XXXII

552 26 0
                                    

Aku terjaga akibat pipiku disentuh perlahan oleh seseorang yang cuba untuk mengejutku bangun.

Dengan perlahan aku membuka mata, sambil mengerah mindaku untuk memproses segala apa yang aku lihat.

Oh ya, aku berada di bilik desasiswaku. Lantas aku menghela nafas keluar.

Lalu aku memerhatikan gerangan yang berdiri dihadapanku. Tegap badannya, putih bersih, sedikit jambu namun bila dipandang semula, agak maskulin.

"Ermm hye?" Katanya pendek.

Aku memandangnya pelik.

"Ermm hye?" Jawabku semula.

Dia tersenyum.

"Bilik sini jugak ke?" Soalku memandangkan dia tidak menyambung perbualan tadi.

"Haah, Danny." Katanya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

Terpaling abang-abang ya jumpa je nak terus salam.

Lantas aku bangkit dan duduk dihadapannya.

"Ermm Hakimi, boleh panggil Kimi je." Jawabku sambil menghulurkan tangan dan menyambut salamnya.

Dia masih lagi tersenyum.

'Orait tak orait budak ni. Happy semacam je asal.' Ujarku sendirian.

Lantas dia mengangguk dan mula duduk di atas katilnya. Katil kami adalah bersebelahan, jadi posisi kami sekarang sedang duduk bertentangan.

Sedikit janggal aku rasakan.

"Ermm Kimi umur berapa? Asal mana? School apa?" Soalnya berderet.

Haihhh apalah nasib aku bangun-bangun je kena hadap press conference tak berbayar macam ni.

"Ermm umur 20 tahun, asal Ipoh, school Physic." Jawabku pendek.

"Ohhh umur 20 ke, jadi Danny kena panggil abang Kimi ke?" Soalnya.

'Banyak mulut juga ya budak sorang ni.' Getus hatiku.

"Ehh kenapa? Umur berapa?" Soalku semula.

"Ermm umur 19, sebab dulu asasi dekat Dengkil." Jawabku.

"Ohhh faham." Jawabku pendek.

Entahlah aku pun tidak mengerti kenapa akhir-akhir ini aku kurang gemar untuk bersembang. Tiada semangat barangkali.

"Takyah la panggil abang, kita beza umur setahun je kan, segan la pulak. Ahahhahahahahaha." Jawabku.

"Panggil nama pun boleh, aku kau pun boleh." Nyataku lagi.

"Kalau panggil nama boleh kan sebab Danny kat rumah pun selalu guna nama dengan adik adik." Jawabnya.

'Adik-adik? Anak sulung la kot dia ni." Ulasku sendiri.

"Okey boleh je. Danny school mana?" Soalku untuk merancakkan perbualan. Kesian pula aku rasa kerana dari tadi dia saja yang kelihatan bersemangat. Pertama kali di asrama barangkali.

"School Education. Tapi kos science jugak. Nanti Kimi boleh la ajar Danny kalau Danny tak paham." Jawabnya.

"Eh boleh je tapi tu la Kimi pun tak berapa pandai sangat. Masuk pun ngam-ngam je hahahaahah." Ujarku sambil ketawa.

Dia masih lagi dengan reaksi yang sama, iaitu tersenyum lebar.

'Demam kot budak ni, sebab eksaited sangat jadi freshie.' Kataku.

Lantas kami menamatkan perbualan seusai dia keluar membawa tuala. Ke tandas mungkin.

Aku pun mengambil pilihan untuk sambung tidur memandangkan semua pelajar perlu berkumpul pada pukul 8 malam untuk aktiviti minggu siswa lestari.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now