Malam itu, aku duduk di atas katil, memandang ke arah tingkap, namun hati dan fikiranku melayang entah kemana.
Hatiku tidak berhenti menyuruh diri ini tetap ada bersama Farhan, namun fikiranku berkata sebaliknya.
Lantas, ibu memberitahuku bahawa pihak polis sedang mengambil tindakan atas kejadian malang itu menerusi mesejnya.
Aku hanya mampu menarik nafas lega.
Tidak ada perkara lain yang mampu aku ungkapkan pada waktu ini, selain menanti sedarnya Farhan dan tertangkapnya pelaku yang boleh aku katakan bodoh dan pentingkan diri sendiri.
Oh ya, harini sudah masuk empat hari aku disini, dan esok aku sudah boleh keluar memandangkan keadaanku semakin pulih.
Namun Farhan masih lagi tidak sedarkan diri.
Tidak berani lagi aku menjenguk Farhan tika ada kedua ibu bapanya. Lantaran masih tidak mampu aku berhadapan dengan realiti.
Aku juga bercadang tidak mahu bertemu dengan Aish. Kerana aku sudah tekad untuk menamatkan semuanya sebaik sahaja Farhan sedarkan diri.
Jadi, biar dia rasai sedikit demi sedikit kepergianku, supaya tidak terlalu terkejut pabila sememangnya aku sudah tiada kelak buat selamanya di pandangannya.
____________________________________________________________________________________________________________
Tika malam menjelma, aku ambik kesempatan yang tersisa ini untuk menjenguk lelaki yang tidak pernah aku lupa walaupun seketika.
Pintu wad itu aku tolak perlahan, kerana tidak mahu mengangguk heningnya suasana.
Aish, ibu dan ayahnya sudahpun pulang ke rumah.
Langkah aku atur menuju ke kerusi yang terletak disamping katil.
Usai duduk, aku menatap lagi wajah lelaki yang langsung tak pernah aku jemu untuk kulihat.
Semakin sembuh luka yang terdapat di sekitar dahinya dan terdapat beberapa balutan yang telah dibuka.
Tersenyum aku sendirian pabila dapat melihat jelas wajahnya.
Rindu, amat rindu. Namun satu hari kelak, aku yakin bahawa dia tak lagi merinduku pabila aku pergi meninggalkannya lagi.
Tak pernah walaupun sekali sejak kami berada disini, aku bertemu Farhan tanpa tertumpahnya air mata ini.
Melepaskan sesuatu yang sudah selesa bagi kita adalah perkara yang amat sukar aku rasakan.
Namun, apakan daya untuk aku menolak kesemua ini. Siapa aku untuk melawan takdir yang telah tertulis?
Kata-kata yang pernah diungkap oleh ibu sentiasa bermain di fikiranku.
Jika sayang, lepaskan demi kebaikkan masing-masing. Kekal bersama hanya akan wujudkan rasa pentingkan diri sendiri dalam diri aku, bahkan dalam diri Farhan kelak.
Yang akan menjadi mangsa secara tidak langsung dalam situasi ini, adalah Aish yang tidak mengetahui apa apa, yang mana amat tidak adil baginya.
"Abang Paan. Kimi dah sihat tauu, esok dah boleh keluar. Tapi nanti Kimi jenguk la abang Paan hari-hari kat sini sampai abang Paan sedar." Ulasku kepada dia yang diam terbaring.
"Kalau abang Paan dah sedar nanti, Kimi ada benda nak cakap dengan abang Paan. Berdua je. Aish pun tak boleh dengar hahahaahahahah." Usikku.
"Kalau tak Kimi nak cakap sekarang je tapi tu la abang Paan lama sangat tido. Penat Kimi tunggu, datang sini tiap malam." Ulasku lagi.
"Tapi, satu je yang Kimi nak cakap sekarang, dan sampai bila bila pun Kimi akan cakap benda yang sama. Kimi sayang abang Paan tau. Walaupun kita dah tak macam dulu. Kimi tetap sayang abang Paan walaupun apa yang jadi. Kimi mintak maaf sangat-sangat sebab Kimi datang dalam hidup abang Paan, asyik bawak masalah je. Kimi pun tak tahu apa la yang sial sangat hidup Kimi ni." Kataku sambil menahan sebak.
YOU ARE READING
TAK LAGI MERINDU
Romance"Aku nak tengok sejauh mana kau boleh lari dari aku." -Izlan "Kau kata aku pengecut eh?" Pangggg.. Pipi Hakimi ditampar secara kasar. - Farhan "Aku taknak kau kecewa nanti sebab aku kenal dia macam mana." - Afiq "Sayang, muka dah elok, kacak. Tapi p...