XXXVI

690 31 6
                                        

Aku menelan perlahan air liurku yang berada ditekak.

Dia tersenyum sinis sambil berdiri melihatku yang sedang duduk tersandar di dinding.

Dengan penuh gayanya, dia mengeluarkan sekotak rokok daripada kocek, mula membakar sebatang dan kemudian menyedutnya dengan tenang.

Lalu dia melutut sebelah kaki dihadapanku, dan meniup asap rokok tersebut kemukaku.

Automatik aku terbatuk kerana tidak tahan dengan asap yang memasuki hidungku.

Kemudian dia mencampak dilantai puntung rokok tersebut dan memijaknya.

Wajahnya yang serius mulai menenung wajahku yang agak gusar.

"Tak rindu abang ke sayang?" Sebaris ayat yang terpacul dari mulutnya, selepas lebih 2 tahun aku mengambil keputusan untuk menghilangkan diri darinya.

Ya.

Dia ialah Izlan.

Tidak langsung aku menyangka bahawa aku akan bertemu semula dengannya, tatkala aku sudah berazam untuk memulakan hidup yang baharu disini.

Semuanya hampir sempurna setakat ini, sehinggalah aku terjumpa dengannya pada petang ini.

Bukan, ianya bukan terjumpa.

Kerana aku pasti, dia semestinya sudah lama memerhatikanku dan menanti saat ini terjadi, dimana aku bersendirian.

Licik kau Izlan, sama macam 2 tahun lepas, sama macam aku mula-mula terjumpa kau dahulu.

"Lama abang tunggu waktu ni, sejak dari minggu lepas abang nampak sayang. Eh bukan minggu lepas, 2 tahun lepas to be exact." Katanya sambil menguis perlahan daguku.

Aku yang sudah lali dengan perangainya, hanya membiarkan kerana aku tidak mahu pulang dengan kesan lebam dan darah.

Bukan tak percaya yang dia telah berubah, namun lihatlah. Kali pertama setelah bertahun, dia memilih untuk berkasar denganku berbanding duduk berjumpa dengan baik.

"Abang ajak keluar makan dalam group ramai-ramai, kenapa sayang taknak ikut?" Soalnya untuk kali ketiga dan masih juga aku berdiam diri.

"Aikkk, rindu sangat ke dekat abang sampai terdiam terus tak bersuara? Rindu nak tatap muka kacak abang ni ke? Ke nak rasa abang punya ni?" Katanya sambil memegang alat sulitnya yang mula mengeras dihadapanku.

Aku mulai hilang sabar.

Macam ni dia layan aku, lepas dia buat aku terlantar kat wad berminggu, boleh dia cakap macamtu dekat aku.

Aku memang tak mengharapkan langsung kata maaf dari kau, tapi tolonglah fikir rasional sikit jadi manusia tu.

"Ohhh jadi kau la yang lagi sorang PPSL dekat dalam group tu?" Soalku.

Dia hanya mengangkat kedua-dua keningnya.

"Dah la Izlan, aku dah taknak ada apa kena mengena dengan kau. Sumpah. Aku tak perlu maaf dari kau, walaupun aku tahu yang kau tak pernah terlintas pun nak minta maaf dekat aku." Jelasku lagi.

"Aku dah anggap kau bahagia dengan Syikin, macam mana kau buang aku dulu, macam mana kau tiba-tiba berubah demi duit ayah kau tu." Kataku lagi.

Dia kulihat hanya diam dan mendengar.

Tidak ada pula raut wajah marah yang terbit dimukanya.

"Oh ya, memandangkan aku dah jumpa kau dekat sini, esok aku nak pulangkan balik hoodie kau, kasut dengan perfume yang kau bagi aku malam tu." Jelasku lagi.

Giliran dia pula berdiam diri.

Lalu aku bangkit, beralih meninggalkan dia yang sedang melutut, terpaku disitu.

TAK LAGI MERINDUCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang