XV

901 33 1
                                        

Aku terjaga dari mimpi yang pernah terjadi itu. Mimpi yang boleh aku katakan sebagai satu peringatan buat diriku, iaitu jangan terlalu mudah untuk percaya dengan janji yang hanya manis diucap dibibir sahaja.

Aku tatap jam dinding di penjuru bilik. 730 petang. Fuh lama jugak aku tidur.

'Laparnyaaaaaa.' Aku menjerit sendirian.

Nak makan apa ni hmmmmmmm laparnya.

'Foodpanda je la. Hmmm tapi nak order satu ke dua eh sebab nanti kalau aku dah order, si mamat baran tu nak makan sama sekali la apa laa.' Bisik hatiku.

Ishhhh serabut la aku macam nii.

'Abang Paan nak makan sekali dengan Kimi tak? Kalau nak, Kimi order makanan ni dua.' - Aku.

Selang lima minit, dia membalas mesej tersebut.

Lama betul.

'Tak kot sebab abang Paan nak dinner dengan tunang abang malam ni.' - Abang Paan Kacak.

Aku terdiam kejap. Terasa seperti direject. Ye la tapi apa apa pun mesti la dia kena lebihkan tunang dia.

'Kau tak boleh nak marah sebab kau datang lepas Farhan dan jadi hak orang lain. So kau kena mengalah. Lagipun kau tu lelaki. Memang sampai mati la kau tak boleh hidup dengan dia bersama.' Aku berkata sendiri.

'Haihhhh.' Aku mengeluh lagi.

Lalu aku melihat menu yang ada di aplikasi Food Panda tersebut.

'Ermm nak makan apa ekk. Tomyam? Hmmmmm taknak lah. Ermmmmm haaaa. McD je la macam sedap. Nasi lemak McD dengan Iced Chocolate.' Bisikku.

Setelah selesai, aku menunggu di ruang tamu sambil menonton tv.

'Hmmm best jugak cite Tale of Thousand Stars nih.' Kataku.

Selang beberapa minit, loceng rumahku berbunyi. Lantas aku terus berlari ke arah pagar.

"Okey ni eh." Katanya.

Aku hanya mengangguk dan mengambil makanan tersebut daripada rider tersebut.

"Terima kasih bang." Kataku.

"Okay dik takda hal la." Balasnya.

"Eh kenapa abang tak pakai baju warna pink tu?" Kataku pelik.

"Oh ni sebab abang dah nak balik dah. Kiranya adik ni customer last yang abang hantar. Pastu abang terus balik." Katanya.

"Ohh okay bang." Jawabku.

Selepas rider tersebut pergi, aku terus masuk ke dalam.

'Hmm biar je la pagar tu tak berkunci. Nanti kalau kalau abang Paan nak datang senang la terus dia masuk. Hahahahaahahah.' Aku berseloroh.

Berangan je kau kan.

__________________________________________________________

"Eh bang, nak hantar untuk Kimi eh? Takpa bagi saya je. Saya pun baru nak masuk ni. Alang alang." Kata seorang lelaki.

"Eh kamu ni siapa? Betul ke nak bagi kat rumah yang ni?" Soalnya.

"Eh betul la bang. Saya kawan dia. Hakimi kan?" Lelaki itu meyakinkan lagi.

"Haah. Haa takpe la kalau macam tu. Lagipun dia dah bayar guna debit. Bro tolong bagi dekat dia eh?" Katanya.

"Bereh bang." Jawabnya.

"Okey terima kasih. Saya gerak dulu." Kata rider tersebut.

'Hah makin senang la kerja aku macam ni.' Lelaki tersebut berkata sendirian.

TAK LAGI MERINDUCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang