XVI

733 29 0
                                    

"Kimi, bangun. Pergi kerja tak ni? Ke nak ambik cuti?" Farhan bertanya.

Aku membuka mata dari tidurku yang amat panjang aku rasakan.

Lantas aku melihat Farhan yang betul-betul berada di hadapan mukaku. Dia ralit bermain dengan rambutku.

"Ermmm, baru pukul 6:30 pagi. Awalnya abang bangun." Aku menjawab.

Pergh suara aku dah macam Awie. Garau nak mati.

"Seram betul dengar suara Kimi macam tu. Dah macam ayah-ayah. Hehehehehheheh." Farhan dan lawak hambarnya memang tak dapat dipisahkan.

Aku terus berpaling ke belakang. Takda masa nak layan lawak si mamat kuat tacing ni.

"Alololololololo. Okey okey. Jom la cepat bangun. Abang nak siap pergi kerja ni. Kimi kerja tak harini" Farhan berkata.

"Kerja la. Banyak sangat dah cuti bulan ni. Tapi takut lak nak keluar rumah. Macam mana kalau orang semalam tu datang dari belakang Kimi pastu tikam Kimi masa dekat pagar? Atau dia datang tempat kerja Kimi pastu tembak Kimi dekat kaunter? Atau langgar Kimi masa Kimi nak pergi kerja dengan lori kontena?" Aku mula merepek.

"Amboi dia punya level over thinking. Kalah KLCC punya tinggi. Takda la sampai macam tu budak kecik oi. Okay nanti abang balik kejap bersiap pastu ambik Kimi, kita pergi kerja sama sama?" Jawab Farhan

"Tapi.... tapi kalau dia datang masa abang balik bersiap kat rumah macam mana? Pastu dia terus bunuh Kimi macam mana?" Aku terus menerus merepek.

"Over la budak kecik ni haaaa. Takda punya sampai dia nak bunuh. Okay la macam ni. Abang mandi kat sini. Kimi pun bersiap la pakai baju kerja apa semua pastu kita balik rumah abang, tunggu abang siap pulak. Pastu Kimi hantar abang kat balai polis lepastu nanti Afiq hantar Kimi pergi kerja. Balik karang abang ambik Kimi. Sebelum Kimi keluar pintu abang dah tercegat kat depan parking." Farhan berkata semangat.

"Okey." Jawabku pendek.

Farhan tersenyum lalu mencium rambutku.

"Kena mandi sekarang ke?" Aku bertanya.

"Iye la budak kecik. Abang masuk kerja pukul 7:30. Pat bangun mandi." Farhan berkata.

Aku hanya terdiam dan terus bangun menuju ke tandas.

"Abang Paan nak mandi bila?" Tanyaku pendek.

"Kimi mandi dulu, lepastu abang pulak." Jawabnya.

"Hmmmm okey." Lantas aku terus menuju ke tandas dengan tualaku.
__________________________________________________________

"Fiq, nanti kau hantarkan aku dengan Kimi pergi kerja boleh tak?" Farhan berkata kepada Afiq menerusi telefonnya.

"Asal?" Soalnya pendek.

"Nanti la aku cerita. Panjang gak la ceritanya. Nanti hantar tau." Farhan berkata.

"Haaaa okey okey. Aku gerak pergi beli sarapan kejap" Afiq bersetuju lalu menamatkan panggilan.

Selang beberapa minit, Hakimi terlihat keluar dari pintu tandas dengan tualanya yang pendek.

Maka jelas kelihatan badannya yang agak kurus serta kakinya yang halus putih.

Farhan melihatnya tanpa gagal lalu menelan air liurnya.

'Bapaklah padu. Menyesal aku tak ajak dia mandi sama-sama tadi. Rugi aku sial laa.' Farhan berkata sendiri di dalam hati.

Matanya masih tertumpu kepada Hakimi yang hanya bertuala.

"Ishhh apa tengok-tengok!" Hakimi berkata lalu mencampakkan tuala yang lain ke arah Farhan.

TAK LAGI MERINDUWhere stories live. Discover now