"Kenyangnyaa." Ujarku sambil membuang sampah ke dalam tong.
Danny hanya mengangguk setuju sambil menyedut minumannya.
"Amboi dah makan banyak sampai tak larat nak bercakap eh." Kataku kepadanya.
Dia hanya tersengih. Suka la tu.
"Ermm Kimi dah masuk ke group WhatsApp tu?" Soalnya.
Aku hanya mengangguk.
"Tapi dalam tu ada 8 orang je termasuk admin PPSL tu." Jawabku.
"Tu la tu." Jawabnya pendek.
Kemudian kami membersihkan diri dan solat Isyak bersama-sama lalu tidur di katil masing-masing.
__________________________________________________________________________________
Setelah hampir seminggu menjalani minggu oreantasi, akhirnya kami telah sampai di hari kemuncak, iaitu Malam Variasiswa yang menampilkan barisan peserta daripada setiap desasiswa untuk melakukan persembahan.
Latihan yang dilakukan pada setiap malam telah melayakkan Desasiswa Restu digelar juara pada malam itu. Atas kejayaan yang diperolehi, PPSL yang memilih kami pada minggu lepas mengajak kesemua enam orang di dalam group WhatsApp tersebut untuk keluar makan bagi meraikannya.
Namun, Danny sudah mengajak aku keluar lebih awal untuk minum kopi di tepi pantai pada malam ini.
"Macam mana? Kimi nak keluar dengan diorang sekali ke?" Tanya Danny.
"Ermmm macam malas la pulak sebab kita semua bukan rapat pun. Lagi satu, ada sorang PPSL tu kita tak kenal pun, datang lepak sekali. Awkward pulak sebab jumpa pun tak pernah." Jawabku panjang.
Danny hanya mengangguk faham.
Lantas dia terus menghantar mesej ke dalam group tersebut yang menyatakan kami berdua tidak mengikuti mereka kerana ada urusan lain.
Aku hanya pasrah dan mengikuti kehendak Danny. Lagipun dia ajak lepak tepi pantai minum kopi kot, terpalinglah favourite aku.
"Danny tak penat ke nak terus gerak malam ni? Jauh ke tak tempat tu?" Soalku.
"Eh tak jauh pun, dalam 30 minit je." Jawabnya.
Nohhhh 30 minit tu jauh la matt apooo la.
"Makkkk 30 minit. Kimi okey je sebab Danny yang drive kan hahahaahahahahah." Kataku.
Dia hanya mengangguk dan tersenyum.
Lantas kami berdua terus bergerak menuju ke Batu Feringgi.
_________________________________________________________________________________
"Iz, lagi 2 orang tak ikut kita. Macam mana?" Soal rakannya.
"Yang mana satu ni?" Katanya.
"Yang comel tu satu dengan yang muka garang tu satu." Jawabnya.
"Haaaaa, yang comel tu tak ikut? Asal lak?" Soalnya lagi.
"Taktau, Nampak gaya macam diorang dua ada urusan sama sebab dia kata wakilkan sekali dekat dalam group." Jawabnya.
"Pulakk." Katanya pendek.
'Hahahahahahahaha dasar kau, pantang nampak lelaki helok kan.' Ujar hatinya.
_________________________________________________________________________________
"Kelas Danny start esok ke?" Soalku sambil menyedut air kegemaranku.
Kami sedang berada betul betul di tepi pantai Batu Feringgi, sambil ditiup oleh bayu laut yang dingin.
"Haah, Danny kena pegi school dulu untuk sesi daftar subjek, lepastu ada beberapa urusan yang kena settle then baru start kelas." Jawabnya.
YOU ARE READING
TAK LAGI MERINDU
Romance"Aku nak tengok sejauh mana kau boleh lari dari aku." -Izlan "Kau kata aku pengecut eh?" Pangggg.. Pipi Hakimi ditampar secara kasar. - Farhan "Aku taknak kau kecewa nanti sebab aku kenal dia macam mana." - Afiq "Sayang, muka dah elok, kacak. Tapi p...