XXXIII

530 26 2
                                    

"Hmmmm lamanya, dah 810 ni haaa takde pun mula lagi aktiviti. Dah la lapar." Rungutku kepada Danny.

Dia kulihat hanbya menggelengkan kepalanya.

"Sabar jap sikit lagi tu nanti diorang datang laaaa." Balasnya kepadaku.

Selang beberapa minit, datang beberapa orang fasi atau dipanggil PPSL disini.

Mereka mula memperkenalkan nama masing-masing dan mulakan beberapa cheers kepada kami.

Sesungguhnya, aku amat malas dengan semua benda begini. Bunoe je la aku.

"Haaaa sekarang ni macam mana semua? Dah ingat semua cheers yang kami semua ajar?" Ujar salah seorang PPSL tersebut.

"Ingatttttttttttttttttt." Semua berkata dengan penuh malas.

Ye la siapa tak malas mat, dah penat jalan jauh apa semua pastu malam nak berkumpul lagi lama-lama macam ni.

"Okey kita buat sekali lagi, tapi kalau tak bersemangat, kita ulang sampai pagi. Boleh?" Jeritnya.

Aku hanya mengeluh panjang.

'Buat je la apa kau nak buat bang. Tak larat dah aku nak layan.' Ujar hatiku.

"Okey saya nak semua bangun kali ni dah buat dengan penuh semangat!" Jeritnya lagi.

Lantas aku hanya duduk kerana sumpah tak larat gila weh.

Tiba-tiba, Danny datang dan memapahku bangun. Aku terus toleh kebelakang.

"Jommm, kejap je ni nanti kita terus makan eh balik bilik." Katanya sambil tersenyum seperti biasa.

Aku hanya mengangguk faham dan bangun lalu berdiri disampingnya.

Setelah hampir pukul 12:30, akhirnya kami dibenarkan pulang ke bilik masing-masing untuk berehat.

"Arghhhh penatnyaaaaa!" Kataku sambil meregangkan badan dan meletakkan lenganku di bahu Danny. Badannya yang agak tinggi membuatkanku terpaksa menjingkitkan badan sedikit.

"Tak penat ke?" Soalku kepadanya.

Dia hanya menggeleng. Namun aku perasan sudah tiada senyuman di wajahnya.

Tidaklah seperti marah, hanya beraut biasa, cuma tidak senyum sahaja.

Nak tanya lebih-lebih, takut kena penyepak sekali tak pasal.

Kemudian, setiba kami dibilik, aku terus duduk dan mengambil nafas dan mencari makanan tadi.

Danny kelihatan sudah terbaring di atas katil, sambil meletakkan bantal menutupi wajahnya.

Seusai aku membuka plastic makanan tersebut, alangkah sedihnya apabila sandwish tersebut dikerumuni semut.

"Astaga. Ya Allah aku dah la lapar gila ni. Haaaaaaa." Kataku.

Danny yang sedang baring terus bangkit dari katil dan menuju kearahku.

"Kenapa ni?" Soalnya.

Aku mulai risau.

Dia dah la macam takde mood sejak habis tadi. Lepastu makanan ni pulak dah tak boleh makan, time tengah malam macam ni. Bunoe je la aku.

"Ermmm takde apa heheheheeh." Jawabku.

'Sempat ke tak eh aku order McD. Lama ke tak eh?' Soal hatiku.

"Kenapa ni?" Soalnya pendek.

Kalini suaranya semakin menurun.

"Ttt tak, mm makanan ni da dah tt tak elok. Ada se semut."Kataku perlahan.

'Ya Allah kenapa aku tetiba tergagap pulak ni.' Jelas hatiku.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now