XXIX

647 29 3
                                    

"Kimi, bangun sayang. Phone Kimi berbunyi dari tadi ni haa." Kata ibu sambil menggerakkan tubuhku.

"Ermmmm kenapa ibu? Awalnya baru pukul 645 pagi." Kataku yang sambil menggosok mata melihat jam didinding.

"Ni haaa telefon Kimi dari tadi bunyi. Ibu boleh dengar dari luar tadi." Jelasnya lagi.

"Okeyy buu." Kataku dan kemudian ibu keluar ke dapur barangkali untuk menyiapkan sarapan.

Aku dengan pantas terus melihat telefonku yang mana aku sudah mengetahui siapa yang menelefonku sejak semalam.

"Malas betul aku nak layan drama pagi-pagi buta macam ni." Ulasku sendiri.

Aku melihat semula mesej yang dihantar olehnya sejak bulan lepas. Lebih dari 100 yang pasti. Yang paling terbaharu, dia mengajakku untuk berjumpa selepas kejadian semalam.

'Tolong, abang merayu. Kita jumpa kejap. Abang dah tak lama kat sini." Katanya.

Aku agak sedikit terkesan pabila membaca pesanannya. Dia nak pergi mana?

Tapi aku hanya biarkan. Cukup untuk dia tahu yang aku tiada langsung dendam dan amarah terhadapnya. Yang lepas biarlah lepas. Afiq sudah menjelaskan semua kepadanya aku pasti.

__________________________________________________________________________

Pagi ini aku sudah berjanji dengan Aina untuk lepas bersamanya di KL East Mall sambil melihat kuputusan UPU.

"Kau dah siap ke Kimi? Aku baru gerak keluar dari rumah aku ni." Jelas Aina.

"Haaa dah nak siap dah, aku tunggu depan rumah macam biasa la." Jawabku lalu terus menamatkan panggilan.

Aku memasukkan laptopku kedalam beg dan kemudian terus menunggu di luar. Pintu aku kunci dan juga pagar.

Aina tiba tepat pada waktunya dan kami terus bergerak ke destinasi yang kami tuju.

"Kau berdebar tak ni?" Soal Aina.

"Eh aku okey je. Kalau dapat mana-mana tu semuakan rezeki. Ada hikmah punya." Jawabku selamba.

Aina hanya memuncungkan bibir.

Lalu, kami terus bergerak ke Café Chef Wan untuk menikmati makan tengah hari sambil menyemak keputusan UPU.

Seusai kami memesan makanan, terus Aina membuka computer ribanya dan melihat keputusan.

Aku hanya menggelengkan kepala dan kemudian turut melakukan benda yang sama.

Terbit jeritan kecil dari mulut Aina apabila melihat keputusan yang keluar.

"Yeayyy! Wehh aku dapat UKM Bangi wehhh. Bestnya nanti tiap minggu boleh balik hahaahhaahahahhaa." Katanya riang.

Aku hanya tersenyum melihat kegembiraanya.

"Tahniah!" Jawabku.

"Kau macam mana?" Soalnya pula.

"Jap tengah loading ni lambat pulak." Kataku.

Tiba-tiba, terpapar keputusanku pula. Terbit satu perasaan yang bercampur baur.

"Macam mana?" Soal Aina lagi.

"Ermmm USM Penang weh." Jawabku.

"Uishhh jauh. Kau memang letak number satu ke USM tu?" Soalnya lagi.

"Haah saja nak try angin baru hahahaahahaha sekali terus dapat betul." Jawabku.

"Haaaa okey la tu kau dapat pilihan yang kau nak." Katanya.

Aku hanya mengangguk gembira.

Sebenarnya tidak tahu aku hendak gembira ataupun sebaliknya.

Kerana aku gusar ibu akan berjauhan denganku. Kurang waktu aku bersamanya dan jarang mungkin aku akan mnejenguknya.

TAK LAGI MERINDUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang