Malam itu aku terjaga akibat daripada ketukan pintu hadapan memandangkan aku tertidur di ruang tamu.
"Ermmm ibu ni pun takkan lupa bawak kunci kot." Kataku mamai sambil bergerak ke arah pintu dan membukanya.
Seusai pintu dibuka, aku telihat kehadapan dan terdiam. Bukannya ibu, namun Farhan yang berdiri tegak dihadapanku, sambil memegang beg kertas berisi McDonalds.
Diam dia seketika manakala aku membisu seribu bahasa. Matanya langsung tidak aku tatap, Lantaran takut aku menjadi kasihan dan terbuka hatiku semula untuknya.
"Nak makan fries dengan abang kat tepi tasik?" Katanya tanpa rasa bersalah langsung.
Namun bagiku, aku lebih suka tindakannya, yang mana dia tidak lagi membahas perkara yang sudah lepas, lebih-lebih lagi ianya perkara yang pahit. Lupakan saja sebaiknya.
Namun tidak juga aku menjawab.
Dia seakan akur dengan tindakanku dan menghela nafas berat.
Lalu terus dia menghulurkan beg kertas tersebut ke arah tangan kananku dan aku mencapainya secara luar kawalan, yang mana aku terus saja menggapai tanpa berfikir.
Aku hanya memerhati gerak geri dan raut wajahnya. Perlahan dan kelam aku perasan.
"Abang balik dulu ya, sampai jumpa lagi kalau ada rezeki." Katanya sayu.
Lalu dia berpaling dan bergerak pergi dengan hati yang kecewa aku rasa.
Aku terfaktab yang teramat sehingga menyebabkanku tidak mampu untuk bertindak atau memberi sebarang respon.
Selang beberapa langkah, aku bergerak dan mencapai lengannya.
"Jap, jom makan sama-sama, tapi kat living room." Jawabku dengan penuh berani.
Terbit senyuman dari wajahnya dan melutut memelukku erat.
Tanpa membuang masa, aku terus mengajaknya duduk di sofa dan memberikan dia masa untuk bercakap sambil aku mengunyah fries.
Jarak diantara aku dan dia adalah selang sebuah sofa.
Kunyahan ketiga memperlihatkan dia masih lagi diam dan membisu, tapi matanya tidak lepas daripada terus menatapku.
"Abang, abang nak" Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, aku terus memotong.
"Kimi dah maafkan abang, takda dendam, takda benci, cuma nak abang bahagia tanpa ada Kimi, sebab Kimi tahu kita tak akan kemana pun. Dan kalau kita teruskan, kita yang akan diselubungi dengan dosa." Jawabku dengan penuh yakin.
Dia diam sahaja. Mungkin dia sudah pernah mendengar semua dialog ini sebelum ini daripada Afiq.
"Tapi, kenapa Kimi duduk jauh dari abang? Sejijik itu ke abang di mata Kimi sekarang?" Soalnya perlahan.
"Bukan macamtu." Jawabku pendek.
Kali ini aku akan cuba sebaik mungkin untuk mengatur tiap perkataanku agar lelaki dihadapanku ini tidak akan menganggap yang aku masih lagi menaruh harapan kepadaku.
"Okey la Kimi nak tanya 1 benda. Kenapa abang kat sini, masih cakap baik-baik dengan Kimi?" Soalku.
"Maksud Kimi?" Soal pula dia kepadaku.
"Maksudnya, kenapa abang boleh datang jumpa Kimi malam macam ni, sedangkan abang dah ada isteri yang tengah tunggu abang kat rumah. Boleh ke Kimi kata yang abang sebenarnya masih sayang kat Kimi? Sebab kalau tak sayang, abang takkan buat macam ni. Abang sedia tahu yang Kimi dah maafkan abang, takda dendam dan tak benci kat abang. Tapi tetap abang gigih nak jumpa Kimi. Tak ke sayang lagi tu?" Jawabku sambil bertanya.
YOU ARE READING
TAK LAGI MERINDU
Romansa"Aku nak tengok sejauh mana kau boleh lari dari aku." -Izlan "Kau kata aku pengecut eh?" Pangggg.. Pipi Hakimi ditampar secara kasar. - Farhan "Aku taknak kau kecewa nanti sebab aku kenal dia macam mana." - Afiq "Sayang, muka dah elok, kacak. Tapi p...