XXXIX

494 28 6
                                    

Sepanjang perjalanan pulang ke desasiswa, kami berdua hanya diam tak berkutik. Hanya didendangkan dengan alunan radio yang tidak henti menyatakan lawak hambar.

"Ermm Danny nak singgah farmasi dulu boleh tak? Nak beli antiseptic. Dah habis semalam guna untuk cuci luka Kimi." Jelasnya.

Aku mengeluh panjang.

"Haihhh takpe, okey dah ni. Tak perlu dah nak cuci lagi. Tak sakit dah punn." Balasku.

"Isunya bukan sakit atau tak. Sekarang la yang penting untuk jaga sebab kalau ambil mudah, nanti ada jangkitan kuman. Teruk balik, siapa susah?" Soalnya.

"Takpe, kalau teruk balik, Kimi boleh pegi klinik terus." Jawabku.

Dia hanya berdiam.

3 minit berlalu dan masih lagi hening.

Terus rasa bersalah mulai terbit dalam diriku.

"Ye okay kita singgah nanti farmasi tu." Kataku perlahan.

Dia yang mendengar percakapanku terus memberi signal ke kanan, susur masuk simpang ke Bayan Baru.

Usai tiba, dia turun dengan pantas dan mencari barang yang hendak dia beli, manakala aku pula keluar dan menuju ke kedai berhampiran untuk membeli air minuman.

Agak lama aku menunggu dia tiba semula ke kereta. Apa entah yang dibelinya aku pun tak tahu.

Akhirnya aku terlelap di tempat duduk penumpang bersebelahannya.

___________________________________________________________________________________________

'Aishhhh tengah tido pun comel dia ni.' Kata Danny setelah masuk ke dalam kereta setelah membeli ubat yang dikehendaki.

Tangannya mula merayap ke bahagian leher Hakimi, melihat luka yang masih belum sembuh sepenuhnya itu.

Lama kelamaan, kedudukan tangannya beralih ke hidung dan menurun ke dagu lelaki yang sedang tidur itu.

Dia mengelus perlahan dagunya yang halus. Lama kelamaan, wajahnya mula merapat dan semakin mendekat.

Bibirnya yang lembut dikuis perlahan seakan akan ingin merasa sentuhan yang sama darinya.

Tanpa dia sedari, dia menyentuh bibir Hakimi dengan bibirnya.

Bertemu seketika untuk beberapa saat, sambil kedua-duanya memejamkan mata.

Dengan pantas, dia terus mengundur semula wajahnya dan menghidupkan enjin kereta lalu mula memandu ke bilik. Hatinya bercampur baur.

Dadanya seperti ingin meletup akibat berdegup dengan sangat kuat.

'Aku pun tak pernah rasa macam ni time dengan awek aku dulu. Asal ni?' Soal hatinya sendirian.

Usai tiba, dia mengejutkan Hakimi untuk bangun.

Mereka berdua naik ke bilik tanpa sebarang percakapan sama ada dari Hakimi mahupun Danny.

________________________________________________________________________________________________

Malam itu aku hanya duduk menghadap balkoni dengan hati yang agak remuk.

Sebab Izlan? Jauh sekali aku hendak menangis seperti orang bodoh disebabkan dia.

Ianya disebabkan Danny. Dia langsung tak berpegang dengan kata-kata dia.

Aku sedar sewaktu dia memasuki kereta petang tadi, sehingga bibirku dikucup perlahan olehnya.

Hendak sahaja aku bangun dan memarahinya, namun aku memilih untuk diam dan bertanya kepadanya jawapan yang aku mahukan atas tindakan itu.

Dia memasuki bilik usai mandi dengan memakai tuala seperti biasa. Aku tidak memandangnya, bahkan hanya duduk menghadap bukit disebalik Desa Restu yang gelap gelita.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now