VI

908 54 2
                                    

"Kimi, bangunn. Kita dah sampai ni." Farhan berkata sambil mengelus pipiku. Aku bangkit kerana kegelian.

"Ermmmmmm. Huaaaaaaaaaa." Aku menguap panjang. "Kita dekat mana ni? Eh ni kat depan rumah Kimi kan? Kenapa abang Paan hantar Kimi sampai sini? Habistu esok Kimi nak pergi keje naik apaaaa?" Aku bertanya tanpa henti.

"Rileks la budak kecik. Esok abang ambik la Kimi kat rumah. Kalau Kimi dah siap tu call abang terus. Abang ambik tapi naik moto takpa ke hmm?" Farhan menjawab.

"Tak kisah pun tapi abang Paan dah masuk kerja nanti macam mana nak ambik Kimi?" Aku bertanya hairan.

"Alaaaaa nanti abang keluar la kejap acah acah ronda tapi ambil Kimi sekali hantar pergi keje. Heheheheheh bijak kann?" Katanya sambil tersengih.

Aku hanya menggelengkan kepala. Macam macam polis sorang ni. Lantak la situ janji aku pergi kerja esok tak lambat.

"Okey la kalau centu byeeee." Aku berkata dan melangkah keluar dari kereta. Yela dah pukul 2 pagi kot. Aku esok kerja lagi mati kalau lambat bangun.

Papppp. Tanganku digenggam oleh Farhan. Aku tersentak. Aku memandangnya dan mengangkat kening.

"Macam tu je nak blah? Siap angkat kening bagai. Dah gengster habis la tu? Siapa ajar? Aku pernah ajar rasanya." Dia berkata kasar.

Yaaaa. Ini yang aku mahukan. Baru je tadi janji nak buang baran demi aku, then hal kecik macam ni pun dan nak genggam tangan aku macam nak patah? Hebat.

"Sakit laaaaaaaa." Aku megaduh. Dia langsung tak beriak apa dan terus menggenggam tangan aku dengan semakin kuat. Wehh serius laaaaa. Ni kalau aku provoke lagi mahu makan penyepak free tak pasal pasal.

Lantas aku masuk semula kedalan kereta dan memegang lengannya yang agak keras. "Hehehehehheehhe, Kimi masuk dalam dulu ehh abang Paan. Kimi penatt. Ngantukkkkk?" Aku berkata manja.

Mukanya yang awal tadi masam mula tersenyum. Dia menghulurkan tangannya secara tiba-tiba. "Salam dulu." Katanya perlahan.

Lalu aku terus menyalam tangannya sambil menguap. Farhan yang melihat gelagatku terus memegang kepalaku dan mencium dahiku perlahan. Aku terkedu.

"Matmalam. Tido nanti mimpi abang tau. Jangan mimpi orang lain. Ingatt!" Dia berkata sambil menggosok rambutku yang sejak dari awalnya sudah serabai akibat penat bekerja.

"Okay abang Paan. Asyik suruh mimpi je. Tapi abang bukannya datang pun. Hmmm penat dah tunggu heheheeh." Aku berkata manja. Nak layan angin dia punya pasal.

Dia tersengih lalu menggapai tanganku yang digenggam tadi dan mengucup perlahan. "Maaf yee. Abang emosi tadi. Abang dah cuba tahan. Abang janji abang buang baran ni jauh jauh sebab abang sayang Kimi." Dia berkata dengan sepenuh hati.

Aku terkebil-kebil. Lantas dia membawa aku ke dalam dakapannya.

"Dah pergi masuk. Nanti pagi call abang tau. Takut abang lupa." Farhan mengingati aku. Aku hanya menggangguk tanda faham.

Aku melangkah keluar dan melambainya sebelum kereta Myvi biru itu meluncur laju dan menghilang dari pandanganku.

Haihh penat giler harini. Mampus aku kalau nak kena layan dia macam tu hari hari.

Tanpa menukar pakaian dan mandi, aku terus rebah di atas katil dan terlelap. Penat yang teramat.

"Sayang, bangunn. Tak balik ke minggu ni? Dah lewat petang dah ni." Aku tersentak dengan soalan itu. Lantas aku terus membuka mata dan terdiam.

Sebab ibu ada event dekat Penang , takda siapa kat rumah so terpaksa la aku stay hostel tak balik. Haihh.

Dia duduk di sebelah aku yang sedang baring. Lantas mengusap rambutku perlahan. Aku masih terdiam.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now