"Kamu ni dah hilang akal ke ha?" Encik Fahim memarahi lalu melempang Izlan di luar wad ICU Pantai Hospital Ipoh.
Izlan mengalirkan air mata sambil menggeletar memegang pipinya. Untuk pertama kalinya dia menyesal atas kesalahan yang dilakukan. Menyesal? Mana mungkin seorang Izlan yang angkuh menyesal dengan perbuatannya.
Mereka bertiga sedang menunggu diluar dengan penuh perasaan cemas. Tidak lama selepas itu, Puan Kamelia hadir dengan pantas kearah mereka.
Tanpa sebarang amaran, dia terus melempang Izlan. Lalu dia berkata dingin kepada Encik Fahim.
"Kalau terjadi apa apa kat anak saya, saya akan pastikan anak awak meringkuk dalam lokap."
Encik Fahim tidak menjawab. Gementar barangkali.
Lalu Puan Kamelia terus menuju ke hadapan pintu untuk menunggu disana. Izlan diam seribu bahasa.
Setelah hampir sejam menunggu, akhirnya doctor tersebut keluar dan memanggil Puan Kamelia untuk memberikan penerangan berkaitan kondisi Hakimi.
"Puan ni ibu pesakit ya?" Soalnya.
"Ya saya doctor. Macam mana dengan anak saya doctor. Baik-baik je kan?" Soal Puan Kamelia pula.
"Begini, anak puan mengalami kecederaan di kawasan kepala. Bahagian tisu otaknya mengalami kerosakan, namun tidak terlalu teruk. Tapi, dia mungkin mudah mengalami trauma, yang mana dia akan sukar untuk bercakap sekiranya berhadapan dengan situasi yang dia geruni dan tahap kesedaran dia akan berkurang. Maksudnya dia akan mudah pengsan. Ini adalah biasa kepada semua pesakit yang mengalami kecederaan di kepala." Jelas doctor tersebut.
Puan Kamelia tidak dapat menahan sebak dan terus menangis. Hati ibu mana yang tidak remuk melihat satu-satunya anak yang dia ada, sedang bertarung nyawa bersendirian.
"Boleh saya jumpa anak saya doctor? Saya nak teman dia." Kata Puan Kamelia.
"Maaf, keadaan dia masih kurang stabil, mungkin dalam esok pagi baru puan boleh melawat anak puan." Jelas doctor tersebut.
"Baik doctor." Puan Kamelia berkata lalu terus keluar dari ruangan tersebut. Dia terus ke pantry dan membeli minuman untuk dia berjaga sepanjang malam. Tidak tergamak dia ingin terlena dikala anak tunggalnya sedang berjuang sendirian.
Secara tiba-tiba, Encik Fahim hadir dihadapan Puan Kamelia. Suasana agak hening seketika sehinggalah Encik fahim memulakan bicara.
"Saya kesal dengan apa yang anak saya dah lakukan. Apa yang perlu saya buat agar kes ni selesai disini saja? Saya taknak menjejaskan masa depan anak saya kalau perkara ini dibawa ke pihak atasan." Katanya.
Puan Kamelia mulai berang dan terus berdiri.
"Menjejaskan masa depan anak awak? Anak awak? Saya tak salah dengar ke ni? Hey, yang tengah dalam wad tu sekarang, yang tengah separuh mati tu, anak saya tau. Awak boleh fikir pasal masa depan anak awak? Awak bertindak macam anak awak yang mangsa? Kalau anak saya mati? Kalau anak saya ada kecacatan kekal? Macam mana dengan masa depan dia?" Jawab Puan Kamelia dengan berang.
"Saya tak sangka awak dengan anak awak sama je? Pentingkan diri sendiri. Takda hati perut langsung!" Jerkah Puan Kamelia.
Suasana menjadi tegang disekitar pantry. Semua mata memandang kearah mereka berdua.
"Okay macam ni, saya akan tanggung semua kos rawatan dan pampasan dekat puan?"
Puan Kamelia yang sudah tidak dapat menahan sabar terus melepaskan amarahnya.
"Hey aku tak perlu langsung lah duit kau. Kau ingat aku ni miskin ke? Kau ingat semua benda boleh selesai dengan duit. Tidak. Tak sama sekali. Kau tunggu je nanti apa yang kau bakal terima." Jerkah Puan Kamelia lalu terus beredar dari kawasan pantry tersebut.
YOU ARE READING
TAK LAGI MERINDU
Storie d'amore"Aku nak tengok sejauh mana kau boleh lari dari aku." -Izlan "Kau kata aku pengecut eh?" Pangggg.. Pipi Hakimi ditampar secara kasar. - Farhan "Aku taknak kau kecewa nanti sebab aku kenal dia macam mana." - Afiq "Sayang, muka dah elok, kacak. Tapi p...