat kiri dan kanan, Aish berlari masuk menuju ke dapur untuk memeluk neneknya yang sedang mencuci piring itu.
"Ya Allah lajunyaaa. Ni mana songkok ni? Sampin pun dah senget benget. Meh sini cium nenek dulu." Ujar Puan Kamelia sambil mencium pipi Aish.
"Ni abah manaa?" Soal neneknya.
"Abah ada tu tengah bawak makanan dari rumah Tokwan." Katanya lalu terus berlari mendapatkan ayahnya semula.
"Eh Farhan, mak abah kamu ada sekali ke?" Ujar Puan Kamelia yang menuju keluar kereta.
"Eh takda la acik, ni diorang kirim bawak kesini untuk makan sama sama. Diorang tak mai takut ada orang datang beraya." Ujar Farhan.
"Itu la acik pun pelik, kamu ni baru raya kedua dah beraya rumah acik. Dah la jauh tu haa dari Kedah nak ke Gombak sini." Ujar Puan Kamelia.
"Takda jauh mana pun la acik. Lagipun Aish ni haa tak sabar nak jumpa nenek dia. Nak, nak jenguk Uncle Ameer dia." Terhenti sejenak ucapan dari bibir Farhan.
Kelihatan Puan Kamelia juga terus melayang entah kemana fikirannya.
"Acik dah pergi ziarah?" Ujar Farhan sambil berjalan ke dapur membawa semua makanan tersebut. Aish sudah selamat berada di hadapan TV menonton kartun kegemarannya.
"Belumm, acik tak kuat nak pergi ziarah sorang-sorang. Aina pun raya ketiga nanti baru dia balik sini." Ujar wanita tersebut.
"Kita pergi petang nanti nak tak acik? Lepastu malam nanti boleh la kita baca Yassin sama sama. Paan pun plan nak stay sini 2 hari. Nak jumpa kawan lama kat sini sebelum balik Penang." Ujar Farhan.
"Boleh je. Kejap Acik nak panaskan lauk ni. Nanti kita makan sama-sama ya." Ujarnya.
Farhan hanya mengangguk lalu terus ke bilik arwah Hakimi. Puan Kamelia sudah cakna akan perangai Farhan yang sering tidur di bilik arwah anaknya itu. Dia hanya membiarkannya memandangkan bilik tersebut juga sudah tiada penghuni tetap untuk selama-lamanya.
"Aishh makan dengan nenek dulu jom. Abah tengah mandi tu." Ujar Puan Kamelia dari arah dapur.
"Jap nenek, Aish nak ambik tuala dekat kereta." Ujar budak kecil itu lalu terus keluar.
Farhan pula kedengaran dari atas memanggil anaknya itu untuk mandi sebelum makan. Maka berlari kerianganlah anak kecil itu mendapatkan tuala dan naik ke atas untuk mandi bersama ayahnya.
Puan Kamelia hanya tersengih melihat gelagat mereka berdua. Namun jauh di sudut hatinya, hiba memikirkan ketiadaan satu-satunya anak yang dia punya, yang mana mungkin akan menambahkan keriangan suasana ini.
"Kan seronok kalau Kimi ada sekali nakk. Meriah rumah kita waktu raya macam ni." Ujar perlahan Puan Kamelia sendirian.
Usai mengusap air mata, dia terus ke meja makan untuk menghidangkan makanan untuk 'anak dan cucu' yang hadir dalam hidupnya selepas pergi insan yang paling dia sayangi.
"Farhan, Aishh meh sini nakkk, makan cepat. Nanti sejuk." Laung Puan Kamelia.
Mendengar sahaja namanya dipanggil, Aish terus berlari dari bilik untuk turun kebawah tanpa sempat rambutnya disikat rapi.
![](https://img.wattpad.com/cover/245980693-288-k952490.jpg)
YOU ARE READING
TAK LAGI MERINDU
Romance"Aku nak tengok sejauh mana kau boleh lari dari aku." -Izlan "Kau kata aku pengecut eh?" Pangggg.. Pipi Hakimi ditampar secara kasar. - Farhan "Aku taknak kau kecewa nanti sebab aku kenal dia macam mana." - Afiq "Sayang, muka dah elok, kacak. Tapi p...